
Baru-baru ini aku bersama Lisa berkesempatan mengikuti rombongan ADUN Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat meninjau keadaan ibu bapa dan guru-guru menghadapi hari pertama bersekolah di kawasannya. Ianya satu pengalaman baru untuk aku kerana ada banyak peristiwa di sebalik hari pertama sesi persekolahan 2011.
.
.
Seawal jam 7 pagi aku dan rombongan berada di perkarangan SK Tg Batu yang ketika itu sedang berlangsung perhimpunan semua pelajar sekolah itu. Di luar sekolah kelihatan ibu, bapa, akak atau abang pelajar berdiri di luar pagar menyaksikan perhimpunan itu.
Di kesempatan itu, Datuk sempat beramah mesra dan bertanyakan khabar ibu bapa. Setelah selesai kami pun masuk ke perkarangan sekolah dan di sana datuk bertanyakan pelbagai perihal sekolah termasuklah keadaan sekolah, keadaan bilik darjah tempat belajar, yuran sekolah dan sebagainya. Malangnya, sekolah itu telah menetapkan pelajar Tahun Satu di sekolah itu akan memulakan sesi pendaftaran dan pembelajaran di waktu petang. So tidak dapatlah berhadapan dengan moment pelajar menangis, pelajar terkucil, pelajar comel-comel.
Kami bergerak ke Sekolah Agama Rakyat Darul Hikmah selepas bersarapan dan di sini aku dapat merakamkan aksi nakal adik-adik di sekolah ini. Kami dimaklumkan bahawa sekolah yang dibina di atas tanah wakaf itu tidak mempunyai kemudahan asas bekalan air, meja kerusi yang kurang, keadaan kelas yang tidak selesa dan banyak lagi. Datuk menyatakan pihaknya akan menyalurkan bantuan segera bagi kemudahan bekalan air dan bantuan kemudahan yang lain akan disalurkan dari masa ke semasa.
.
.
Rombongan diteruskan ke TADIKA Perpaduan di Tanjung Batu dan di sini suasanya agak berbeza kerana bilangan adik-adik yang bersekolah di sini agak ramai. Adik-adik ketika itu sedang bersiap untuk sesi makan dan dapat disaksikan pelajar membaca doa makan berserta terjemahannya, aksi merengek menangis mahu balik, aksi adik-adik yang selesa dengan persekitaran baru juga sudah ada yang mula berminat dengan alat bantu mengajar yang terlekat di dinding kelas.
..
..









Comments
Powered by Facebook Comments