Jelajah Hutan Tinagat Tawau

SEKALI lagi ianya penjelajahan yang tidak dirancang, aktiviti jejak khazanah sejarah Tawau bersama Abang Azlan dan Abu Kamarul Sabtu lalu membawa aku ke hutan Tinagat Tawau.  Menyusuri jalan hutan yang licin, bunyian unggas hutan yang seakan mengkhabarkan kunjungan kami ke hutan itu mulanya aku anggap tidaklah terlalu mencabar buatku.

jelajah-hutan-tinagat-tawau

Hutan Tinagat

Aku fbkan perjalanan ini:
Sedang dalam perjalanan, menjejak tinggalan sejarah Tawau. Doakan perjalanan kami selamat.

Aku hanya membawa telefon berkamera dan jam, pakaian pun sesantai yang aku biasanya, TShirt, seluar jeans dan berkasut.  Aku tidak pun menjangkakan penjelajahan kali ini akan masuk hutan, kalau aku tahu aku akan get ready dengan kelengkapan yang sepatutnya.

Perjalanan kami bermula dari E Sen Thien, sebuah pokok yang menjadi tanda kepada peneroka hutan sebelum memasuki hutan Tinagat.  E Sen Thien ini bermaksud tali dari langit yang bersempena dengan adanya pokok tumpang yang nampak seperti jatuh dari pokok yang tinggi (ini penafsiranku).

jelajah hutan tinagat tawau

E Sen Thien

Belum pun menjejakkan kaki memasuki kawasan hutan Tinagat ini, aku melihat seekor monyet dewasa berwarna hitam dan dibelakang dan kepalanya keputihan. Di benakku, hutan ini jarang dimasuki dan terbayanglah flora dan fauna yang akan aku temui nanti – pasti tidak jauh berbeza dengan Taman Bukit Tawau.

Jelajah Hutan Tinagat Tawau

Duri rotan hutan Tinagat

Rupanya… memanglah tidak jauh berbeza tetapi di awal aku memasuki hutan ini lenganku sudah dihiris rotan hutan. Aku mula bertanya kepada Abang Azlan dan Abu, ada pacatkah? Abu jawab tidak ada, kami masuk hari itu, tidak ada pacat pun. Syukur.

Abu mendahului perjalanan ini, menebas semak, menuruti arahan untuk hanya mengikuti panduan dahan atau ranting yang bercat biru.

jelajah-hutan-tinagat-tawau

Abu membuka jalan

Selain duri rotan hutan yang menjadi awasan perjalanan kami, deria dengar kami juga menjadi peka dengan pelbagai bunyi-bunyian unggas…teringat suasana ladang getah tepi hutan, tempat mak bapa aku kerja dulu. Hutan Tinagat ini banyak pokok tropika seraya kuning dan merah.

Sebenarnya, tujuan kami meredah hutan Tinagat ini adalah semata-mata mahu menjejak serpihan kapal tentera Jepun yang dikatakan orang-orang tua dulu pernah terhempas di kawasan hutan ini. Petunjuk cat kuning pada track hutan yang kami lalui ini adalah kegunaan mereka yang selalu beriadah di dalam hutan ini (menurut cerita untuk berjogging di dalam hutan…pelik?)

Jelajah Hutan Tinagat Tawau

Antara halangan perjalanan kami

Semasa duduk berehat melepas sesak nafasku, aku bermonolog dengan mengandaikan lagi kalau kapal pernah terhempas di kawasan hutan ini, bermakna bukan sekadar rangka kapal yang bakal ditemui tetapi mungkin banyak lagi yang bakal ditemui. Mungkin enjin kapal, topi askar Jepun, samurai Jepun, bom … dan ianya tidak mustahil.

Tinagat adalah antara lokasi strategik ketenteraan sejak dulu lagi kerana lokasinya yang tinggi.  Di Tinagat inilah juga khazanah sejarah lampau dibina iaitu Menara Api Tinagat atau juga dikenali Rumah Api Tinagat.

jelajah hutan tinagat tawau

Aku dan tongkat kayu abu

Hampir sejam meredah hutan, Abang Azlan dimaklumkan ada satu kumpulan lain sedang sesat di dalam hutan Tinagat itu juga dengan tujuan yang sama, mahu menjejaki serpihan kapal Jepun. Setelah berinteraksi, kami bergerak pantas ke arah mereka dengan kembali ke point pertama.

jelajah hutan tinagat tawau

Aku gelarkannya “lolok kaki seribu”

Dalam perjalanan mahu menjejaki mereka, kami dikhabarkan mereka berjaya menemui serpihan kapal Jepun itu.  Kerana hari semakin gelap, kami hentikan hasrat untuk ke lokasi penemuan mereka sebaliknya hanya menunggu mereka berjalan ke arah kami.  Tujuannya tidak lain hanyalah mahu menyaksikan sendiri rakaman video atau gambar penemuan mereka itu.

Penjelajahan kami berakhir dengan satu impian, kami akan kembali ke hutan Tinagat itu untuk meneruskan pencarian khazanah sejarah.  Perancangan teratur kami bincangkan dalam perjalanan balik ke bandar. Bila masa mengizinkan, aku akan kembali ke hutan Tinagat itu lagi. Biar pedih duri rotan hutan Tinagat menantiku, aku sanggup kerana aku tahu kegagalan kali ini tidak bermakna gagal lagi … gagal itu bermakna kejayaan yang tertunda.

jelajah hutan tinagat tawau

Hadiah hutan Tinagat

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

3 Responses to “Jelajah Hutan Tinagat Tawau”

  1. sankai

    Jun 05. 2012

    mesti best kan dapat pegi jungle tracking disana..
    sankai recently posted..Blackberry Curve 9360 AppsMy Profile

    Reply

    Maya reply on June 5th, 2012 11:10 PM:

    memang best… yg ndak bestnya ndak da kau yg mo kasitau.. dekat sdh tu sis mcm pigi warung jawa

    Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. Idea Penulisan Blog | Puadede.Com - 13/06/2012

    [...] mengecapi, melihat dan menyentuh sesuatu di sekeliling kita. -Contoh kejadian untuk entry Jelajah Hutan Tinagat Tawau yang mencatatkan pengalaman aku ketika berada di dalam [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge