0

Jalan Wing Lok Tawau

Jalan Wing Lok, Tawau adalah jalan di hadapan Dewan Masyarakat Tawau menuju ke stesen bas Tawau. Jalan ini sememangnya tidak pernah sunyi walaupun kedudukannya hanya menempatkan beberapa deretan kedai sahaja. Tapi tahukah anda, Jalan Wing Lok, Tawau juga dikenali dengan nama lain?


Pagi tadi aku berkunjung ke Dewan Masyarakat Tawau kerana di bangunan Dewan Masyarakat Tawau itu terdapat kantin yang menyediakan juadah sarapan pagi yang menyelerakan.

Mulanya aku sendiri tidak perasan wujudnya nama lain bagi Jalan Wing Lok, Tawau ini tetapi secara tiba-tiba aku terpandang tanda nama jalan ini.

Ya, nama Jalan Wing Lok, Tawau sudah bertukar menjadi Jalan Wings Lok, Tawau yang diubah oleh perosak nama geng vandalism Tawau yang moralnya rendah. nama di hadapan tanda jalan ini adalah Jalan Wing Lok namun di bahagian belakangnya pula bernama Jalan Wings Lok.

Sebenarnya ada banyak lagi penanda jalan yang menjadi mangsa geng vandalism Tawau ini dan penanda Jalan Wing Lok, Tawau adalah antara mangsa mereka.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2010, Aduan Tags: , , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.