7

Jadi rujukan buku Sejarah dan Budaya Bugis Sabah

Masa aku kerja dalam dunia kewartawanan, antara ruangan tetapku adalah asal-usul nama sesuatu tempat dan sejarahnya. Aku masih ingat, ketika itu aku masih baru di Harian Mercu dan Chief Editor aku, Agoes Kholil telah memberi mandat untuk aku kendalikannya sebagai terbitan setiap minggu. Aku dikerahkannya mencari bahan dengan menemui warga tua di sesuatu tempat, buat kajian di arkib negeri ataupun perpustakaan.


Akhirnya, setelah beberapa terbitan, dalam senarai daerah yang perlu aku kisahkan asal-usulnya adalah daerah kelahiranku, Tawau. Pada masa itu, maklumat mengenai Tawau amat sukar untuk kerana sumber yang menceritakan Tawau amat terhad sekali. Susah atau sebaliknya, aku kena juga siapkan dan aku perlu lakukan yang terbaik kerana ini adalah kisah tanah kelahiranku… juga chief editor aku. Kalau aku silap, silap haribulan rencana aku tidak diterima.

Aku bersyukur kerana aku masih menyimpan sedikit bahan rujukan ketika aku mengikuti projek penulisan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah membawaku menemuramah tokoh sejarah di Kalabakan. Dengan bantuan slide akhbar lama dan beberapa tulisan pengkaji sejarah di arkib negeri, aku menyiapkan tugasanku dengan baik… Ya, ketika aku menyiapkan artikel itu, aku begitu puas hati kerana aku telah berusaha memberi yang terbaik untuk mengisahkan sejarah asal-usul tempat kelahiranku itu.

Itu kisah tahun 1997 dan ianya sudah berlalu 14 tahun. Hari ini, dalam kesibukan mengumpul buku sejarah Tawau sebagai bahan pameran aku membelek sebuah buku bertajuk Sejarah Dan Budaya Bugis di Tawau, Sabah oleh Suraya Sintang. Buku itu adalah himpunan tujuh makalah hasil kajian dan penyelidikan sosiobudaya orang Bugis yang bertajuk:

  1. Mengenali Sosiobudaya Orang Bugis
  2. Sejarah Awal Komuniti Bugis di Tawau, Sabah 1882-1931
  3. Punca Penghijrahan Orang Bugis ke Tawau, Sabah
  4. Adat Masyarakat Bugis di Daerah Tawau, Sabah
  5. Siri’ Dan Kepentingannya Sebagai Benteng Jati Diri Orang Bugis
  6. Kepercayaan Pra-Islam Dalam Masyarakat Bugis: Satu Penelitian Dari Naskhah I La Galigo
  7. Roh Leluhur Nenek Moyang Menurut Kepercayaan Bugis Dan Cina: Sorotan Terhadap Pengaruh Islam.

Satu persatu aku belek buku Sejarah Dan Budaya Bugis di Tawau, Sabah hinggalah ke bahagian kesimpulan tajuk Punca Penghijrahan Orang Bugis ke Tawau, Sabah.

Sejak buku ini terbit pada 2007, baru hari ini aku ketahui bahawa tulisan aku mengenai Tawau diambil menjadi bahan rujukan buku Sejarah Dan Budaya Bugis di Tawau, Sabah.  Terima kasih kepada warga Mercu, tanpa tunjuk-ajar daripada kalian, aku tidak mempunyai sebarang karya yang boleh menjadi rujukan warga Tawau ku yang tercinta.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Blog, Peribadi, Sejarah Tags: , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

7 Responses to "Jadi rujukan buku Sejarah dan Budaya Bugis Sabah"

  1. lisa ali says:

    uissshhh… bangga gila bila ada orang gunakan rujukan tulisan kita kan sis? lagi best bila telah dibukukan dan setelah 2 kali cetakan, baru sis perasan..”peeewiiitt”

    mcm mn yg ku ckp, bergiat balek la dengan dunia penulisan.bukan sebagai bloggers tp journalist berdaftar!disokong ba ko sis… :)

    Reply

  2. Sam Mikli says:

    Assalam alaikum

    Tuan Maya,

    Syabas diucapkan buat Tuan Maya. Gurisan pena Tuan akan hal bangsa dan budaya kita – Bugis – telah mulai mendapat perhatian para penulis sosiologi.

