
Signboard Kedai Makan Maskur… nampak tangan tu, agaknya apa simbolik bagi tangan itu.
Sup tulang, sup daging, sup ayam adalah antara hidangan “killer” bagi Kedai Makan Maskur yang letaknya di Merotai Besar, Tawau. Kenapa aku kata “killer” sebabnya, hidangan itulah yang membuatkan pengunjung mahu datang lagi dan lagi ke sana meskipun jaraknya kira-kira 35km dari pusat bandar Tawau. Kedainya cukup simple, letakkanya tepi jalan sahaja dan lot parkingnya cukup memuaskan malah ada perkhidmatan mencuci kereta.
Mulanya aku agak janggal dengan hidangan sup yang dihidangkan kerana rupa sup ini jauh dari sangkaanku.. yalah sup kan biasanya sedap pada rempah ratusnya tapi di sini agak berlainan. Aku diam dan hirup, wah ternyata memang special. Aku tak tau nak kata macam mana rasanya tapi ianya cukup sebati, cukup teliti penyediaannya, bahan-bahannya pun tidak bermalam malah ianya panas2 ketika dihidangkan. Aku letak limau dan lada, aku teus diam menikmati sup itu
Sup ayam sahaja yang sempat dinikmati kerana mereka sudah kehabisan sup yang lain.
Aku tidak berkesempatan untuk menemui tuan kedainya, namun pengunjung yang keluar masuk dengan senyuman puas hati cukup membuat aku menyimpulkan bahawa perniagaan kedai makan itu cukup laris. Kedai Makan Maskur dibuka jam 9 pagi hingga 5.30 petang namun menurut pelayan, kadang kala ianya ditutup awal kerana hidangan makanan sudah habis (masa tu baru pukul 3.17 petang)…
alaa kalau sudah habis tambah lagi, ataupun buat hidangan makanan ringan, minum petang atau paling tidak pun, hidangkan sahaja minuman ABC, air buah kelapa, kopi O dan sebagainya sebagai pengubat kempunan pengunjung yang datang dari jauh ataupun pelanggan yang baru turun dari kem.
Penjual pisang goreng atau sanggar di Merotai yang berjaya. Letaknya bersebelahan dengan Maskur
Apa pun sebelum berkunjung ke sini, eloklah telefon dahulu 019 833 8284 bagi mengelakkan anda kempunan kerana tidak dapat menikmati masakan istimewa kedai makan ini.
KEDAI MAKAN MASKUR
Lokasi: Merotai Besar, Tawau.
Hidangan Istimewa: Sup tulang, sup daging, sup ayam
Masa beroperasi: 9 pagi hingga 5.30 petang 10 Malam.
Telefon: 019 833 8284
Update 1 Nov 2010 : Kedai Makan Maskur tukar masa beroperasi bermula 9 Pagi – 10 Malam… Ya jam 10 Malam… so semua orang sudah boleh ke Merotai semata-mata untuk makan sup ajaib Kedai Makan Maskur!
Comments
Powered by Facebook Comments









wah…… p makan sendiri2 yerk…. hehe..
friendly’s Terkini di blog…Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?
Reply
Maya reply on January 20th, 2009 5:28 PM:
Kebetulan limpas merotai ba agus
Reply
Wa…terliur plak aku tengok
KampungBoy’s Terkini di blog…Burung Jatuhkan Airbus A320 ??
Reply
Maya reply on January 20th, 2009 5:29 PM:
Hehe mmg sedap tu
Maya’s Terkini di blog…Kedai Makan Maskur
Reply
sedap sehingga menjilat mangkuk… hehehe
Adry’s Terkini di blog…Tawau Magic!!!
Reply
Maya reply on January 20th, 2009 5:29 PM:
bersih ba mangkuk sup kami adry
Maya’s Terkini di blog…Kedai Makan Maskur
Reply
baru jak sis makan di situ time lunch tadi..hehehehe
Reply
SEDAP MEMANG SEDAP KALAU MAKAN NDAK NAMPAK TELINGA SENDIRI TAPI HARGANYA MAHAL. SEDANGKAN SAPINYA DI BELI MURAH. KALAU MAU MAKAN SAPI @ LEMBU BELILAH DI FELDA UMAS PUSAT TERNAKAN LEMBU / KAMBING / PAYAU KONTEK SAJA PAK GEMBALA
Reply
wahh maya.. lapar aku… itu bukan owner dia drebar teksi kah dulu???
Aj’s Terkini di blog…Man + Animal = “Manimals” = Eerie Portraits
Reply
Halijah Tahir reply on November 6th, 2010 5:04 PM:
hai aj….. bila lagi mau datang makan di maskur?
tentang driver teksi tu, nak bagi pembetulan bleh?
sebenarnya bukan driver teksi, tapi pernah jadi driver lori dan staff estet di sekitar merotai…..
