4

Keluhan longkang Tawau.

Aku telah bertahun-tahun di bina, perananku adalah untuk menyalurkan air ke laut. Setiap hari sisa air dari ratusan deretan kedai, restoran, hotel, rumah tumpangan di bandar Tawau ini akan mengisi ruang ronggaku. Bukan aku pinta dilahirkan sebegini, tapi aku tetap terima hakikat akulah si longkang Tawau.

Aku selalu berasa loya dengan lodakan air berbau dari penghuni bandar Tawau yang tidak tahu menjaga kebersihan. Aku selalu disumbat plastik minuman, tin minuman, sisa makanan, malah lampin bayi tertuama sekali di bahagian hot place… di mana lagi kalau bukan area tumpuan ramai di stesen-stesen bas dan teksi, tandas, belakang restoran, gerai-gerai makanan open air dan banyak lagi.

Tak percaya? Mari aku buktikan…


Lihatlah aku diperlakukan laksana tempat membuang sampah mereka sedangkan di depan mereka ada tong sampah yang disediakan Majlis Perbandaran Tawau.

Untuk pengetahuan kamu, aku sebenarnya sudah uzur, hanya menunggu masa untuk pecah. Sesekali aku menjerat kaki sang manusia yang buta ketika berjalan… dan yang seringkali aku dengari selepas mereka terjatuh, “aduh… sial ini longkang, sial ini parit… ” Apa boleh buat, aku terima saja kerana aku tidak diselenggara dengan betul, lantai atasku sudah berlubang.

Lihat saja lantai atasku ini, semuanya sudah nazak, berlubang-lubang… teruk keadaan di atas, lagi teruk aku yang menanggung segala muatan limpahan warga Tawau ini. Sesungguhnya aku hanya menunggu masa untuk tersumbat, untuk tidak lagi melaksanakan tugasku yang sebenar, baik aku “pergi” kerana aku “kau” tidak perdulikan lagi.

..

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2010, Aduan Tags: , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

4 Responses to "Keluhan longkang Tawau."

  1. zaid says:

    rasanya patut pun kurangnya tong sampah disekitar bandar tawau pasal parit atau longkang di bandar tawau jadi nombor ke 2 tempat2 membuang sampah

    Reply

    Maya reply on December 5th, 2010 4:41 PM:

    berasas juga komenmu ni zaid, tapi kesianlah si longkang, sumbat sana sini…
    asal air laut naik.. maka banjirlah stesen bas, satu masa nanti satu tawau ni banjir gara2 parit sumbat.

    Reply

  2. Mus says:

    PBT kena bertindak!!

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.