Kenapa perlu takut?
<p style=”text-align: center;”>
Lega rasa kepala, badan pun rasa segar dan ringan… Mulanya agak gemuruh juga, tapi bila atas katil tu, terasa syok saja lebih-lebih lagi dalam bilik tu ada harumannya yang tersendiri, air con pun taklah sejuk sangat. Tup-tup tak sampai 5 minit, ada senyuman padaku, kakak rehat dulu, jangan bangun dan dicabutnya jarum dan hos dari lengan kananku. Dalam hati, eh kejap juga penuh plastik tu.
Hehe… inilah kisahku semalam ketika menderma darah buat pertama kalinya dalam hidupku. End of the story, aku telah dianugerahkan Certificate of Blood Donation (Surat Ijazah Menderma Darah)
Jam 8 pagi, aku mula mencari lokasi Tabung Darah di dalam bangunan Hospital Besar Tawau yang begitu luas. Berpandukan papan tanda yang ada (tak sempat nak bertanya sesiapa sebab masa tu ada 2-3 orang sahaja yang aku temui dan turut mendongak melihat papan tanda) aku ke bahagian bangunan baru dan melalui kaunter farmasi, beberapa minit kemudian, aku temui papan tanda Tabung Darah dan ianya berada di Tingkat 1. Masuk di dalam, ada dua orang sedang menanti aku di kaunter dan dengan senyuman bertanya, nak menderma darah?
Ya, nak derma untuk menggantikan darah yang telah digunakan pesakit, kakak saya.
Oh, ok. Dan bermulalah sesi soal jawab di bawah ni:
- Pernah menderma darah sebelum ini?
- Tidur semalam jam berapa?
- Ada asma, batuk-batuk, muntah?
- Ada pembedahan beberapa bulan lalu?
- Ada mengambil ubat antibiotik dalam seminggu ini?
- Datang haid, mengandung atau tengah menyusukan anak?
- Minum alkohol dalam tempoh 24 jam sebelumnya?
- Melakukan seks homoseksual, biseksual atau secara rambang?
- Pernah melawat United Kingdom dan Republik Islands dalam tempoh 1980-1996 lebh daripada 6 bulan dan memakan daging lembu di sana?
- Pernah menetap atau melawat Eropah dalam tempoh 1980 hingga sekarang atau lebih daripada 6 bulan dan memakan daging lembu di sana?
Bila selesai, perlu timbang berat badan dan diambil sample darah untuk ujian jenis darah. aku bukanlah pelajar aliran Sains masa sekolah dulu, tapi apakah tujuan setitis darah dititiskan di atas sebekas cecair yang berwarna biru? Bila tenggelam, maka layaklah menderma darah, kalau terapung, disuruh balik saja. Siapa boleh jelaskan? Anyone?
Perkara-perkara yang dahulunya menakutkan kita untuk menderma darah.
- Takut jarum. (Tak sakit pun, macam gigitan semut saja)
- Takut darah tidak recover balik dalam badan. (Kalau anda sihat, benda ni takkan berlaku. Kalau berlaku juga, anda diberi keutamaan dalam rawatan)
- Takut nurse buat silap dan kita dijangkiti penyakit yang merebak dari darah. (Kakitangan tabung darah semuanya terdiri daripada mereka yang terlatih dan layak untuk mengendalikan kerja ini.)
- Darah yang diderma bukan digunakan waris kita, tapi orang yang random, mana tau orang tu penjahat. (hehe, alasan ini sepatutnya tiada, menderma darah merupakan satu amalan yang baik)
Kenapa perlu takut? Semakin banyak kita derma, semakin banyak kebaikan yang akan kita perolehi, kesihatan semakin baik, jaminan rawatan 1st Class, dapat bantu orang lain walaupun bukannya wang ringgit. InsyaAllah, 3 bulan akan datang, aku akan kembali menderma lagi.




11 Comments
[quote]Bila selesai, perlu timbang berat badan dan diambil sample darah untuk ujian jenis darah. aku bukanlah pelajar aliran Sains masa sekolah dulu, tapi apakah tujuan setitis darah dititiskan di atas sebekas cecair yang berwarna biru? Bila tenggelam, maka layaklah menderma darah, kalau terapung, disuruh balik saja. Siapa boleh jelaskan? Anyone?[/quote]
aku rasa dorang nak test kandungan PH darah sis tu kot… nak tau positif ke negatif…..
Reply
Oh yakah… jadi kalau jatuh tu posiif atau negatif?
Reply
Wahh… dulu kat kampus ada blood donation campaign… ada kekawan yang pergi.. tapi Wan takutlah… heheheh… masa kena drip kat hospital pun sakit!! huaa…
Reply
huahuahuhuahuahahua…riani ada pengalaman pahit+manis+lucu time first time wat blood donation nie..time tu masih study…memandangkan riani ni ‘sihat’ orgnyer…so kena laa menderma 450ml kan…past menderma tu bangun and minum sikit…nak gi kelas lagi…tak sampai bebebrapa meterr jalan…rebah…alahai aku pingsan laaaa…malunyer hanya Allah yg tau…mcm org sakit laaa baring kat katil…huhuhu…sampai skrg tak penah menderma…phobia…hiks…
Reply
lepas menderma 2 pegi la rilek2…dak payah jalan2….banyak 2 darah kluar dari badan……mcm mana dak pengsan…..darah yg mengalir pun blum selari lg….
Reply
setitik darah yg d ambil 2 utk ujian hemglobin….mau test la sihat ka ndak….klu yg terapung 2 darah ada kekurangan sesuatu….tu la pasal d suruh blk….takut ada infection….hehe..
Reply
Adeh si Riani btrep perkasakah masa tu. Apa ndak pengsan. Aku sejam lepas donate tu, baru terasa lemas dan apa lagi, baring minum ja kerjaku.
Lilou, ooo macam itukah cek hemoglobin kita. Bah thx for the info.
Janganlah takut menderma darah, bagus bah tu, kita ada darah baru dalam badan.
Reply
aku nda pnah derma darah..heheheh..knpa??jangan tanya..aku pun nda tau…
Reply
aku mau carik sapa2 yg 1 kepala mau biznez ba..aku dapat tender d maktab sana balung..tapi skrg ni masalah transport..tender jual makanan..nanti sapa2 yg mau ba..nanti inform jak k..sori..pakai blog ko kasik setel prob aku..heheheheh………….
Reply
tatai, aku no problem kalau pasal nak settle masalahmu ni guna web ku, tapi kalau boleh… bagilah info yang lengkap, baru senang kami faham dan paling penting bagilah contact no. atau emailkah…
Reply
bagus tu kamu, pernah p derma darah, aku langsung inda pernah..! kepingin juga tapi belum ada kesempatan mangkali..! betul ka org bilang, kalau sudah kita ni sudah derma darah, berat dan saiz badan bulih naik? batul ka tu a??
Reply