
Aku kagum dengan strategi Barisan Nasional (BN) menggunakan kemudahan iklan internet dengan betul sebagai aset mereka memancing undi. Kenapa aku katakan sedemikian, kerana semasa aku membuka email tadi, tiba-tiba iklan Paid Political Advertisement keluar. Bila klik iklan itu, ada video streaming dan banyak lagi himpunan video sedemikian di laman web rasmi Election 2008 di www.bn2008.org.my
Bagi aku BN telah memaut hati pengundi yang duduk nun jauh di luar negara mahupun di dalam negara. Yalah, sejak kemudahan internet ada di mana-mana, memang berpatutan sangat iklan sedemikian diwujudkan. Bersih, mesej yang hendak disampaikan mudah difahami. Aku bukan nak bandingkan dengan tektik parti pembangkang dengan BN, tapi apa yang aku lihat, ianya tidak menepati maksud malah ada yang berlebih-lebihan.
Apa yang aku maksudkan berlebih-lebihan ada buktinya yakni melalui gambar yang aku ambil (dengan kebenaran) dari laman web Dungun.Net berkenaan Masjid Kristal ada Buddha dan Video Clipnya ada di MyDungun.blogspot.com.

Rakan saya sendiri mendapat info ini semasa di dalam sebuah kedai dan terdengar perbualan mengenai Masjid Kristal yang dibina indah ada Budha… Betullah kata rakan tu, makcik, pakcik dan belia-belia yang buta komputer, internet akan mudahlah percaya benda sebegini dan menyalahkan kerajaan. Padahal sebenarnya, video itu telah diedit ala Teknik CGI (Computer Generated Image).
Lebih malang lagi, setelah blog Dungun.Net menjadi tumpuan ramai, (kerana sudut penulisan empunya telus dan sudut pemikirannya jauh ke arah pembangunan) laman webnya telah dirosakkan. Silalah berkunjung ke webnya sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut.
Comments
Powered by Facebook Comments









tu korang blm tgk lagi pamplet yg dicampak kat depan rumah aku mengenai masjid kristal. di claimnya masjid tu takleh smbhyg jumaat. lol
Reply
nilah dikatakan dunia dah nak kiamat.
Reply
Mahasiswa cukup mengutuk Kerajaan yang tidak telus dan jujur kepada rakyat. Memanipulasi MEDIA sebagai kuda tunggangan BN menunjukkan BN telah merogol Demokrasi yang sering di agung-agungkan. MEDIA meMALAIKATkan Parti Taghut BARISAN NASIONAL dan MemBURUKkan parti PEMBANGKANG. MAHASISWA tidak redha dengan BARISAN NASIONAL.
“Kerana Allah untuk Manusia”
Reply
Hehe siap rogol ek. Lari topiklah bro…Aku sentuh bab iklan internet dan penggunaan komputer-internet. Not media in overall. Kutuk tu kutuk gak, tp jgnlah letak badword. Pembaca blog ni umur tak tentu, kena lak anak buah aku yang baca… payah nak jelaskan. Aku tak suka komen yang extream sangat, aku berblog sebab nak santai. Maybe next time aku kena set mod approve for every comment. Mana yang aku tak suka, aku tak accept ataupun delete.
Reply