    Saya amat berharap, di masa akan datang, generasi penerus bangsa kita meneruskan jejak langkah Tuan sebagai intelektual biasawan yang menjangkaui sempadan zamannya.

    Ya-ya-ya, semasa di kelas, di sekolah menengah, bangsa Bugis manjadi bahan ejekan, kutukan, cemuhan, hinaan, olokan dan sebagainya (oleh rakan sekelas saya yang sememangnya “kurang senang” dengan bangsa Bugis – mungkin oleh kerana:

    “Narekko sompe’ko, aja’ muahcaji ana’ guru, ancaji punggawako”

    Ertinya lebih kurang begini:

    Di mana-mana pun kita berada (merantau, hidup dan sebagainya di sesuatu tempat) janganlah kita menjadi pengikut, jadilah pemimpin. Sultan Selangor 1, Dato’ Onn Jaafar, Tun Abdul Razak, Tun Hussin Onn, dan sekarang Dato’ Seri Najib Razak telah membuktikan ungkapan di atas sebagai bukan omongan kosong. Pe-Racist lantas mencemburuhinya!

    Ya-ya-ya buku ini (dan apa-apa buku yang bersifat keBugisan perlu dikumpul untuk diperpustakaankan agar supaya menjadi bahan rujukan untuk generasi-generasi X, Y, dan Z Bugis.

    Oh ya, sekiranya tiada halangan di masa akan datang, yakni dapat bertemu dan bertukar pendapat dan fikiran dengan Tuan, saya ingin berkongsi koleksi buku-buku yang berkaitan dengan sejarah dan peradaban Bugis yang saya ada.

    Adieu…

    Reply

  3. Jebat Malaya says:

    Itu sejarah dulu…, tapi generasi bugis sekarang byk suda yg tidak betulll!!
    Generasi sekarang banyak yg palsu, mane tak nye, mula-mula si ibu dtg melawat saja ke tawau, lps tu bekerja then bila melahirkan anak mereka beli sijil lahir yang dijual oleh individu yg tak bertanggungjawab. Akhirnya mendapat mykad. Yang termaktub dlm sejarah cuma 10% but selebihnya PALSU!!!!

    Reply

  4. Sam Mikli says:

    Buat Jebat Malaya.

    Generasi Bugis – sama ada yang dulu, sekarang, esok atau yang seterusnya yakni sampai bila-bila selagi dunia belum kiamat, betul, salah atau di antara betul dan salah, yakni di tengah-tengah tidak berkait rapat dengan puak, suku, etnik, kaum dan bangsa Bugis.

    Setiap puak, suku, etnik, kaum dan bangsa di planet ini ada juga yang tidak betul. Ada juga yang tidak salah. Semuanya sama rasa sama rata. Tiada puak, suku, etnik, kaum dan Bangsa di planet ini bersifat “Maksumist” atau “Maksuisme” termasuklah bangsa Jebat Malaya sendiri.

    “Taegi-taegi maega bua-bua, ko gitu taue lao ma’ sappa’! – Di mana-mana ada rezeki di situ kita mencari. “Usah selidiki sama ada dia itu warganegara atau bukan warganegara, kita sama-sama hamba Allah” – Hamka. Orang Bugis sama ada generasi abad ke-16, 17, ke-18 sehinggalah ke abad ini, tidak kira di Sulawesi sana, di Cape Town Afrika Selatan sana adalah besifat global. Rezeki Allah luas di atas muka bumi ini. Siapa-siapa sahaja boleh mencarinya dan memilikinya asal dengan syarat – DUIT (Doa, Usaha, Ikhtihar, Tawakkal).

