Sejak akhir-akhir ini, aku terlalu sibuk dengan pelbagai urusan perniagaan dan kerja-kerja membina laman web hinggakan aku mengabaikan sementara laman web ini daripada sebarang update. Maaflah kepada rakan2 yang berkunjung ke sini, tidak lupa juga kepada yang sudi mengirim email bertanyakan ke mana aku menghilang.
Sebenarnya aku tidak hanya tergerak hati untuk menyatakan aku sibuk dengan kerja-kerjaku, namun aku juga terpanggil untuk menyatakan rasa tidak puas hati aku dengan satu isu yang hangat di tempat tinggalku, Kampung Tanjung Batu. Apa kes?
Sejak kesemua petani dari seberang yang diarahkan untuk menaikkan hasil pertanian mereka di kampungku, aku terpanggil untuk meninjau-ninjau bagaimanakah aktiviti mereka. Amat sedih melihat mereka yang memunggah hasil pertanian mereka di tebing sungai (kawasan teluk di Logpond) dalam keadaan yang tidak teratur. Aku melihat pisang-pisang , jagung, sayur-sayur dan lain-lain yang dibawa perahu tadi akan dipunggah ke tebing yang becak, tanpa ada tempat yang khusus untuk meletakkan pisang-pisang tersebut. Sudahlah belumpur pisang-pisang tadi, oleh kerana tempat pemunggahan itu tidak rata, ada lagi terjatuh ke dalam sungai. Kesihan, belum sempat jual, sudah jatuh ke sungai.
Kemudian, datanglah sebuah lori (pikap) yang aku kira sudah menjadi langganan tetap kepada petani tadi, memunggah kesemua hasil petani tadi. Lori tadi penuh dan ku kira ianya sudah lebih muatan. Sudahlah tidak ditutup dengan terpal atau kanvas, ianya pasti beresiko untuk jatuh di tengah jalan raya dan akan membahayakan pengguna jalan raya.
Rasanya, sesiapa yang pernah melalui jalan menuju ke Logpond sudah maklum dengan keadaan jalan raya kami, berdugul sana sini, bertampal sana sini, berlopak sana dan sini. Harunya tinggal di kawasan ini… haru lagi petani-petani yang menjual hasil tanaman mereka dengan keadaan jeti sementara yang diarahkan oleh pihak berkuasa itu.
Sekadar keluhan…
Comments
Powered by Facebook Comments









mau buat cemana..
memang sua gitu…
aku rasa aku sua tinggal disini lebih 15 tahun..
hari2 mengadap benda yang sama….
sankai’s Terkini di blog…4ABM 2009
Reply
ya ya …. aku selalu pg sana… sepatutnya kemudahan infrastruktur diwujudkan untuk memudahkan mereka….
bayangkan kalau dorang tak dapat bawa semua tu masuk ke Tawau… ndakda la sanggar dan sanggar peppek di Tawau…
Adry’s Terkini di blog…Kain murah???
Reply
MPT memang camtu, suka2 jak nak pindahkan…
ni mesti tak dikasih duit ehem2 nih…
tu pasal dorang dikasi pindah… huhu…
friendly’s Terkini di blog…Perkongsian Ilmu Untuk Para Blogger
Reply
Salam akak.Memang gitu kesian. kita di tawau jadi pengikut jak. Bila orang atas mau betanding. Bertaburan janji-janji manis. Bila dah menang, semua dilupakan. Hairan tengok tanjung batu dan logpond yang dekat bandar jalannya lebih teruk dari jalan-jalan kampung.
Mcm kampung saya, kalau dah ada pembangunan, JKKK p cukai. Kalau takpun, menantunya yang buat kontrak. huh.
Hidup yang purata 65 tahunpun sibuk nak kumpul harta.
ucupkun’s Terkini di blog…Pantun Mini Sabah
Reply
Maya reply on March 1st, 2009 3:28 PM:
Di mana tu kampungmu ucupkun?
Reply
kampungku?
d tawow la
tapi rahsia ba..nanti kena tangkap org tua tu kesian..
isk2..
Reply
salam..
mau tany ba.. selain tu pisang2 jagung..
apa lg ada d jual d jeti tu ya?..
mau ba pg tengok2 d sana.. tp nda berani..
org ckp.. klu beli d jeti tu lg murah hrg ny dr d pasar.. betul ka tu ah?
Reply