Kenapa aku ghairah dengannya

Kali pertama aku menyentuh tubuhmu, aku masih ingat betapa aku ghairah sekali. Jari jemari yang menjalar begitu susah untuk kuhalang kerana sememangnya itu yang aku perlukan. Apatah lagi saat itu, ruang bilik itu begitu dingin sekali, di tambah lagi dengan kesyahduan alunan muzik yang begitu indah mendayu menulusuri gegendang telingaku. Aku sendiri lalai lalu lirik lagu yang begitu puitis itu dinyanyikan oleh siapa… Padaku, itu semua tidak penting kerana aku sedang melayan keghairahanku dengannya…

Amaran: Ini bukan entry 18sx lah oit!

Hahaha… Alkisahnya, di zaman sekolah dulu, tahun 90-an, sekolah tercinta, SMK Kuhara, Tawau aku membuka satu kelas komputer. Rasanya masa tu tidak semua sekolah mampu mewujudkan satu kelas komputer untuk mengajar pelajarnya. Untuk masuk kelas komputer itu pun, kami dikenakan sejumlah yuran bertujuan pastinya hanya sebagai kos penyelenggaraan sahaja. Masa tu harga sebuah komputer mencecah RM4k+…

Memandangkan komputer ketika itu adalah sesuatu yang baru di sekolah, jadi aku dan rakanku, Dhila dan Noraihan, sepakat untuk mengikuti kelas komputer. Semangat untuk tidak mahu ketinggalan dengan komputer tu wujud di antara kami untuk membuktikan kami pun boleh membuat nama menggunakan komputer (meskipun without colour, only on dotmatrix printer… hahaha) sama seperti seorang rakan sekelas kami yang berbangga dengan namanya yang berukir dan berbunga2 menggunakan komputer.

Hari pertama kelas komputer, guru komputer (Penolong HEM, aku dah lupa namanya, maaf cikgu, tapi memang handsome) senyum2 dengan kami bertiga bukan kerana gelagat kami yang jakun tapi kerana dia gembira ada anak muridnya ikut kelas komputer itu. Mungkin dia pun tidak menyangka kami akan ikut kelas komputer kerana dia tahu perangai kami yang wengweng di kelas, terutamanya kelas Sains Tambahan yang diajarnya.

Kami diberi salinan nota panduan komputer dan memang satu benda haram pun aku tidak faham di dalamnya. Hari tu kami di ajar cara-cara hidupkan dan matikan komputer, mengenal apa itu keyboard, monitor (Raihan sebut itu TV. Hahaha…) dan mouse… etc. Hari-hari yang berikutnya selama sebulan itu kami dikenalkan satu persatu apa itu komputer.

Dijadikan cerita bagaimana aku ghairah dengan komputer, suatu hari dalam kelas, sedang menunggu guru komputer naik ke kelas, kami yang berkongsi komputer sepakat nak “gatal tangan”. Raihan hidupkan komputer, Dhila belek2 nota nak mencari command untuk membuka komputer manakala aku sibuk dengan disket. Misi kami adalah untuk memprint nama kami untuk ditunjuk2 dengan rakan2…

Sedang dalam operasi kami itu, tiba2 guru komputer betul2 berdiri di tepi kami sambil berdehemmm… Kami bertiga apa lagi, jantung berdegup kencanglah sebab ketakutan… almaklumlah kamikan sudah langgar peraturan! Hahaha… Yang menariknya, selepas kami memberi penjelasan, kelas hari itu bertajuk bagaimana hendak menaip nama dan print dokumen. Apa kami tidak happy! Hahaha… mission complete!

Seingat aku, aku hanya mengikuti kelas komputer itu beberapa bulan sahaja kerana aku tidak dapat follow apa yang diajar. Bukan kerana cikgu tu tidak cemerlang mengajar tetapi memang kami bertiga banyak main. Tapi bagaimana timbul semula minat dan ghairah aku dengan komputer?

