JPN Tawau kena serbu
Seperti yang telah kuduga, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Tawau dikerumuni ribuan manusia hari ini semata-mata untuk membolehkan mereka tinggal di Malaysia dengan memiliki dokumen yang sah. Isu panas asalkan memiliki Sijil Kelahiran atau Surat Beranak boleh memohon menjadi warganegara yang telah menjadi topik perbualan di sana sini sejak minggu lalu lagi disambut dengan baik hinggakan sejak Sabtu lagi ada yang telah mengerumuni kaunter pendaftaran. Namun atas pengecualian cuti Sabtu ke-3, maka proses itu ditunda ke hari ini.
Dan apa yang terjadi pada hari ini adalah sememangnya di luar dugaan kerana kemuncak pada keghairahan orang Tawau yang mahukan dokumen pengenalan diri yang sah dapat dilihat seawal jam 5 pagi lagi. Apa tidaknya, terlalu ramai orang Tawau yang mempunyai masalah kewargangaraan dan tidak dapat melakukan apa sahaja urusan yang memerlukan dokumen pengenalan diri. Malangnya, hanya 100 nombor sahaja yang dikeluarkan JPN hari ini dan tidak semuanya dapat diproses pada hari ini.
Kesihan kan… Ada ramai pekerja yang mengambil cuti semata-mata mahu berurusan dengan JPN tetapi terpaksa balik dengan hampa kerana hajat mereka tidak kesampaian. Bagaimana mahu mendapatkan 100 nombor pertama sedangkan ribuan manusia ada di sana…
Perkembangan selanjutnya mengenai JPN Tawau kena serbu akan dapat dilihat pada Satu dan Ahad ini kerana Notis telah dikeluarkan dan ditampalkan pada cermin JPN.
Berikut adalah sumber berita mengenai isu kes-kes permohonan pemastatutin tetap yang terbit di Bernama pada 10 November 2008 lalu.
Pasukan Bertindak Khas Permit Masuk Ditubuh Tangani Permohonan Tertangguh - Syed Hamid
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) — Kementerian Dalam Negeri telah menubuhkan satu Pasukan Bertindak Khas Permit Masuk yang bertujuan menangani kes-kes permohonan pemastautin tetap yang masih tertunggak.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata pasukan iti ditubuhkan atas persetujuan yang dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 Okt lepas memandangkan jumlah permohonan yang masih tertunggak di kementerian adalah sebanyak 5,880, dan di Jabatan Pendaftaran seluruh negara sebanyak 20,000 permohonan.
Permit Masuk ini diberikan kepada warganegara asing yang belum memperolehi status Pemastautin Tetap bagi membolehkan mereka tinggal lebih lama di negara ini mengikut Seksyen 10 (1) Akta Imigresen 1959/63, katanya semasa menjawab soalan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR-Balik Pulau) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.
Mohd Yusmadi ingin tahu mengenai status pemastautin tetap warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan.
Syed Hamid berkata warga asing yang mendapat Permit Masuk, layak untuk memperolehi taraf Pemastautin Tetap (PR), dan seterusnya akan dikeluarkan Kad Pengenalan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Syed Hamid berkata melalui ‘program pasangan’ seseorang pemohon boleh mendapat Visa Pelbagai selama lima tahun, kemudian kerajaan boleh menimbangkan untuk mendapatkan PR, manakala selepas tempoh 12 tahun, individu itu boleh memohon untuk menjadi warganegara.
“Di bawah program sampingan dia boleh mendapat taraf pemastautin tetap setelah lima tahun jika suaminya rakyat Malaysia, dan jika isterinya rakyat Malaysia suaminya rakyat asing (boleh mendapat PR) setelah 10 tahun,” katanya.
Menjawab soalan tambahan Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Syed Hamid berkata daripada 583 kes rayuan pemastautin tetap, sebanyak 152 kes diluluskan sehingga Oktober tahun ini, manakala 87 kes lagi ditolak.
