5

Kembali Normal

horey

Alhamdulillah, semua nightmare sudah berakhir dan kesemua entry dan post akan menjadi normal seperti sebelumnya. Mulanya aku pun sudah berputus asa tapi desakan untuk terus berusaha dan berusaha lagi agar blog ini tidak kehilangan entry berusia setahun lebih lamanya berbaloi juga kerana akhirnya puadede.com kini kembali normal. Ini baru blog berusia 1 tahun lebih… aku sudah kelam kabut mahu menguruskan masalahnya… kalau blog yang lebih 5 tahun!

Pengajaran yang aku dapat semasa blog ini tidur:

  1. Selidiki hosting provider yang bakal kita duduki.
    Penilaian pada space hosting yang besar bukanlah ukuran tapi selidiki version php, mysql, dan seangkatan dengan keperluan web yang sedang running agar tidaklah berlaku data tidak matchlah, data tidak lengkaplah, widget problemlah.
  2. Pastikan email masa daftar hosting dan domain adalah VALID EMAIL.
    Masa daftar dulu senang2 saja kan nak letak email, main hantam saja, tau2 benda ini amat penting apabila anda mahu berpindah sama ada pindah domain ataupun hosting.  Ini akan menyusahkan anda membuat pengesahan berpindah kerana semasa domain mahu dipindahkan ke provider baru, anda perlu mengesahkannya melalui email yang anda mula-mula daftar dulu.
    Dalam kes aku, domain ini dulunya didaftarkan menggunakan sales@tawau.com.my sedangkan domain tawau.com.my aku dulu sudahpun expired. Jadi, janganlah menggunakan email seperti yang aku gunakan semasa mendaftar perkhidmatan domain dan hosting sebab akhirnya anda juga yang bermasalah.
  3. Pilihlah provider hosting yang mempunyai service helper yang memahami bahasa anda dan bersedia membantu anda.
    Bagaimana nak tahu syarikat hosting yang berlambak di internet ini boleh memenuhi ciri di atas? Caranya SERVEY dulu, kalau Mr Google bagi link forum, klik dan baca komen orang lain kerana ini penting bagi membolehkan anda mengetahui pengalaman orang lain yang pernah berhosting di syarikat itu.  Jangan jadi macam aku, main gulung tikar sahaja, masukkan duit bayar hosting… tup tup ada masalah komunikasi!
  4. Kalau tidak yakin dengan backup yang dibuat, buat banyak kali, pelbagaikan cara backup kerana ini akan membantu anda menghidupkan semula CMS WordPress ini.
    Jangan jadi macam aku, buat backup cuma 1, tupun kena jangkit kurap aka tidak lengkap.  Sebenarnya wordpress ni ada lagi cara lain nak backup datanya iaitu dengan login wp-login dan klik bahagian Tools dan klik Export.
    When you click the button below WordPress will create an XML file for you to save to your computer. This format, which we call WordPress eXtended RSS or WXR, will contain your posts, pages, comments, custom fields, categories, and tags. Once you’ve saved the download file, you can use the Import function on another WordPress blog to import this blog.
  5. Jangan malu untuk minta bantuan rakan yang lebih tahu.
    Kepada yang telah aku susahkan ketika blog ini tidur, maaflah, aku memang sengaja buat kamu susah kerana aku memang perlukan kamu… Ni hari aku, memanglah aku susahkan kamu… next another day bila kamu susah, kamu sms 1000x pun tidak apa (itukan kredit kamu)

Hahaha… ketawakanlah aku yang daif lagi naif ini.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: Blog Tags: 

Related Posts

Bookmark and Promote!

5 Responses to "Kembali Normal"

  1. dOn says:

    huhuhu…
    back to normal..

    dOn’s Terkini di blog…Tawaukini.com launched

    Reply

    Maya reply on February 14th, 2009 10:06 AM:

    yabah don… lega sudah ni sbb back to normal.

    Reply

  2. keroro says:

    maya kena promote site org yg bantu sampai dpt 1k hit ni muahahaha

    keroro’s Terkini di blog…Seri Bunian

    Reply

  3. Aj says:

    patutlah hr tu ndak dpt masuk…

    Aj’s Terkini di blog…Hinahanap Hanap Kita (I’m Searching For You)-Rivermaya

    Reply

  4. Adry says:

    Yeay… berjaya akhirnya sis… hehhee

    Adry’s Terkini di blog…A visit to a friend shop…

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.