Ini semua kerana seorang junior aku, bernama Nazlia Ali (sekarang sudah jadi Ketua Puteri Umno Tawau) menjadi johan pertandingan program komputer peringkat apa ntah dan ianya diumumkan di perhimpunan oleh Pengetua Albert Chia yang tercinta. Aku sebenarnya hairan, dia lagi muda dari aku tapi dia sudah begitu expert dengan komputer…

Lalu aku berazam, satu hari nanti, aku akan menjadi seorang yang boleh bekerja dengan komputer. Setelah bertahun-tahun, barulah aku teringat sebenarnya, suatu masa dulu aku pernah menyimpan hasrat untuk menjadi seseorang dalam bidang komputer. Ingatan aku terhadap kisah ini timbul apabila aku ke CNB dan melihat muka Nazlian Ali di akhbar Borneo Post yang juga memuatkan gambar TBU; Laksana tugas amanah perwakilan: Tawfiq, keluaran 10 November 2008, muka surat 13.

Sekian.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

21 Responses to “Kenapa aku ghairah dengannya”

  1. sankai

    Nov 12. 2008

    akhirnya aku masuk paper….

    ehh..ada simpan ka lagi paper nie.??

    pinjam yaaa..

    Reply

    Maya reply on November 12th, 2008 10:23 AM:

    Copy ja sana tu… sama juga bah.

    Reply

  2. friendly

    Nov 12. 2008

    wahhhh…. masuk paper la…. hehe…

    Reply

  3. Maya

    Nov 12. 2008

    Hehe, mo dikasi framekah tu agus?

    Reply

  4. friendly

    Nov 12. 2008

    ya…. frame paper tuh… pastu gantung kat kedai ko sis…. :)

    Reply

    Maya reply on November 12th, 2008 11:57 AM:

    Adeh ndak lah kalau aku… ko mo kah?

    Reply

  5. sankai

    Nov 12. 2008

    gantung di ibu pejabat tawaubloggers…

    aku baru daftar tawaubloggers nie..ada sua ibu pejabat…

    Reply

    Maya reply on November 12th, 2008 8:51 PM:

    Diterima sudah pendaftaran TBU…wohohooo. Aku mo aktiflah lepas ni.

    Reply

  6. angriani

    Nov 12. 2008

    bah masuk paper lagi

    yehaaaaaaa…nt ada owang yg gila glames kejelesan ni tau :D

    Reply

    Maya reply on November 12th, 2008 8:50 PM:

    hahaha…
    jan ko jeles bah sis.. aku tau nda da mukamu sana.

    Reply

    angriani reply on November 17th, 2008 4:26 PM:

    mana ada sis jeles…tapi owang lain laaa

    hehehehehehe…bukan senang mau jadi hebat
    tapi senang jer kalau mau perasan hebat…hiksss :D

    Reply

  7. Budi

    Nov 12. 2008

    sis riani.. muka ko pun ada masuk paper.. dgn mat6 lagi.. mo ka paper tu?

    Reply

  8. sabrina

    Nov 13. 2008

    waaaaaaaa…aku br sak mo tgk td rupanya sis maya suda ambik..huhuhuhu

    Reply

    Maya reply on November 14th, 2008 3:22 PM:

    hehe sapa lambat mmg ndak dapat

    Reply

  9. ucup kun

    Nov 15. 2008

    wah..ada suda..tengkiu..apapun, semoga sukses dalam arena blog ni..

    Reply

  10. Adry

    Nov 19. 2008

    Hidup Tawau Bloggers!!! hehehe

    Reply

  11. azizhjyaras

    Nov 21. 2008

    aku cadang bagus kalau korang buat alumnai sekolah…smk kuhara. amacam aku boleh tolong dari dalam. aku ni mengajar di sinun. aku tak dapat tolong jadi penganjur kerana aku belajar di smk tawau. amacam…cari kawan-kawan aku akan tolong…

    ajis
    http://www.albumkasih.com

    Reply

  12. the great kuharian

    Dec 17. 2008

    bila saudara/i kisahkan pasal belajar comp di smk kuhara sekitar thn 90an, teringat saya memori di sekolah ini esp guru2nya pada waktu itu.

