
Sesiapa yang layak bayar cukai persendirian dan majikan di seluruh Malaysia, anda diingatkan jangan menunggu saat akhir untuk menghantar penyata cukai 2011 kerana ianya akan menyusahkan diri sendiri, keluarga dan negara. Tarikh akhir mengemukaan borang penyata ialah 30 April 2011 dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah memudahkan urusan itu perkhidmatan online menggunakan sistem e-Filing.
LHDN memaklumkan penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2010 (BNCP 2010) melalui e-Filing https://e.hasil.gov.my atau laman web rasmi LHDN http://www.hasil.gov.my.

Bagaimana mahu bayar cukai pendapatan?
Setiap warganegara bertanggungjawab menjelaskan cukai ke atas pendapatan yang diperolehinya di dalam atau luar Malaysia. Kadar cukai bergantung kepada status penduduk individu berkenaan yang ditentukan oleh jangka masa beliau tinggal di dalam negara ini (seperti yang dinyatakan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, di bawah Seksyen 7).
Individu bermastautin dikenakan cukai ke atas pendapatan bercukainya pada kadar bersenggat daripada 2% hingga 30% selepas ditolak pelepasan cukai. Walau bagaimana pun, bagi individu dengan pendapatan bercukai kurang daripada RM2,500 dicukai pada kadar sifar.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
- Tanggungjawab Pembayar Cukai
- Bagaimana Membuat Semakan Kedudukan Cukai
- Pendaftaran Fail Cukai
- Potongan Derma dan Hadiah daripada Pendapatan Anda
- Potongan Perlepasan Persendirian Individu Pemastautin
- Rebat Cukai untuk Kumpulan Pendapatan Rendah
- Membuat Rayuan Cukai
- Kadar Cukai Pendapatan
- Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar
- e-PCB (Potongan Cukai Bulanan) Online
- e-Bayaran bagi Cukai Pendapatan
- e-Filing
- e-SPC (e-SPC ialah aplikasi online bagi membantu majikan untuk mendapatkan Sijil Penyelesaian Cukai (SPC) pekerja yang akan menamatkan perkhidmatan/berhenti atau ingin meninggalkan Malaysia)
- e-Data PCb (untuk majikan menghantar data pcb secara online)
- Kalkulator PCB (untuk pembayar cukai mengira jumlah bayaran PCB)
- E-Kemaskini (untuk pembayar cukai mengemaskini alamat)
Berita penuh Bernama:
Hantar segera borang cukai melalui e-Filing: LHDN
KUALA LUMPUR: Semua pembayar cukai diseru supaya menghantar segera borang nyata cukai pendapatan mereka melalui e-Filing dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan kesesakan talian.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2010 (BNCP 2010) melalui e-Filing bagi individu dan majikan boleh dilakukan mulai 1 Mac.
Perkhidmatan itu boleh dicapai terus melalui laman web e-Filing https://e.hasil.gov.my atau laman web rasmi LHDN www.hasil.gov.my.
LHDN juga menasihatkan pembayar cukai supaya menjelaskan baki cukai pendapatan yang perlu dibayar selewat-lewatnya pada tarikh akhir pengemukaan borang penyata iaitu 30 April bagi mengelakkan sebarang penalti lewat bayar dikenakan.
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan hal ehwal percukaian boleh dikemukakan melalui talian telefon ke Pusat Khidmat Pelanggan LHDN di talian 1-300-88-3010 atau e-mel callcentre@hasil.gov.my. – BERNAMA
.
Comments
Powered by Facebook Comments









baik aku bayar zakat… hehehehe.. gurau~
Reply
Jadual atas tu untuk sebulan ke setahun?
Reply