9

Kebakaran di Batu 3 Jalan Apas Tawau

Kejadian ini berlaku pukul 1.45 petang semasa aku dan Lisa Ali sedang makan tengah hari di ABC Sabindo, Tawau.  Selesai makan kami melihat kepulan asap tebal dari arah Jalan Apas dan memandangkan tiadalagi bahan entry untuk blog hari ini, kami bergegas ke temat kejadian.  Lokasi kebakaran ini ialah di belakang kilang Standart Electric yang menempatkan perkampungan setinggan yang hampir keseluruhannya dihuni oleh pekerja kilang di kawasan itu.

Sampai sahaja di tempat kejadian, asap semakin reda kerana 2 jentera bomba dengan 20 anggotanya serta diiringi empat pegawai yang diketuai Pegawai Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Tawau, Albert Jiran Tanjung sudah dapat mengawal kebakaran.  Aku sempat mengambil gambar sebahagian ahli bomba yang bertugas dan diikuti bertanya dengan mangsa kebakaran, seterusnya mengambil kenyataan pegawai bomba yang bertugas.  Agak berasa janggal seketika kerana bidang kewartawanan ini sudah lama aku tinggalkan namun aku masih tidak kekok untuk tampil bertanya pada sumber yang menjadi rujukan kejadian.

.

Aku berbuat demikian untuk mendedahkan kepada rakan blogger yang ada bersamaku tentang apa yang perlu mereka lakukan untuk menghadapi situasi kebakaran sebegini.  Yalah aku tidak mahu maklumat yang mereka sampaikan kepada rakan-rakan lain ataupun di dunia internet ini tersalah dan tidak mengikuti fakta sebenar.  Kebakaran dapat dipadamkan pukul 3.30 petang

.

.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Berita Tags: , ,

Related Posts

Bookmark and Promote!

9 Responses to "Kebakaran di Batu 3 Jalan Apas Tawau"

  1. Gen2Merah says:

    oooo, nampak asap tebal petang tadi. Ingatkan di kampung batu 4.. rupanya di sini ya…

    Reply

  2. suichi says:

    naaa..makan nasi lalap kmu tadi ya..nda mengajak ni… huhu

    Reply

    Maya reply on February 27th, 2011 12:51 AM:

    bukan namau mengajak tp ada hidden agenda jalan lurus bah tadi.. tidak dirancang gerakannya

    Reply

  3. Gen2Merah says:

    salam sis Maya.. mohon share link ya pasal kebakaran ni..

    Reply

    Maya reply on February 27th, 2011 12:50 AM:

    ok gimme backlink to etry

    Reply

  4. merahcjata says:

    hidden agenda ya… hahaha

    Reply

    Maya reply on February 28th, 2011 12:13 AM:

    hehe ko saja yg faham tu

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.