    1. cikgu bala – cikgu ini karakter lembut sikit namun garang gila bila mengajar. dia suka betul bila kitaorg gelar dia ‘simbol sex smk kuhara’.tapi dia mengajar memang tip-top dan 1st class sampai aku punya result exam meletup2. kali terakhir aku bertemu dia pada thn 2000. pada masa tu dia telah bertugas di Ins Aminudin Baki dan tengah buat PhD. aku ingat lagi kata2 terakhirnya kpd ku. dia kata ‘ saya ingat saya tidak mau kawin, tapi saya kawin jugak dgn cikgu india st patrick';

    2. cikgu Zulkifli darus – cikgu ni karakter agak pelik sedikit. kitaorg panggil dia cikgu ‘geger’ sebab suka berckp tidak tentu pasal. akhirnya tidak pasal2 dia mengurat kitaorg punya junior jadi bini dia. bbrp hari lepas aku berselisih dgn dia di petaling street tapi haram mau tegur;

    3. COPS@cikgu osman – mula2 aku hairan, apasal budak asrama panggil dia si COPS, rupa2nya ia adalah singkatan CIKGU OSMAN PENDEK SANGAT. dia ni pun karakter lebih kurang dgn cikgu zul. semua budak asrama anti dgn dia. ada sekali tu, dia kuncikan kami dlm tandas asrama. hampeh betul. entah dia lagi ker tak di kuhara;

    4. Cikgu Maria – cikgu ni mengajar subject sastera dan BM. karakter dia memang moody. kejap2 boleh jadi garang. kejap2 boleh jadi baik. kali terakhir aku berhubung dgn dia masa aku mula2 masuk u dulu. entah di mana dia mengajar skrg yer;

    5. Cikgu Arifin – cikgu ni karakter ala-ala playboy sikit sampai budak kuhara gelar dia
    playboy smk kuhara. masa dia mula2 kawin dgn bininya (org semenanjung), aiyo budak2 semua mcm kena histeria. iyalah sbb cikgu arifin kawin dgn bini cantik & ramping. kali terakhir aku berhubung dgn dia pada thn 2007. katanya dia telah habis buat PhD; dan

    6. Kak Penjaga Library Form 6 – aku dah lupa nama akak ni w/pun aku pernah jadi librian. dia memang cute sangat. tapi malangnya, dia kawin dgn cikgu semenanjung. Kitaorg hampeh betul akak tu kawin dgn cikgu tu sbb cikgu tu takdalah hensem sangat.mungkin akak tu tengok pada hati budi cikgu tu agaknya.

    akhir kata, smk kuhara telah jadikan aku sekurang2nya jadi manusia berguna.

    Reply

  13. Maya

    Dec 17. 2008

    semua nama cegu tu pemes kan… aku dengar cegu zul tu sekarang x mengajar lagi di kuhara, x silap di balung kah dia…

    cegu arifin tu ajar kami sc tambahan dulu… dia x silap jd guru besar kah sdh tu… ko masih ingat mcm mana bangganya dia bawa bininya orang putih tu n kasi kenal sama albert? wahahahaha

    cikgu bala yg tinggi yg lampai… kawan baiknya tu cegu cina ajar math. yang aku ingat dengan cegu ni ialah sebab dia begitu semangat… ingat lagi aku orentasi, beri ceramah n ada lagu i have a dreams…

    Reply

    the great kuharian reply on December 20th, 2008 11:40 AM:

    kalau jumpa cikgu ariffin, dia masih dgn american trademrk dia spt pakai seluar pendek and dark glasses

    masa orientasi tu, cikgu bala pasang lagu sambil bagi IQ question e.g mcm mana mo tukarkan IX kpd SIX? aku rasa masa tu aku part of the AJK orentasi

    Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. Kisah Belajar Komputer | Puadede.Com - 09/04/2012

    […] Nazliah Ali CommentsPowered by Facebook Comments Filed in: Photo […]

Leave a Reply

CommentLuv badge