Kampung Luasong yang terletak dalam Parlimen Kalabakan, Tawau sememangnya sebuah perkampungan lama yang wujud iaitu sejak 1966 lagi. Asalnya perkampungan di Luasong adalah penempatan pekerja pembalakan dalam pentadbiran North Borneo Timber dan pada 1985, Syarikat Yayasan Sabah telah mengambil alih kawasan tersebut.
Mengunjungi Kampung Luasong buat pertama kali sememangnya pengalaman yang berharga buat aku kerana perjalanan 2 jam lebih ke situ cukup membuat aku menafsirkan bagaimana kesusahan mereka.

Jalan yang licin kerana hujan semalam sebelumnya membuat perjalanan kami agak mencabar, mujur juga menggunakan kereta pacuan empat roda. Di pertengahan jalan pula ada lori yang sarat membawa papan telah di proses terkandas. Nasib keadaan lori itu tidak menghalang penuh jalan ke sana, kalau tidak demi tugas, aku dan rombongan akan berjalan kaki.
.
Sebenarnya tujuan aku ke Kampung Luasong adalah kerana menjalankan tugas yang diamanahkan oleh seorang pemimpin rakyat di kawasan itu. Satu program Mesra Rakyat diadakan di sana dengan agenda utamanya, mahu mendekatkan pemimpin dengan melihat dan bertindak dengan masalah yang mereka alami di Kampung Luasong.
Tiba di lokasi, aku tergamam… siap sangka dalam hutan belantara itu ada sebuah rumah rehat yang eksklusif, lengkap kemudahannya, bertaraf hotel-hotel terbaik yang pernah aku kunjungi. Rupanya, itulah Rumah Rehat Kanan Pusat Perhutanan Luasong yang dikelolakan oleh Yayasan Sabah dan Dewan Palasan adalah lokasi majlis diadakan.
Dalam majlis yang dihadiri hampir 200 orang itu banyak yang aku temui, kisah dan ceritanya, adat dan istiadatnya, jenaka dan sindirannya dan lain-lain. Dari info yang aku peroleh, Kampung Luasong ini sebelumnya ditadbir oleh Ketua Kampung sebelumnya iaitu Allahyarham Kumut Abdullah dan diganti oleh Nasruh Abdul pada 2005. Memandangkan status kampung ini ditadbir sepenuhnya oleh pihak pengurusan Yayasan Sabah, pembangunan di Kampung Luasong agak perlahan malah kini semakin terbiar.

Tidak puas hati dengan keadaan kampung, seorang mantan pekerja Yayasan Sabah, Yusup Imat, tampil mengisi jawatan JKKK Kampung Luasong dan di majlis itulah bermula segala luahan masalah rakyat Kampung Luasong.
Di akhir kisah itu, pemimpin rakyat menjelaskan segala permasalahan yang diberikan akan disegerakan mengikut kepentingan keperluannya seperti jalan raya dari KM8 ke Kampung Luasong, jalan raya di kawasan Kampung Luasong, pejabat pentadbiran Kampung Luasong, pendaftaran bergerak penduduk Kampung Luasong, kereta jenazah dan lain-lain. Apa yang penting menurutnya, kerjasama semua pihak perlu ada terutamanya penduduk kampung agar memberinya ruang masa untuk sebarang susulan dan tindakan.
Terkini, sudah ada tanda-tanda susulan mula diatur dan penduduk Kampung Luasong bakal menikmati kemudahan yang diimpikan tidak lama lagi.

Berita Utusan Borneo, 4 April 2011.
Tawau berpotensi jadi pengeluar utama pisang.
TAWAU: Warga Tawau dinasihatkan supaya mengkomersilkan tanaman pisang kerana daerah ini dilihat berupaya untuk menjadi pengeluar utama hasil pertanian itu di negara ini setrusnya menjadi pembekal kepada pasaran tempatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat membuat saranan itu semasa merasmikan Majlis Pemimpin Bertemu Rakyat Kg Luasong di sini pada Sabtu sambil menyifatkan daerah Tawau memiliki potensi besar dalam sektor terbabit.
“Kita berharap golongan petani dapat mengkomersilkan pisang kerana Tawau mampu menjadi pengeluar untuk memenuhi permintaan tinggi dari Semenanjung,” katanya sambil berharap peluang itu direbut oleh rakyat.
Menurutnya, rakyat perlu memanfaatkan tanah yang ada dengan menanam pokok berkenaan kerana pisang adalah tanaman yang mudah serta tidak memerlukan penjagaan yang mahal.
Ekoran itu, hamisa percaya tanaman pisang juga mampu meningkatkan lagi tahap ekonomi sesebuah keluarga yang mengusahakan tanaman berkenaan. Justeru, semua pihak digesa untuk merebut peluang berkenaan.
“Dalam pada itu, kita berharap golongan ibu bapa tidak mengabaikan soal pendidikan anak-anak kerana setiap kanak-kanak memiliki hak untuk mendapatkan pendidikan.
“Jangan jadikan alasan kemiskinan dan rintangan untuk anak-anak pergi belajar sebagai sekatan kepada anak-anak menuntut ilmu. Usahakan sebaiknya demi pendidikan anak-anak. Hari ini banyak bantuan pendidikan disediakan,” katanya.
Berkaitan isu kemudahan jalan raya yang menghubungkan Kg Luasong dengan kawasan-kawasan sekitarnya termasuk ke bandar Tawau pula, beliau akui keadaan jalan terbabit sebagai teruk dan memerlukan tindakan segera daripada pihak berkaitan.
Hamisa berkata demikian semasa mengulas permintaan Jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang mencadangkan supaya pihak kerajaan bertindak segera mengatasi beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk di kampung itu.
“Kita akui, kita akan membawa usul supaya jalan raya dari Batu 8, Jalan Kalabakan ke kampung ini termasuk jalan-jalan kampung supaya dinaiktaraf oleh pihak kerajaan,” katanya.
Dalam ucapannya, beliau berkata lagi, pihak kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap permasalahan rakyat dan beliau sendiri akan berusaha untuk membantu penduduk kampung terbabit.
Selain masalah jalan, perkara lain turut dibangkitkan termasuklah berkaitan pembinaan pejabat Ketua Kampung dan JKKK serta menaiktaraf dewan serbaguna dan penambahan masa bekalan elektrik dari jam 8 hingga 12 malam.
Turut dibangkitkan ialah penyediaan kereta jenazah, pendaftaran bergerak, pembinaan pondok polis, pembinaan madrasah, bantuan untuk warga emas dan bantuan kemudahan nelayan.
Hadir sama Penolong Pegawai Pentadbir Luasong, Mohd Lizal Buang, JKKK Kg Luasong, Yusup Imat, Ketua Kampung, Nasrun Abdul, Pemimpin Kemajuan Rakyat Tanjung batu, Jalil Asah dan Pemaju Mukim Kalabakan, Haris Abdullah.
Comments
Powered by Facebook Comments









Boleh tak bawa saya p lusaong…? teringin saya nak ke sana tapi tak tau jalan…!!! best lah certa ne…
Reply
Boleh, sila email ur phone nom
ada masa boleh plan pi sana
Reply
kat luasong ni ada tak nama syarikat srijaya…
Reply
Salam Alhamdulilah
Barulah orang akan mengerti keperitan masyarakat yang boleh di kongsi oleh orang Luasong. Tahniah atas jurnal ini…sekurangnya bila YB turun padang baru orang pandang kerana aduan masyarakat didengar. Bukan apa jalan tu kalau tak berturap cukup digred ddengan batu kelikir dan lori papan, lori tangki yang nak masuk ke Luasong, Yayasan Sabah kenakan tol, bukan Gate Batu 8 saja SSB kenakan tol..baru betul, masuk kena tol keluar kena tol baru betul…..Ini disebabkan lori masuk batu 8 tol bayar ikut lori kosong bila keluar tol tak bayar tapi angkut papan bergergaji lebih muatan pula tuuu.Macam mana jalan grevel nak tahan lama. Kita yang guna kereta kecil jadi mangsa jalanan rosak.
Reply
hahaha… Cuba kamu tanya.. Kamu kenal ka c Don anak Pak Ben.. kompom dorang kenal tu
Reply
jln luasong teruk sgt..tgk pn seram…kt sana tu ade kdai2 ka?klu takda cmna penduduk kt luasong nk keluar bandar….bli kperluan harian…?seian trima kasih..yyg perihatin..
Reply