Jika Benci Politik Anda Itu Pengkhianat Negara

RAMAI belia hari ini mencanangkan mereka benci politik, amat benci politik, tidak mahu menggauli orang politik. Benci politik bagi mereka adalah langkah selamat untuk tidak terjerumus dengan sikap penipuan, adu domba, pengampu dan lain-lain lagi. Definisi politik bagi mereka adalah untuk orang yang berlagak hebat yang mahu mengatur kepimpinan negara.

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 semakin hampir dan jumlah belia yang lebih kurang mencecah 7 juta kini alpa dengan banyak sintimen dan mempercayai propaganda negatif. Terlalu banyak bukti yang menunjukkan belia hari ini adalah belia yang mengkhianati negara. Kenapa? Kerana belia benci politik.

Kenapa belia benci politik?
1. Kerana belia begitu manja dan selesa dengan keadaan semasa. Tidak merasa sebaran kesusahan hidup hinggakan mereka lupa untuk menoleh ke belakang tentang asas-asas yang telah membawa kepada kemerdekaan negara hingga ke hari ini.

2. Kerana belia terlalu dimomokkan dengan cerita-cerita yang tidak pernah membawa pengertian yang mendalam kepada mereka. Mereka bodoh dan gagal dalam mengenali sejarah yang begitu penting dalam asas sesebuah negara.

3. Kerana belia alpa pada bahasa, tidak tahu sejarah keagungan bahasa Melayu, belia merelakan diri mereka menjadi mangsa teknologi dan budaya penjajah.

Pengkhianat negara.
Jika benci politik, kamu itu adalah pengkhianat Negara. Pengkhianat negara itu adalah serendah-rendah kedudukan dalam status Warganegara Malaysia, malah kamu itu tidak layak mempunyai status itu. Sampai begitu sekali? Ya!

Puncanya? Belia sudah tidak memahami sejarah. Bila tidak tahu, bererti kita tidak mengetahui hakikat sesuatu perkara yang sudah berlalu. Pengertian perjuangan atau mahu berjuang demi kemerdekaan itu tidak pernah wujud dalam diri. Jadi inilah pengertian pengkhianat negara alaf ini.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

5 Responses to “Jika Benci Politik Anda Itu Pengkhianat Negara”

  1. nohwey

    Sep 02. 2011

    noh..aku rasa ko nie yang bermasalah…
    remaja skrg dah tak berpikiran LOW CLASS mcm org DULU-DULU..
    belia skrg dah tau berdikari sendiri, dah tak mengharapkan DUIT UMPAN dari kerajaan. aku taw, ko mesti keje goment kn.. gaji BERIBU2 tapi keje TAK SIAP…
    Kami pandai pilih yg mana baik n buruk sbb kami dah MATANG dari segi PEMIKIRAN..

    Aku tak yakin PAS boleh majukan negara, aku suka umno zaman dr.mahathir,paklah TAPI aku benci najib.. sebab dia dah porak perandakan negara,masalah kaum,pecah belahkan umno…

    SETIAP kali ko dgr berita buruk ttg politik, jgn trus LUDAH tuihhhh!
    tapi better Ko KAJI sendiri guna otak ko yg “geliga” sgt tue.. sebab org DULU-DULU pernah kata “Kalau takde angin, takkan “POKOK” nak bergoyang”…

    sekian,
    22nd malaysian youth

    Reply

  2. anonymous

    Dec 20. 2011

    bercerita tentang sejarah.banyak kerajaan zaman dulu musnah disebabkan masalah politik.pembesar sipolan fitnah pembesar si anu.semua pembesar perangai sama.2×5.mereka tak bersatu.sebagai contoh,kerajaan melaka.pemimpin malaysia tidak belajar daripada sejarah,buktinya perangai mereka macam pembesar melaka.

    Reply

  3. re

    May 07. 2012

    politik malaysia nie bersih sgt ke

    Reply

  4. lauri

    May 07. 2012

    nak cakap fasal sejarah konon …kesusahan zamzan dulu la…. cuba ko kaji balik sejarah rom ke , empayar islam uthmaniah ke , punca utama kejatuhan empayar besar nie ? pemimpin sendiri jugak…tiada beza jika dibandingkan politik di malaysia , pemimpin fitnah sama sendiri , lebih minat pertahankan kaum dari agama , habiskan duit untuk politik @ pilihan raya @ keluar negara ..dari menolong orang miskin , mana nilai baiknya ? tidak kira baik pas ,umno, pkr ,sama sahaja… dunia aje semuanye…

    Reply

  5. Aj

    Jun 12. 2012

    Kalau aku bukan benci politik tapi mau menukar sistem politik yang ada
    Aj recently posted..Ilmu Solat JumaatMy Profile

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge