
INI bukanlah penganjuran yang pertama kali untuk peminat sukan bermotor Tawau, ianya seakan menjadi salah satu trademark Tawau melalui acara ini. Menariknya, saban tahun, penganjuran acara ini meningkat dan penyertaan semakin bertambah, bukan sahaja dari dalam daerah Tawau, malah penyertaan dari luar Tawau termasuklah negara jiran, Indonesia. Ya, penganjuran acara ini mendapat sambutan dari luar negara… penyertaan mereka bukan dalam satu kategori malah hampir semua kategori.
Ini kisah hari pertama Karnival Sukan Bermotor TMAS 2012
Aku turut berkesempatan mengikuti acara ini, hadir sama untuk menyaksikan kelainan acara ini berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Ternyata penganjurannya semakin bertambah baik. Kenderaan yang mengambil pertandingan dalam pelbagai kategori diangkut menggunakan kenderaan lori… yalah kan, kenderaan yang bertanding dalam acara ini adalah tidak sesuai untuk berada di jalan raya kerana ianya membahayakan pengguna jalanraya yang lain.

Ketika menemui penganjurnya, Bro Ringgo, seorang engeneering berkelulusan luar negara, beliau melahirkan rasa yang pelbagai, katanya. Ini sememangnya penganjuran yang baik untuk Tawau namun di sebalik penganjuran itu, beliau resah memikirkan perjalanan penganjuran acara ini. Bermula dengan keadaan litar drag yang usang, dana yang terhad serta kebimbangan tentang keselamatan semasa acara itu sememangnya membebankannya. Namun berkat usahasama jawatankuasanya serta dapatlah aku katakan, “semangat orang Tawau” sememangnya mempunyai aura yang unik dalam apa sahaja penganjuran acara di sini.
Akhirnya, di pagi acara ini meskipun hujan semalaman, acara dimulakan dengan baik dan teratur. Sinar matahari yang terik mengeringkan litar yang basah, khemah-khemah tapak pameran dan jualan juga berisi penuh dengan pelbagai agensi dan persatuan serta peniaga. AJK drag race yang mempunyai pengalaman yang luas dalam penganjuran acara ini juga sebahagian daripada kejayaan penganjuran hari pertamanya.
Info kategori yang dipertandingkan dalam Karnival Sukan Bermotor TMAS 2012
Kategori Kereta mempertandingkan:
Class A – 4×4 Open Turbo (NOS Force Induction)
Clas B – 4×2 Turbo
Class C – NA Open 1600cc Above
Class D – NA Open (VTEC/MIVEC/SUPERCHARGER)
Class E – K-Car Turbo (Blow 1000cc)
Class G – Proton Cup (open for Proton SINGLE CAM 1500cc Below)
Kategori Motorsikal
Class A – Motorsikal 110cc (4 Speed & 4 Speed Only)
Class B – Motorsikal 125cc
Class C – Motorsikal135cc – 150cc
Class D – Motorsikal 4 stroke max 125cc
Class E – Motorsikal Open
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments




























Trackbacks/Pingbacks
[...] Karnival Sukan Bermotor TMAS 2012 Keputusan Hari Pertama Keputusan Penuh Drag Race [...]