Karnival Gaming Sabah 2012

MELANGKAH ke alaf melanium baru tahun 2000 di Kota Kinabalu dipenuhi dengan aktiviti dan pesta untuk meraikannya namun aku tidak memperdulikan apa yang berlaku di luar sana. Aku asyik menghadap komputer games yang ketika itu popular dengan Counter Strike, Starcraft, Legend Of MIR.

Bagiku, bersama dengan kawan-kawan yang sama hobi denganku adalah lebih penting kerana kegembiraan, kepuasan yang kami kongsi lebih berbaloi daripada beronggeng tidak tentu hala. Itu sebahagian catatan hidupku yang lalu, sempat bergelumang dengan dunia games Cyber Café.

.

Ahad lalu, aku ke Karnival Gaming Sabah yang diadakan di Eastern Plaza yang antara aktivitinya adalah pertandingan game yang dianjurkan Tawau Gamer Community (TGC). Gamers sekarang sudah berkomuniti, satu perubahan yang baik berbanding zamanku. Melihat pelajar berusia 12 tahun sedang khuyuk berlawan games Tekken 6 membuat aku senyum… apa taknya, budak itu sedang melawan lawannya yang jauh lebih tua.

Bermain games bukan hobi yang tidak baik, ianya mampu merangsang kreativiti dan IQ seseorang malah melalui games juga seseorang itu menimba pelbagai kemahiran yang kita sendiri tidak jangkakan. Demikian yang diperkatakan Pengerusi TGC, Sofizar Neo.

“Ramai yang menganggap bermain games ini membuang masa terutama sekali ibu bapa yang biasanya tidak memahami keperluan games dalam proses pembesaran anak-anak mereka. Games dan ilmu pelajaran tidak dapat dipisahkan kerana arus pendidikan kanak-kanak sekarang memerlukan pendekatan “hiburan”, pendekatan yang memudahkan pelajar memahami sesuatu mata pelajaran itu,” ulasannya ketika ditanya mengenai kebaikan bermain games.

Ada betulnya juga kerana bermain games memerlukan satu proses memahami, merancang dan bertindak, samalah seperti konsep untuk menyelesaikan masalah matematik, sains atau subjek lain yang memerlukan strategi penyelesaian masalah.

TGC adalah komuniti games yang aktif di Tawau dan sebagai memenuhi pertambahan ahlinya, pelbagai aktiviti perlu digerakkan untuk mempertingkatkan lagi level gamers. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa gamers Tawau adalah antara yang terbaik di Sabah, meskipun sebelum ini jumlahnya tidak ramai namun ianya kian bercambah. Sebab itu aktiviti seperti pertandingan yang mencabar diperlukan gamers Tawau ini.

Lebih hebat lagi, TGC mempunyai rangkaian mentor yang cukup berpengalaman luas dan salah seorang daripadanya ialah Mohd Rizan Mujib, Sabahan yang menetap di Kota Kinabalu. Mohd Rizan ini mempunyai level antarabangsa setaraf dengan gamers di Korea, negara yang dikenali sebagai syurga gamers.

“Selepas ini TGC akan terus merancang pelbagai pertandingan dan mahu menjadikan Tawau sebagai pusat penganjuran games di Sabah. Ini sejajar dengan kepesatan pembangunan di Tawau dan menjadi harapan kami aktiviti yang kami rancang akan memberi impak khususnya menggalakkan kedatangan pelancong tempatan ke sini,” kata Neo lagi.

Pertandingan permainan games sempena Karnival Gaming Sabah itu disertai 138 peserta yang bertanding dalam lima kategori iaitu games Tekken 6, Soul Calibur IV, Pro Evolution Soccer 2012, serta Cosplay dan Cosplay Photography Editing. Karnival itu dirasmikan Naib Ketua Umno Tawau, Nizam Abu Bakar Titingan.

Penaja untuk Karnival Gaming Sabah itu ialah Pemuda Umno Tawau, Umno Tawau, Adun N58 Merotai, De De Eyes, Fantastic Zone dan MVSB.

.

.

INFO KARNIVAL GAMING SABAH.

COMPETITION :

- TEKKEN 6 SOLO TOURNAMENT(PS3)
- SOUL CALIBUR IV SOLO TOURNAMENT(PS3)
- PRO EVOLUTION SOCCER 2012 SOLO TOURNAMENT(PS3)
- COSPLAY SOLO COMPETITION(GAMING CHARACHTER)
- PHOTOGRAPHY(EDITING COSPLAY)

PERFORMANCE :

1.ULTIMATE MARVEL VS CAPCOM 3 (DEMO BATTLE)
2.TEKKEN TAG TOURNAMENT 2 PROLOGUE(DEMO BATTLE)
3.SHUFFLE DANCE BY WAWASAN DANCE CREW
4.STREET FIGHTER X TEKKEN(DEMO BATTLE)
5.MAGIC PERFORMANCE BY MAGICTAWAU TEAM ALIF & ARMAN

ALL DEMO BATTLE WILL BE PLAYED BY:

-MOHD RIZAN MUJIP(BL33D)
-YURIZAL PHYURIX
-DOMINIC LAW

EVENT MANAGEMENT :

LEADER : SOFIZAR NEO
FLOW MANAGER : MOHD RIZAN MUJIP
FLOW MANAGER : BERNARD J KABI
ADMIN : DIDIE VERNT(KERETA ROSAK)
ADMIN : WAWAN(WONE DERRTY SIX I)
ADMIN : FAZIE(CHUMPY WHUMPY)

EVENT HOST/MC/INTERVIEWER :

- ADIYAZID(ATAYASATA SHINGO ADIYAZID)
- WAN(PEDOK ROCK)

PHOTOGRAPHER/CAMERAMAN :

- RASYD(RASYD PAPAPROS)
- SHARIFF BLOOD

JUDGES :

COSPLAY : JOANNA LYE,SOFIZAR NEO,SAKUYA CHAN,BERNARD J KABI
PHOTOGRAPHY : CHUMPY WHUMPY,JOHN TENDAHAL,SOFIZAR NEO, ?

EVENT CREW : -JIJIE(OTAK ROSAK)
- NASH(LAPPY ROSAK)
- SAN(SAN SEGA)
- RAYMON KA REMON(REMON)
- NASSUARI(NASH LAN)

FOR BOOTH RENTAL FOR SALES AND PROMOTION AT THE EVENT PLEASE CONTACT : SOFIZAR NEO

FOR MORE INFO PLEASE JOIN OUR GROUP AT : WWW.FACEBOOK.COM/GROUPS/TAWAUGAMERSCOMMUNITY

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

No comments.

Leave a Reply

CommentLuv badge