Reply
gambar penjual pisang goreng dia tu…hahahaha
Aj’s Terkini di blog…3 Days In History (24-26 January)
Reply
Maya reply on January 27th, 2009 9:09 PM:
Ndak lah aku siasat hal itu AJ
Reply
Mesti cuba nie
Reply
aku kenal tuan punya diri dalam gambar tu. anak perempuan haji kure, classmateku spm tahun 2001..
Reply
kedai makan maskur????
smua mkanan nya sdap….
tp bleh ka kasi kurang harga ckit…
huhuhuhuhu….
t aq blik tawau aq mo bli byak2…
uhhuhuhhuhuhu…..
smoga kedai maskur trus maju N naik kan nma merotai…
huhuhuhuhuhu…………………….
Reply
thanks semua atas pujiannya…. jgn henti2 beri sokongan dan dtg slalu ke kedai maskur yer….
bagus juga tu klu dpt supplier yg ble bagi tulang dan daging murah2….. hehehe….
ps: sambil2 makan jeling2 yer ke avon sebelah jer tu…
perkembangan terbaru kedai maskur: beroperasi dari jam 7 pagi sehingga jam 10 malam. jangan lupa……..
tiada orang yg kempunan dah selepas ini……
Reply
Maya reply on November 1st, 2010 9:57 PM:
Betulkah sampai jam 10 malam! Ini sudah bagus…
Saya akan update info restoran ini
Thx ya infonya dan komennya.
Insyaallah bila ke sana saya akan cari kamu.
Reply
Halijah Tahir reply on November 6th, 2010 5:07 PM:
maya, x setuju lah ngan yg lainnya tu… psl harga sup di maskur mahal…. mahal tau bekalan dia…. apapun, thanks ya sebab bagi sokongan…. ok klu dtg maskur, cari jak saya di dapur k….
Reply
Maya reply on November 6th, 2010 6:08 PM:
sudah jadi adat baitu di Tawau Halijah… sedangkan keropok 10sen ditawar nikan pula sup maskur. Yang penting kekalkan rasa enaknya, orang kalau kempunan pasti datang mencari lagi, harga tolak belakang cerita… hehehe.
buka 7 hari seminggu ke?
Reply
Maya reply on November 19th, 2010 11:09 PM:
tentang hari cuti mereka, aku tidak tanya plak, maybe Halijah Tahir boleh jawabkan
Reply
Halijah Tahir reply on December 9th, 2010 10:57 PM:
kedai maskur beroperasi setiap hari… tiada hari cuti…
kecuali hari raya aidil fitri (+- 2 minggu) dan hari raya aidil adha (+- 1 minggu)……..
perkembangan terbaru……
cawangan kedai maskur akan di buka di GIANT tidak lama lagi… jgn lupa jeling ke lot kedai berhadapan dengan giant k….
masa beroperasi masih dalam perancangan, tapi kemungkinan besar, sama seperti GIANT, dari jam 10 pagi sehingga 10 mlm.
Reply
Maya reply on December 9th, 2010 11:38 PM:
kalau buka tu jemput2lah ya..
boleh hebahkan lagi dalam blog aku
Halijah Tahir reply on December 23rd, 2010 12:06 AM:
JEMPUTAN RESTORAN MASKUR II
hai semua………. dijemput datang ke perasmian kedai maskur 2…..
tarikh : 25 disember 2010 (sabtu)
lokasi : lot kedai berhadapan GIANT Tawau
masa: jam 12 tghari
jemput datang yer……
Maya reply on December 23rd, 2010 9:09 AM:
Insyaallah, satu kapal kami datang hehehe
Akak dah makan kat sini…soup dia memang sedap!
Akak mohon IZIN guna gambar di atas,TQ
Reply
Maya reply on December 3rd, 2010 10:42 PM:
Cek ur email…
Reply
kedai maskur ni memang sedap…tuan kedainya pun saya kenal,didepan kedai maskur ni(seberang jalan)ada satu kedai runcit cina tempat kami dulu jual koko,kalau koko kita org udah timbang dapat duit kami adik beradik terus kekedai maskur ni…..dulu nasi ayamnya mmang top sedap.
Reply
Aww sodapnya.. yummy .,,,,
Reply
sup maskur sup yang terbest yg pernah sy jumpe kat tawau….suka2 pasnie ada restoran maskur 2 plk…..huhuhuhuhu… xpe kak ijah klo sup sedap org akn dtg jua bha cari sup maskur…..kwn2 ayah sy yg kerja felda pun pernah ckp klo sdh sampai tawau ndak makan sup maskur ndak sah….huhuhuhuhu sy rindu sup maskur…terbaikkkkk
Reply
serius sedap sup pakcik..tme saya stdy di sabh n mengikuti rombongan ke tawau..kawan telah mmperkenlkan sup pakcik maskur..serius sya terus jatuh cinta..walu kat semnjung byk kedai sup tpi serius x leh tanding sup pakcik..
Reply
Macang kamu2 saja bah yang menjawab ini..aku mau ikuk jugak sikik la.
Ada satu pakcik bawa basikal letak didepang restorang tu hari tu, masih ada ka basikal dia?
Reply