Kad Kahwin Facebook

BEGITU besar pengaruh Facebook dalam masyarakat kita, banyak perubahan berlaku hanya kerana adanya Facebook Mark Zuckerberg ni. Baik buruknya berlaku di depan mata dan yang pasti inilah dunia hari ini, Facebook memainkan peranan dalam kehidupan harian di seluruh dunia. Terbaru, aku diminta seorang rakan untuk membuat kad kahwin pelbagai ukuran berkonsepkan Facebook. Aku teruja kerana aku tahu konsep ini bakal melanda orang Tawau… Tapi aku sempat bermonolog, adakah orang Tawau mahu guna kad kahwin ala-ala facebook?

Kad kahwin Facebook yang aku reka ini tidak mengenepikan elemen kemasyarakatan atau dengan kata lain, perkataan Walimatul Urus tetap ada, ucapan terima kasih tetap ada, pantun aku berkira lagi mau letak atau tidak.

Warna kad kahwin itu? Tentulah warna Facebook, biru putih, font pun kenalah guna font facebook (meskipun aku dapat dari sharing file). Selebihnya, imej wajib perlu ada dalam kad kahwin Facebook iaitu imej rangkaian manusia dan telefon Facebook.

Bila sudah siap tadi, aku letakkan di status FB ku dan secara langsung tak langsung dan bersiaran langsung, sudah ada yang berura-ura mahu menggunakan kad kahwin facebook itu. Facebook memang tempat untuk membuat marketing…

Katanya, aku kenal si dia dari facebook… aku cari kolah bila majlis kami confirm. Cinta kami berputik dari Facebook, macam kisah Zed Zaidi. Ok, memang Zed Zaidilah yang memulakan trend kad kahwin Facebook ini.

Kad kahwin ala FB dan Google siap untuk ditempah. Call 0198690187 (adry) atau 0138696381 (me)

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

No comments.

Leave a Reply

CommentLuv badge