
AGAK petang, satu pertemuan ringkas dengan pegawai Bernama yang mewakili Bernama TV di sebuah restoran di Tawau. Aku datang awal untuk pastikan rakan-rakan yang datang nanti tidak rasa terabai. Tiba masanya, seorang demi seorang sampai dan duduk semeja, dua meja, tiga meja… minuman dipesan dan dihidang.
Sebelum sampai ke tujuan asal pertemuan, sempat bertukar pendapat dengan Khairul, pegawai Bernama yang dipertanggungjawabkan menghubungi pengamal media baru di Tawau. Amat menarik bila dia memperkatakan Tawau dari aspek yang dia ketahui. Kami bertukar idea, bersahaja dan santai since dia juga seorang blogger.
Kaji selidik perkhidmatan Bernama TV menumpu kepada penambahbaikan perkhidmatan tersebut, apa yang kita mahu ada di Bernama TV. Terus terang, Bernama TV masih begitu asing kepada aku meskipun sudah bermula siarannya sejak 2008.
Apa yang menariknya Bernama TV? Oh aku bukan penonton siaran TV, aku lebih rela meluangkan masa di depan komputer dari berebut remote untuk menonton TV dengan adik beradik di rumah. Nonton secara online? Lagilah aku jarang sebab talian internet aku tidak menentu capaiannya.
Tapi, aku juga pernah tengok siaran Bernama TV 502, so aku tau serba sedikit sahaj mengenainya. Dalam seminggu bolehlah dua tiga kali aku pilih 502 tu, waktu pagi atau selepas maghrib.
Dua-tiga rakan yang turut mengisi borang kaji selidik itu ada menyatakan:
- Bernama TV ni tidak menarik, terutama ketika menyampaikan berita.
- Pembaca berita kurang menarik.
- Macam mana mahu nonton 502, Astro tidak ada. Teringin juga kalau disiarkan secara percuma macam TV1, TV2, TV3.
- Iklan kewujudan Bernama TV ni tidak sampai kepada golongan sasaran, lebih-lebih lagi di Tawau.
- Kalau banyak berita tempatan dari Tawau, mungkin ramai yang mahu nonton, macam rangkaian TV yang lain.
Ada banyak lagi, tapi itu antaranya. Bagi aku, kaji selidik seperti ini penting untuk memperbaiki mutu siaran Bernama TV. Aku respek pada standart Bernama dalam pemberitaan tetapi penerimaan masyarakat dengan siaran keilmuan serius amat kurang sambutannya, lebih-lebih lagi topik yang serius.
Belia di Malaysia ramai, dan golongan inilah yang sewajarnya menjadi sasaran utama media elektronik. Satu hal lagi, terlalu banyak berita ulangan dalam Bernama TV tu, bosan wey…
Al-Fatihah untuk arwah cameraman Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor yang meninggal ketika bertugas di Somalia 2011.
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






Mus
Jul 08. 2012
memang agak janggal mendengar channel tersebut
Reply
hahahoho
Jul 14. 2012
Aku pelik dengan si Fadhil Isa , macamana Bernama boleh ambil dia baca berita.Ramai lagi yang bagus…
Reply