STATEMENT LAGI! KAMU JANGAN SESEKALI KENCING KAWAN…
Wah macam isu pergaduhan besar. Sebenarnya ini bukan isu yang mahu menyindir sesiapa, tapi sekadar topik perbualan. Idea ini timbul selepas bertemu sorang kawan, borak-borak petanglah katakan. (senyum2 si budi bah)
Kepada sesiapa yang belum faham apa maksud kencing kawan, diharap tidak salah faham. Kencing kawan memang satu perbuatan, tapi bukan kencing pada kawan. Kencing kawan ni membawa maksud perbuatan mempermain-mainkan rakan sendiri atau dengan kata singkatnya menipu, berbohong, memperbodohkan orang yang kita kenali. Ianya bahasa pasar yang kasar dan bila kena kita perlu bersabar. Hehehe…
Sebagai contohnya? Aku ingin merujuk perbuatan kencing kawan ini dengan zaman teknologi kita sekarang yang membuktikan segalanya ada di hujung jari, semuanya bisa diatur dengan cepat, mudah dan efisyen. Hakikat yang perlu kita terima di zaman IT ini ialah, siapa yang rajin mengejar pembaharuan dan perubahan, dia bakal mengetahui banyak informasi dalam pelbagai bidang. Tapi kita kena ingat, mereka yang lebih awal mengenal dan berada lama di bidang ini mempunyai kebolehan untuk membuat perbandingan, antara yang lama dengan yang terbaru, kelebihan dan kekurangan. Ringkasnya, seteror-terornya kamu, seotai-otainya kamu, masih ada orang lain yang lebih daripada kamu.
Jadi kepada yang bermegah-megah dengan kemudahan internet dan teknologi komputer, janganlah korang kencing sapa-sapa terutamanya kawan sendiri. Memanglah slogan “Sharing is caring” tu bagus diamalkan, cuma batasannya, jangan sampai kencing kawan. Sebab apa? Lambat laun mereka akan tahu juga hal sebenarnya.
Comments
Powered by Facebook Comments









hahaha… tq la sbb spend sanggar dan coke hari tu ya.. joomla mmg best!
Reply
uikkk..
aku memang cukup pantang la main kencing2 member nie..
boleh wat gadoh nie..
Reply
klu nk kencing jgn la kat mmbr tu..
kencing la kat toilet… hurmm.. hehhee..
men2 jak.. btol2. x bek men kencing member nie.. bole bwt gado jd nya.. huhu..
Reply
ada ka..kencing member..bau pessing la ba 2..huhuhuhuh..kawan makan kawan..adei..no komen..besa la ba 2..sedang pun bapak makan anak..
Reply
kalau bapak makan anak……bapak singa la sudah 2…
Reply