Ini kisah plagiat, kisah yang perlu diteladani dan jangan sesekali cuba untuk meniru sikap penulis yang tidak beretika ini. Aku mengenali empunya blog Dungun.Net ini bukan sehari dua dan kisahnya diplagiat juga aku anggap sebagai sebahagian kisahku sebagai blogger kerana we are twin tak satu bapa tak satu mak tapi satu tarikh lahir.
Alkisahnya, Dungun.Net ni sememangnya suka menulis blog mengenai daerah kelahirannya, bermula dari sejarah Dungun, tokoh-tokoh sejarah di Dungun, pembangunan di Dungun, ketidakpuasan dia sebagai warga Dungun segalanya ditulis dalam blog Dungun.Net. Dan atas minatnya itu maka terbitlah Kepok Goreng ala Satey Ikan yang ditulis pada April 2010 berdasarkan penjelajahannya ke gerai Keropok Sri Sura.
Tapi pada Julai 2010 Kepok Goreng ala Satey Ikan Dungun.Net telah diplagiat web ternama Kampungku.Com.My
Bagi korang, kenapa Kampungku.Com.My plagiat Dungun.Net?
- Penulis Kampungku.Com.My malas nak jalan buat review.
- Kampungku.Com.My suka makan tapi tidak suka tulis.
- Dungun.Net tak pandai mengarang dalam bahasa Malaysia baku.
- Dungun.Net terlalu suka bagi info free tu sebab Kampungku.Com.My cilok satu.
- Siapalah Dungun.Net tu kalau nak banding Kampungku.Com.My yang siap ada fan page di FB seramai 300+ orang.
Apa suggestion korang agar Dungun.Net abaikan kisah plagiat si Kampungku.Com.My ini?
- Bagi kredit dan backlink banyak-banyak kat Dungun.Net
- Bayar ganti rugi (cth bayar domain hosting Dungun.Net 10 tahun)
- Delete entry yang diplagiat
- Mohon maaf siar di akhbar nasional
- Jom cerita di court ( you sue me i sue u)
Plagiat menurut definisi Kamus Dewan Edisi Ketiga, plagiat bermaksud perbuatan mencedok kata-kata, idea daripada karya orang lain dan menggunakannya sebagai karya sendiri.
Kenapa orang suka plagiat ini dikupas secara terperinci oleh Mohamad Faizal yang antara intipatinya postnya mengatakan orang yang suka plagiat ini adalah orang yang rasa dirinya tidak akan kantoi.
Tapi kalau dah kantoi macam mana?
Ikuti apa kata Dungun.Net dalam hal plagiat ini.
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments








kelhome
Dec 11. 2010
aku cukup tak suker ngan penyamun gitu..hampeh tul klu meniru. klu bagi kredit dan link back sbg reference tu tak pe, tpi klu tukar buh nama dia mmg t*** la blogger tu
Reply
Maya reply on December 11th, 2010 12:55 AM:
rasa macam dibuang gaung pas bagi dia makan sedap2
Reply
octo
Dec 11. 2010
ni dah kali kedua site yg agak femes mengcopy hasil penat lelah aku.
femes ke site dia? boleh la tu siap ada 300 fan hahaha..
disbbkan dia mengambil rezeki dgn iklan2 di blognya hasil drpd karya aku, harap dia boleh hidup dgn aman dgn rezeki haram.
Reply
Maya reply on December 11th, 2010 9:45 AM:
sebelum ni Malaysiakini… sekarang kgku. blog ko mmg pemeslah
Reply
Adry Sabry
Dec 11. 2010
First time ku lihat perkataan plagiat… apa tu sis???
Reply
Maya reply on December 11th, 2010 9:46 AM:
ada tulis atas tu bah adry hehehe
Reply
budaini
Dec 11. 2010
ada tak coding2 yg org ndak boleh copy paste sama sekali walaupun dia menggunakan Cltr+C…..
Reply
Maya reply on December 11th, 2010 9:42 PM:
tiada yg lebih berkesan dari kesedaran diri sendiri
Reply
zaid
Dec 11. 2010
Apa kata kalau kununya kita dapat tangkap urg yg berani2 CILOK web page urg lain kita kasi sambal belacankan muka dia…atau kita ikat dia ditiang letrik tepi jalan pastu kita cilikan dia satu badan…pastu gantung kadboard di tengkuk dia dgn kata2 SAYA SUKA CILOK KARYA ORG,SILA SIRAMKAN SAYA DGN AIR PANAS,CILIKAN SAYA ATAU APA2 YG ANDA FIKIRKAN SEBAGAI HUKUMAN UNTUK SAYA….PASTIKAN PENANGAN ANDA UNTUK SAYA YG SADIS DAN SANDIK YA!
#amacam maya….ok ka,aku pasti 100.100% tidak akan jadi lagi kes2 PLAGIAT atau CILOK…kih kih kih
Reply
Maya reply on December 11th, 2010 9:43 PM:
jauhnya ko berfantasi zaid, sudah tidak wujud bah hukuman yang begitu melainkan ko buka satu negara sendiri
Reply
Gen2Merah
Dec 11. 2010
hahahaha… alangkah indahnya jika penulisan hasil daripada idea kita sendiri kan..
Reply
Maya reply on December 11th, 2010 9:46 PM:
Sebab indahlah orang lain tidak suka, ada saja idea mahu jahanamkannya.. ini kira kes vandalisme fasa tamat sekolah
Reply
mazeermohamad
Dec 12. 2010
woah! woah! woah! relaks~ sharing is caring! kih3!~
Reply