    Di Malaysia, terutamanya di Semenanjung sana, jangan terkejut kalau-kalau bertemu dengan keturunan-keturunan Melayu yang berwarganegara Thailand, Myanmar dan Cambodia. Mereka bukan sahaja datang mencari rezeki malah lebih daripada itu. Seperti juga generasi Bugis sekarang, terutamanya yang ada di Daerah Tawau. Percaya atau tidak, masuklah ruang yang di dalamnya ada ruang.

    sijil lahir dan MyKad adalah prasyarat atau “pelicin” untuk urusan duniawi – cari makan dan sebagainya. Selebihnya bergantung kepada set minda seseorang. Diakui bahawa wujud pelanggaran undang-undang negara (hasil tangan-tangan manusia sendiri)dalam hal dan perkara yang berkaitan sijil lahir dan MyKad yang melibatkan generasi Bugis sekarang. Tidak perlu dipolemik secara jitu dan tuntas. Cukuplah secara teori ekonomi. Tanpa penawaran tidak akan ada permintaan. Saya berani bertaruh!

    Bagaimana dengan orang China (Rakyat Ripublik China)? Desas-desus mengatakan: “Belum lagi datang Malaysia, MyKad telah menunggu.” Bangsa siapa lagi “advance”? Bugis atau China (Rakyat Ripublik China)?
    Jangan hairan kalau Orang Cina dan China boleh menguasai lebih daripada 40% pai ekonomi di negara ini – Malaysia. Jebat Malaya… Orang Melayu, pai ekonominya hanya 19.2%. DEB-nya gagal semasa aksi di pentas percaturan niaga dan dagang.

    Jebat Malaya… Bangsa Bugis adalah Bangsa yang produktif. Sejarah telah membuktikannya. Tanya dengan ilmuwan yang berbangsa Perancis – Dr. Christian Pelras (atau Barbara Watson Andaya). Di dalam wacananya – The Bugis, dia ada membuat kajian sosiologi dan antropologi tentangnya (Bugis generasi dulu dan sekarang, di mana-mana sahaja). Selepas membacanya anda akan tahu apa yang anda tidak tahu.

    Adieu…

    Reply

  5. Anak bugis says:

    saya tidak menafikan andai sampai sekarang ni masih ramai lagi pihak yang sering mempertikaikan tentang kewujudan masyarakat Bugis. seolah-olah bangsa Bugis ini tidak layak langsung untuk menerima dan mencapai apa sahaja.walhal pihak-pihak yang sering mempertikai ini terlalu angkuh dengan status ANAK TEMPATANNYA sehinggakan tidak melihat peluang yang terbentang luas depan mata. 90% masyarakat bugis di Malaysia sekarang ini lahir dan dibesarkan di negara ini. mereka juga mendapat kelayakan sebagai warganegara daripada saluran yang betul berdasarkan kelayakan. Ramai juga yang memainkan peranan dalam menyumbang pembangunan negara iaitu penglibatan dalam sektor kerajaan dan swasta. tidak kurang juga yang merebut peluang yang tidak direbut oleh ANAK TEMPATAN kononnya. Penyumbang dalam sektor ekonomi negara dengan terlibat dalam perniagaan kecil-kecilan dan tidak kurang dengan perniagaan besar-besaran terutamanya di Tawau,sandakan dan lahad datu di negeri Sabah. apa yang penting bangsa ini bukan satu bangsa yang termasuk dalam sejarah kerana kewujudannya semata-mata tetapi dikenali dengan kejayaannya. kejayaannya bukan sahaja dilihat hanya di negara ini tetapi sudah melangkah sehingga ke benua Eropah.renung-renungkan

    Reply

    ANAK JATI SABAH reply on March 14th, 2012 2:45 PM:

    Anak jati sabah tidak kurang terkenal di mata dunia, sejarah merupakan identiti sesebuah bangsa. Gejala sosial tidak kurang hebat didalam masyarakat bugis . Lihat sahaja peratus jenayah dia juarai nya didalam sabah.Jika dilihat didalam sejarah tidak wujud bangsa bugis didalam mana2 bukti mahupun perjanjian malaysia. Masyarakat bugis sekarang mendapat keistimewaan seperti bumuputra . Keadilan perlu dititk beratkan. contoh masyarakat india dan cina , berperang dan mati dia tanah melayu akan tetapi mereka tidak mendapat sebarang keistimewaan seperti melayu dan bumiputra. Kita boleh renungkan dengan melihat masyarakat ini memutar belitkan fakta sejarah. Bagaimana bangsa yang datang ke sesebuah tempat dan mendapat hak keistimewaan bangsa asal di tempat tersebut.

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.