Kemeriahan Aidilfitri Anak Yatim Arroudhah

Dalam usaha untuk melahirkan rasa prihatin umat Islam kepada mereka yang sentiasa memerlukan serta memuliakan bulan Ramadhan Al Mubarak pihak Hotel King Park Tawau, Jeddy Jairul dan Ezza Fazlina Jamlidi bersama Tawau Bloggers Unity (TBU) mengadakan Majlis Malam Mesra Idil Fitri Bersama Anak-Anak Yatim Arraudhoh Tawau.
Majlis berlangsung dengan mesra dan keceriaan diwajah anak-anak yatim terserlah kerana malam istimewa mereka mendapat sentuhan kasih seorang pemimpin, dimana YB Datuk Hj.Tawfiq Bin Datuk Seri Panglima Hj. Abu Bakar Titingan dan isteri telah hadir pada majlis ini. TBU difahamkan bahawa Yang Berhormat menerima berita majlis ini di saat-saat akhir yang juga bersamaan dengan satu jemputan lain, namun YB telah menggunakan ruang yang ada bagi menghadiri majlis idil fitri ini untuk bersama-sama dengan Anak-Anak Yatim Arraudhoh.
Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Datuk dan Datin kerana sudi meluangkan masa bersama bagi menggembirakan anak-anak yatim ini. Pengumuman peruntukkan yang diumumkan oleh Datuk juga cukup membuat kami lega dan ianya pastinya dapat meringankan lagi bebanan rumah anak yatim ini. Kehadiran dermawan-dermawan sekitar Tawau juga telah menambah kegembiraan di hati anak-anak yatim serta pengurusan rumah anak yatim ini kerana inilah peluang mereka mengenali wajah-wajah yang memberi mereka kehidupan yang lebih bermakna di rumah anak yatim selama ini.



don
mmg meriah lawh
[Reply]
friendly
tahniah buat semua…..
[Reply]
Puteri Ezza
Special thanks to all Tawau Bloggers…
[Reply]
don
huhuhuhu….
thankz coz antar me ar adry..
ngee~
[Reply]
angriani
adeiiiiii…memang best jak kan maya…
hihihihihihihihi
[Reply]
keroro
dgr khabarnya kena paksa join ? huhuhu
[Reply]