
Di manakah letaknya nilai buku telefon pada zaman yang serba canggih ini? Rata-rata sekarang antara kita sudah tidak lagi perlukan buku telefon, sebabnya, adanya teknologi Handphone yang canggih. Hanya dengan berapa punat butang sahaja yang ditekan, nombor dan nama orang yang kita hendak hubungi akan timbul.
Daripada 22 pengunjung blog ini, 77 peratus daripadanya mengatakan dia tidak lagi perlukan buku telefon, manakala hanya 5 orang sahaja yang memerlukan buku telefon. Apa pun, aku telah mengundi untuk masih memerlukan buku telefon. Sebabnya apa? Ikuti kisahnya…
Aku sudah kehilangan handphone sebanyak lima kali sejak aku memilikinya awal tahun 1998. Kejadian yang kali kelima baru-baru ini sahaja yang cukup memberi pengajaran bagi aku agar aku merekodkan semua nombor telefon yang ada di buku telefon. Jangan hanya berharap pada memori handphone, sebab bila ianya hilang, ianya akan turut membawa bersama nombor telefon yang ada pada telefon.
Sebenarnya aku nyaris-nyaris mencatat rekod kehilngan handphone kali yang keenam dan untuk dijadikan cerita, kali terakhir aku menggunakan handphone itu ketika sedang makan di sebuah restoran dan selepas itu aku kehilangan jejaknya. Puas semalaman aku berfikir, di mana aku letakkannya.
Apabila aku mendail nombornya, ringing tapi tidak diangkat… dalam kepala, kenapa pula orang yang mengambil telefon aku itu tidak offkan sahaja telefon itu. Sahlah, aku tertinggalnya di restoran, atau terjatuh masa sebelum naik kereta. Aku tidak puas hati dan rasanya sepanjang malam aku mendaildan terus mendail. Akhirnya aku bermimpi.
Dalam mimpi orang yang menemui handphone aku tu memberitahuku bahawa dia terjumpa handphoneku dan tidak mahu menyerahkannya balik… Aku ugut, kalau tidak mahu kembalikan, aku akan report polis… aku bagitau, polis sekarang boleh tau di mana handphone itu berada guna gprs… orang tu ketawa tapi dalam nada yang takut.

“kalau kamu tidak mahu bagi balik, biar polis datang ke restoran itu, tangkap kamu, masuk lokap, masuk penjara, hukum sebat… kamu mau?
“sudahlah, berentilah kamu becakap, aku mau kasi mati ini handphone sudah,
“jangan, biar dulu polis sampai di situ”….
Aku terbangun dari mimpi lalu menelefon handpnone aku. Masih belum ada respon… pening fikir di mana handphone itu hilang.
Selang berapa minit, handphone bunyi dan aku cam suara pemanggil itu.
“Lain kali, jangan kasi tinggal ni handphone di kereta, aku terkejut gila, sangka hantu mana yang mau kacau aku driving tadi”
Moralnya:
1. Aku mahu telefon kawan aku itu tapi aku lupa nombornya, jadi aku berazam aku akan simpan semua nombor di buku telefon.
2. Sebelum tidur cuci kaki, baca doa tidur, tenangkan diri sebelum tidur, nanti banyak cerita akan masuk dalam mimpi.
3. Mimpi hanyalah mainan tidur..
4. Mari ketawakan aku…
Tips Berguna Apabila Handphone Hilang
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






dOn
Mar 17. 2009
hohohoho… haku mac ada buku telefon oo… back up…
dOn’s Terkini di blog…Majlis Aqiqah bergunting rambut Sarah Dania
Reply
sankai
Mar 17. 2009
sebut pasal mimpi, teringat aku mimpi yang aku cerita sama kau tu…
hahahahahahhahahaha….
sankai’s Terkini di blog…matahari burst 09
Reply
Aj
Mar 18. 2009
aku teda phone book tp ada calendar yg penuh numbur phone…ada perempuan seksy
Aj’s Terkini di blog…Darkthrone – Extreme Black Metal Band From The North
Reply
husna
Sep 15. 2009
sebut pasal mimpi aku jadi takut lah
Reply