Peristiwa kelmarin, aku duduk bertukar pendapat dengan seorang usahawan, mengutip sesuatu untuk santapan minda diri. Aku tidak keseorangan, ada juga yang memasang telinga, ya, rakan itu pasti juga dia mahu menerima yang baik untuk diri sendiri. Topiknya mudah, tidak berat, cuma menagih pengamatan pada apa yang dikatakannya.
Mr. D berkata: Kalau bukan kamu, siapa lagi?
Kita sudah ditakdirkan untuk menjadi pejuang, kalau tidak… kita tidak lahir dan berada di dunia ini. Bila dewasa, kita mula mencari sesuatu yang adakalanya kita tidak sangka tetapi itulah jalan hidup yang perlu kamu lalui. Ada yang peka, ada yang langsung tidak endah. Tapi in the end, barulah dia sedar dan di masa itu penyesalan untuk GUSTANkan masa PASTI tidak akan berlaku.
Jadi bagaimana mahu berada di landasan yang betul?
Itu tidak akan terjawab selagi kamu tidak dicabar, rasa tergugat, rasa rendah diri. Perasaan itu perlu disertai satu keazaman, keazaman untuk berjuang. Berjuang itu sanggup berkorban apa sahaja, melepaskan apa yang kamu fikir tidak berat (walaupun hakikatnya BERAT)
Kamu sudah berada di landasan itu. Landasan itu tidak ramai yang tahu, tapi kamu explore dan kamu sudah berada di atasnya. Kamu tidak sedar dan mula mengeluh tapi kamu masih bertahan di landasan itu. Kamu perlu bertahan kerana kalau bukan kamu, siapa lagi.
Mr D kata tidak siapa yang SANGGUP untuk melakukan apa yang kamu sudah lakukan itu. Kamu teruskan, tolong jangan hentikan. Kamu tidak rasai apa yang orang lain perlukan tapi kamu tahu apa yang terbaik untuk mereka. Jangan hentikan, Kalau bukan kamu, siapa lagi?









Comments
Powered by Facebook Comments