Kebakaran Kilang Plastik Kitar Semula di Pasir Putih Tawau

KEBAKARAN kedua di bulan Januari 2012 berlaku di Kampung Pasir Putih, Tawau yang melibatkan sebuah kilang plastik kitar semula di sini pagi semalam. Tidak ada nyawa terkorban melainkan harta benda syarikat tersebut. Agak membimbangkan kerana kebakaran berlaku di mana-mana tanpa mengira masa dan tempat. Aku tidak berkesempatan untuk pergi ke kawasan kebakaran kerana pada masa itu aku ada family matter.

Tidak ke sana bukan beerti tidak mengetahui keadaan di tempat kejadian kerana komuniti gergasi facebook di Tawau (MyTawau dan Tawaurian) ada melaporkannya. Inilah kuasa Facebook di Tawau yang senantiasa hidup tidak pernah tidur dengan laporan kejadian dari lokasi dari masa ke semasa. Terima kasih warga FB Tawau.

Berikut adalah gambar kebakaran kilang tersebut.

Sumber berita BERNAMA mengenai kebakaran kilang kitar semula di pasir putih.

TAWAU: Sebuah kilang plastik yang menjalankan aktiviti kitar semula milik sebuah syarikat dan pejabat serta stor sebuah syarikat pemungut sampah di Kampung Pasir Putih di sini, musnah dalam kebakaran hari ini.

Turut musnah dalam kebakaran itu ialah enam kenderaan dan empat motosikal milik kedua-dua syarikat berkenaan dan pekerja.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Tawau, Zaugarana Kuning ketika ditemui berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.35 pagi dan tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudian beserta 20 anggota.

Katanya api dapat dikawal daripada merebak ke kawasan perumahan berhampiran kira-kira setengah jam kemudian dan dipadamkan sepenuhnya pada 10 pagi.

“Ketika anggota kami tiba, kilang dan kemudahan di kilang yang dibina daripada kayu telah dijilat api sepenuhnya,” katanya.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Related Posts with Thumbnails

Comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

No comments yet.

Leave a Comment

CommentLuv badge