BERMASALAH dengan talian tetap atau Streamyx anda? Jangan berhenti memaklumkan Telekom pusat hingga ianya betul-betul dibaiki, betul-betul pulih dan berfungsi seperti biasa kerana komunikasi kerja-kerja penyelenggaraan kerosakan oleh TM Tawau berbeza dari apa yang dilaporkan ke pusat.
Intro ayat emosi tapi jangan berhenti membacanya kerana ada yang berharga aku ingin sampaikan.
Aku ingin berkongsi pengalaman aku menghadapi masalah dengan perkhidmatan TM ini. Tujuan perkongsian ini adalah untuk menjadi tauladan bersama agar anda tahu bertindak sekiranya anda menghadapi masalah dengan talian telefon atau streamyx anda. Gambar di bawah ini boleh menceritakan kejadian yang aku hadapi beserta jalan penyelesaian yang aku lakukan.

Selama 9 hari TM melalui kontraktor yang dilantiknya menyelesaikan masalah kabel yang putus akibat sebuah lori kontena yang lalai mengheret kabel TM di kawasanku. Ianya tempoh yang agak lama bagiku tapi bukan itu yang aku ingin kisahkan kerana aku tahu kepentingan internet berbeza antara aku dengan orang lain. Aku ingin kongsikan jalan penyelesaian yang aku ambil untuk jadi panduan bersama.
Tips untuk membuat aduan kerosakan talian telefon dan streamyx TM.
- Telefon 100
Anda wajib membuat aduan rasmi dengan mendail 100 menggunakan talian tetap yang lain atau guna telefon bimbit anda. Caj yang dikenakan untuk panggilan ini bergantung seberapa lama anda menyampaikan permasalahan anda. Caj minimum ialah RM1. - Rekod Nombor Rujukan Aduan.
Di akhir anda membuat aduan 100 itu, anda akan diberi nombor rujukan aduan anda dan itulah nombor yang anda perlu rujukkan kepada sesiapa sahaja yang anda berurusan selepas itu. - Emailkan Aduan Anda.
help@tm.net.my Jelaskan seringkas dan setepatnya masalah yang anda hadapi. Sertakan info kejadian, jam berapa, hari apa, bila anda hadapi masalah dan yang berkaitan. Sertakan sekali nombor rujukan aduan yang anda buat sebelum ini. - Twitterkan Aduan Anda.
@tmcorp dan @tmconnects Dua akaun twitter ini perlu anda rujuk kerana peranan mereka begitu pantas dalam “take attantion” permasalahan anda. Oh ya, jangan lupa rujukkan sekali nombor rujukan aduan. - Terima Panggilan HQ TM.
Jika anda menerima panggilan susulan dari 03-XX… catatkan nama pegawai TM yang menghubungi anda, dari bahagian mana. Sampaikan masalah anda dari A-Z dengan nada yang tidaklah marah tapi tegas. - Hargai TM.
Selepas mendapat bantuan, samada bantuan dalam talian, ditelefon, diemail atau staff TM yang datang ke rumah, jangan lupa ucapkan terima kasih. Hargailah mereka kerana tanpa mereka kita tidak akan menjadi pengguna teknologi masakini.
Setelah berkongsi tips ini aku berharap rakan-rakan pengguna perkhidmatan TM di Tawau ini akan lebih peka dengan siapa anda perlu DEAL sekiranya menghadapi masalah. TM di Tawau ini boleh diharap melakukan kerja-kerja mereka namun ianya bergantung pada “ketangkasan” anda membuat aduan. Jangan amalkan rasuah-rasuah lebih-lebih lagi sanggup mengupah orang luar membuat kerja pembaikan kerana itu terkandung dalam perkhidmatan luar jangka yang ditawarkan TM… Eh bukan, kerana pekerja TM terlatih untuk menghadapi apa sahaja masalah perkhidmatan mereka.
Jadi, jangan berhenti buat aduan, jangan putus asa, jalan penyelesaian bukan satu tapi banyak platform boleh menjadi pilihan anda.Yang penting jangan berhenti buat aduan selagi masalah anda dengan TM tidak selesai.
Alhamdulillah, Terima Kasih staff TM pusat dan Tawau (aku sayang kamu) kerana membolehkan aku menjadi pelanggan streamyx anda yang lebih baik dari berokbeng (MrC, MrM, MrD broadband)
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






combi
Jun 04. 2012
sebenarnya apa yg u tulis tu semua i dah buat.sehingga bila dah berkali-kali streamyx mengong i cuma ckp “i dah buat semua yg u suruh dan skrg i cuma nak report streamyx takde line” pastu pegawai operator tu terus terkedu dan dia ckp “ok nanti i hantar report u dan dlm 24 jam kalau tak ok juga,u call dan sebut nombor report ni ye” haha kesian operator dorang kan.
pastu i ckp setiap kali call,i kena cas rm1 dan kalau dah berkali-kali boleh tak i claim credit phone i? dia tak jawap.
pastu i ckp lagi,kalau u rakam perbualan kita ni nanti u kasi CEO u dgr,sbb dia kena ambil berat pasal customer complain jgn goyang kaki jer.kalau kami terlewat bayar u potong line,dan cas sambungan rm10.tp kalau service u tak bagus takde pula u nak bayar pampasan…
last sekali i ckp “i bukan nak marah u tp u tolong inform kat CEO u sbb kalau ada byk pilihan lain mungkin i tak jadi pelanggan TM.hahaha lepas geram giler ;(
apapun i dah minta maaf kat operator TM tu dan dia faham sbb dia kata dia dah biasa dgn marah geram pelanggan. [maybe kalau dia ada kerja lain,tobat dia taknak kerja jadi operator talian 100] hoho kesian sungguh.
kita tunggu UNIFI kat sabah,mana tau kot lebih baik dari TM
Reply
Maya reply on June 4th, 2012 1:50 AM:
Sis… memang membom abis sdh ko ya sama operator 100 tu hihihi. Ya, byk pengalaman dgn TM ni, tapi jalan penyelesaian yang aku guna di atas aku rasa lebih berkesan… cepat saja kontraktor tu buat kerja slps buat aduan sebegitu.
UNIFI? aduh macam kempunan sdh ni mo memakainya. Kalau dapat tu UNIFI, brabis main online gameslah lawan America players yg pernah buli aku dulu2 hihihi
Reply