Katanya permohonan berkenaan tidak boleh disegerakan sepertimana permohonan pasport yang memakan masa dua hingga tiga minggu memandangkan pihaknya perlu menyemak beberapa maklumat berkaitan sebelum membuat keputusan.
– BERNAMA



friendly
makin ramailah PTI yang akan masuk di tawau nih…. percayalah cakap aku…
[Reply]
Maya reply on November 19th, 2008 10:04 AM:
Makin ramai makin bagus, ada juga kerja org kerja kerajaan…
[Reply]
tatai
sis,itu ba utk org yg ada ic ijau jak ka atau yg ada surat beranak pun bole join ah?patut la jam kemarin jalan..
[Reply]
Maya reply on November 19th, 2008 10:04 AM:
Yabah kan
[Reply]
Adry
huhu.. ramainya orang ada masalah dokumen pengenalan diri ni kan… huhu
[Reply]
Maya reply on November 19th, 2008 10:05 AM:
Memanglah ramai sebab sebelum ini tiada rules yang jelas… kalaupun org tau rules, sengaja di minta yang ndak2 dokumen dorg.
[Reply]
ucup kun
kalau PTI = pendatang tanpa izin, kalau JPN dah buka, tu namanya PDI + pendatang dengan izin..
[Reply]
Maya reply on November 19th, 2008 10:06 AM:
PTI tetap ada… PDI boleh lega sikit sebab sdh naik taraf.
[Reply]
azizhjyaras
aku pun pening kepala…isteri aku kerja di jpn…balik rumah jak penat…bising-bising tension…ramai menipu. mem aku cakap surat lahir yang tiada tercatat no passport pada ibu dan bapanya jak boleh daftar.yang lain naik perahulah balik. hari tu depan mata aku cermin di luar jpn kena pukul 2 biji yang pecah. masuk rumah orang kena bagi salam. mahu tumpang tinggal kena beradab. ini rumah kita…Malaysia.
[Reply]
azizhjyaras
hari ini aku dapat job kecik ambil gambar..tapi beri impak besar pada emosi aku. aku jadi tukang gambar pada hari sabtu masa orang ramai serbu JPN Tawau. depan mata aku orang kena pijak, pensan, patah kaki dan jatuh parit. pagar pun roboh semuanya kerana IC hijau. aku cadang utuk upload gambar-gambar tu di web aku albumkasih.com. aku akan cuba dalam masa terdekat ini. saksikanlah harga sekeping ic hijau!!!
[Reply]
pahlawanbugis
itu suku2 sapa ya duduk di kaunter JPN tu kasi lancar smua urusan ic ni asal ada pulus smua ok????aduhai…
[Reply]
pahlawanbugis
kadang2 kereta2 org2 bawah kerani cabuk ni lebih besar lebih mahal dari org atasannya..kononnya kereta husband, kereta pinjam…pinjamla kereta tu sampai akhir hayat..
[Reply]
azizhjyaras
harga sebuah negara dan warganegara…mengapa kita perlu tambah rakyat kita melalui ic hijau. sedangkan rakyat kita yang ada sekarang ini masih hidup berkais pagi dan petang. perlu sangatkah pengundi melayu ditambah dengan ic hijau untuk mengimbangi undi cina. sedangkan merotai diberikan kepada orang cina? ic hijau hanya layak buat mereka yang tidak punya negara sahaja, lahir di malaysia tanpa ibubapanya mempunyai negara atau berpenduduk sementara. jangan kita gadai negara kita sesuka hati dengan berikan kewarganegaraannya.
[Reply]
Mandarblues
makin ramai rakyat kita…itu jg salah satu cara mencapai matlamat 70 juta…
[Reply]
musafir
kita harus menyalah tafsir apa yang dilakukaan oleh kerajaan.kita tidak boleh menyalahi mana-mana pihak pun,kita renungkan sejenak,kita fikir sebaik2nya.kita nie musafir,adakah kehendakkita menjadikan diorang sedmikian,cuba letakkan diri anda ditempat diorang,diorang keja pun takkira berat,hujan demi sesuap nasi yang halal,
[Reply]