Teknologi maklumat hari ini semakin memudahkan segala urusan terutama sekali untuk mendapatkan maklumat seorang tokoh. Anda hanya perlu membuat carian nama tokoh itu di mesin carian Google atau Yahoo dan tadaaaa, segalanya ada terpampang untuk mengisi kemahuan yang dihajatkan.
Kemahuan yang dihajatkan itu tentulah pelbagai sifatnya, penemuan asal-usul tokoh, latar pendidikan mereka, perjuangan mereka dan yang paling teratas menduduki tangga pencarian itu, pastinya gossip berapa isteri tokoh itu ada…
Blog, Facebook atau Media, yang manakah akan menjadi jentera utama agenda pilihanraya ke-13? Inilah persoalan yang akan saling berkait nanti bila sudah tiba musim kehangatannya. Mengikut sumber yang ada, kesemua jentera untuk mengisi keperluan itu telah diperkuatkan atau dengan kata lain telah dilatih untuk tugasan menangkis dan menghambur kata2 pedas untuk lawan mereka. Sungguh pantas strategi ini meskipun kerusi calon yang akan bertanding dalam PRU13 belum lagi bermula upacara lobi-melobi…
Pengalaman perang siber dalam PRU12 pada tahun 2008 begitu memeranjatkan, apabila setiap kali menaip nama2 calon yang bertanding akan terpampang pelbagai isu yang berkaitan dengan calon itu. Keyword-keyword panas menjadi ikutan bloggers sehingga boleh aku katakan kemampuan TV1, TV2 dan TV3 tidak mencapai matlamat sasarannya. Kisah pergaduhan, ceramah panas lagi pedas, bendera parti dibakar lawan dan banyak lagi kisah sensasi akan lebih mudah diketahui perkembangannya melalui internet.
Agenda calon tidak habis dengan menyebar keburukan2 calon lawan, malah ada pula kisah bloggers yang “dijaga” atau “diternak” semata2 untuk cover line, melaga-lagakan calon, menjadi sumber untuk melengkapkan pengaruh pembohongan mereka dengan menggunakan kemahiran design dan kreativiti membuat kerja editing gambar dan video. Aku masih teringat dengan satu video masjid kristal ada budha yang bagiku berjaya memanipulasikan fakta dari yang realiti.
Bagaimanakah pula dalam PRU13 nanti? Perlu diingat, kuasa Facebook semakin menjadi2 kesannya di kalangan Melayu, Cina dan India di negara kita. Umur 10 tahun pun sudah ada akaun FB, group2 dalam FB pun semakin bertamba hari demi hari… Aku tidak hairan laman sosial itu bakal dijadikan markas penggempur yang terlaris di setiap monitor makcik2 pakcik2 belia malah kanak2 yang tidak faham pasal pilihanraya pun.
Secara peribadi melalui pengalaman yang sejengkal ini, kesemua 3 pilihan jentera itu saling kait-mengait. Jentera blog mempunyai kekuatan penyebar maklumat yang boleh mengungkap setiap inci pandangan mereka. Kebolehan menduduki rank pertama dalam mesin carian Google dan Yahoo dengan menggunakan keyword panas pastinya akan mendapat perhatian kerana kebiasaannya yang di link paling atas yang diklik.
Media elektronik dan cetakan juga perlu upgrade beritanya, kalau ada berita skoop dan diskoop pun ianya tetap jam 8-12 pagi akan ditabur di kedai2 kopi. Meskipun demikian, penulis dan penerbit media adalah pemikir yang terbaik dan tidak hairanlah pengaruhnya dalam masyarakat cukup kuat.
Cuba2 fikirkan…
Tidak ada salahnya berkata benar (mengikut otak fikir kita) untuk mewarnai PRU13 kerana sesiapa pun yang brusia 21 tahun ke atas mempunyai akal pertimbangan untuk menentukan siapa pemimpin yang akan mereka undi.
Comments
Powered by Facebook Comments









One Response to "Jentera PRU13: Blog, FB, Media"