Ada dua kebakaran yang berlaku dalam minggu ini. Semua ini satu musibah yang perlu ditelan walaupun kenyataannya amat pahit. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya, demikianlah yang terpaksa dilalui oleh mangsa kebakaran di Blok 9 Kampung Titingan dan Kampung Jawa, Tawau. Tempoh perbezaan hari kejadian hanyalah kurang dari 48 jam dan khabar kedua-dua kebakaran ini menjadi bualan hangat di sana sini.
Pelbagai spekulasi dicanangkan namun bagi aku ianya bukan masa untuk menunjuk kesalahan orang lain tetapi kita yang belum diuji olehNya perlu mengambil ikhtibar.
Kenapa Tawau selalu berlaku kebakaran?
Ini soalan yang paling selalu ditaip oleh sesiapa sahaja di laman sosial. Niatnya untuk mengetahui punca kebakaran, tapi sedarkah anda, orang yang anda tanya itu bukanlah pegawai bomba yang bertugas ketika itu. Kenyataan kenapa itu memerlukan masa untuk dijawab, bukan semasa kebakaran terus diketahui puncanya.
Di Tawau ini penuh dengan kawasan setinggan, kenapa penuh dengan setinggan adalah kerana faktor ekonomi penduduknya. Nak beli rumah di kawasan taman perumahan sememangnya satu bebanan bagi mereka yang berpendapatan 300-500 sebulan ditambah lagi kos taraf hidup yang semakin hari semakin menghimpit di sini.
Selain itu, boleh dikira di setiap rumah itu memiliki alat pemadam api atau sebaliknya. Bukan itu sahaja, pengetahuan untuk menangani kebakaran juga kurang di kalangan masyarakat kita. Siapa yang silap? Tunjuklah diri sendiri sebab tidak mahu membaca, bertanya dan bertindak.
Di sini (untuk ingatan aku sendiri) aku senaraikan 3 cawangan petugas bomba yang akan bertindak selepas kebakaran dan mereka inilah yang akan mengeluarkan kenyataan rasmi punca kebakaran. Cawangan-cawangan itu adalah:
Cawangan Penyiasatan Kebakaran
1. Menjalankan penyiasatan kebakaran ke atas sesuatu kebakaran.
2. Melaksanakan pengambil milik premis atau harta benda.
3. Menyediakan laporan siasatan.
4. Menganalisa hasil siasatan kebakaran berkaitan dengan penambah baik operasi pemadaman dan keselamatan kebakaran.
5. Mencadangkan keberkesanan peralatan PKK dan penambah baik peralatan elektrik dan elektronik.
6. Memantau pelaksanaan penyiasatan di daerah-daerah.
7. Menjadi saksi pakar di Mahkamah.
Cawangan Pendakwaan Kebombaan
1. Menerima kes/aduan.
2. Manjalankan Penyiasatan dibawah seksyen 38,39,41,42 dan 43 Akta 341.
3. Menyediakan Kertas Siasatan.
4. Mendaftar kes ke Mahkamah.
5. Mebuat Pendakwaan dibawah seksyen 44 Akta 341.
6. Menjalankan Pengkompaunan Kesalahan.
Cawangan Makmal Penyiasatan Kebakaran
1. Menerima sampel untuk dianalisa.
2. Membuat ekperimen ke atas sesuatu sampel.
3. Menganalisa hasil-hasil siasatan.
4. Menyediakan laporan ekperimen.
5. Menjadi saksi pakar di Mahkamah
Bagi bahagian pertama ini, pegawai akan menerangkan bagaimana proses penyiasatan kebakaran di lakukan. Ini perlu, supaya anggota-anggota yang menjalankan tugas di bahagian-bahagian lain dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang tugas-tugas yang dilakukan di Bahagian Penyiasatan Kebakaran.
Setelah mendapat maklumat awal berkaitan kes kebakaran yang berlaku, maka Bahagian Penyiasatan Kebakaran akan menerima Borang Siasat 1 dari balai yang mengendalikan kes tersebut. Penghantaran Borang Siasat 1 boleh dihantar melalui faks atau penghantaran melalui tangan. Maka Bahagian Penyiasatan Kebakaran akan membuka satu fail siasatan dan bergegas ketempat kejadian. Sebelum itu, balai-balai yang melaporkan dan mengendalikan kes tersebut perlulah menyediakan satu salinan ‘Buku Akren” yang berkaitan dengan kes kebakaran yang dilaporkan kepada Bahagian Penyiasatan.
Ketua Unit Siasatan akan mengarahkan pegawai-pegawai penyiasat untuk menjalankan tugas yang telah diarahkan seperti jurugambar, soalsiasat saksi, pemugaran, mengumpul bahan-bahan bukti dan lain-lain. Setiap anggota atau krew ini mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mencari dan mengenalpasti semua-semua aspek yang berkaitan untuk mengetahui punca kebakaran. Apabila sampai di tempat kejadian, Ketua Unit perlu mencari saksi kejadian tersebut dan melakukan hipotesis ataupun kesimpulan awal mengenai punca kebakaran, melakukan size-up untuk mengetahui di manakah kawasan yang menjadi kawasan yang mula-mula berlakunya kebakaran atau ‘fire origin’.
Bagi krew-krew yang lain, mereka akan melakukan tugas masing-masing seperti yang telah diarahkan. Sebagai contoh; jurugambar akan mengambil semua gambar gambar yang menunjukkan bukti-bukti atau apa-apa sahaja gambaran yang boleh menjadi rujukan. Setiap kawasan akan diambil gambar dan tempat penemuam atau lokasi bahan-bahan bukti ditemui akan diambil gambar sebagai rekod penting. Pemugaran, akan dilakukan pemugaran kawasan kejadian supaya dapat dikenalpasti di mana punca kepada kebakaran yang sedang berlaku. Membuat lakaran premis dan membuat ukuran kawasan yang terlibat dan lain-lain lagi.
Berikut pula adalah petikan akhbar mengenai kebakaran yang berlaku di Tawau.
Kebakaran 8 Mac 2011 di blok 9, Kampung Titingan
TAWAU, 8 Mac : Kira-kira 60 buah rumah, termasuk dua buah rumah kongsi 20 pintu, musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan yang berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi Selasa.
Akibat kejadian itu, dianggarkan 100 penduduk hilang tempat tinggal dan tinggal sehelai sepinggang.
Timbalan Penguasa Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Mohd Zahar Abdullah berkata jabatan itu menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 11.58 pagi dan mengerahkan dua jentera bomba dengan 30 anggota ke lokasi kejadian.
Katanya anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran kira-kira 1 tengah hari.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, katanya.
Mohd Zahar juga berkata pihaknya dan polis masih menyiasat kesahihan laporan kononnya dua kanak-kanak, masing-masing berumur satu dan tiga tahun, terperangkap dalam kebakaran berkenaan.
Maklumat yang diterima menyatakan kedua-dua kanak-kanak berkenaan tinggal dengan nenek mereka semasa kejadian sementara ibu bapa mereka keluar bekerja.
Sementara itu, Jabatan Kebajikan Tawau sudah membuka kaunter di balai raya di kawasan kampung berkenaan bagi mendaftarkan mangsa-mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu. – BERNAMA
Comments
Powered by Facebook Comments









nda cukup tu kali ilmu pencegahan kebakarannya.
kalau di block 9 tu, rumahnya semua rapat-rapat.mostly rumah papan. memang susah la kalau suda terbakar. senang merebak.
Reply
berat juga tugas agensi yang membuat siasatan kebakaran ni..
Reply
Biasanya slalu brlakunya kebakaran dirumah2 seperti ini(setinggan yg tidak trsusun) trjadinya litar pintas,kalau yg disekitarnya menggunakan letrik sambung menyambung….jawapnya bila litar pintas satu rumah,semua rumah trbakar sambung menyambung.
Reply