Isu Aktiviti Kuari Di Hutan Simpan Kelas Pertama Bukit Kukusan Tawau

BARU diisukan? Tidak, ianya sudah lama malah telah berkali-kali.  Namun,  usaha terkini Sabah Environmental Protection Association (SEPA) yang mahukan maklumat tepat aktiviti kuari di Bukit Kukusan begitu menarik perhatianku.

Bukit Kukusan adalah penting dalam tindakbalas geografi persekitaran Tawau kerana ianya antara bukit yang menjadi gugusan tanah tinggi yang menghalang angin yang kuat malah ribut yang membahayakan kawasan Tawau.  Lebih dari itu, Bukit Kukusan turut dihuni haiwan liar seperti monyet dan pelbagai jenis burung.

Apa yang berlaku hari ini, dari pandangan mata kasarku, Bukit Kukusan sudah dikorek sehingga setengah bukit tersebut dan telah menjangkau ke bahagian sebelah bukit tersebut.  Dengan kata lain, bukit itu sudah gondol dan semakin direndahkan dek aktiviti kuari.

Ok, berikut adalah isu yang dibangkitkan SEPA:

  1. Aktiviti kuari dijalankan dalam lingkungan rizab hutan kelas pertama (Forest/Trig Hill Reserve).
  2. Aktiviti kuari menyebabkan terbentuknya tasik toxic.

Kukusan Forest / Trig Hill Reserve 1st Class Forest Reserve – SEPA

Toxic Lake – SEPA

Sementara itu, dari kenyataan Bernama, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun memberi respon seperti berikut:
  1. Akan meminta laporan terperinci mengenai status tanah, yang didakwa sebagai sebuah rizab hutan kelas pertama itu di Sabah.
  2. Laporan tersebut adalah untuk mengenal pasti samada aktiviti kuari syarikat kuari tersebut sah atau tidak mengikut undang-undang.
Yang menariknya, Masidi berkata:

“Kami memerlukan laporan terperinci berhubung status sebenar tanah yang dikatakan itu dan lesen yang dikeluarkan kepada syarikat kuari berkaitan.

“Sudah tentulah kami mahu mendengar pandangan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah tentang perkara ini. Namun sementara kami mengumpul semua laporan, apa jua aduan atau kenyataan berkaitan aktiviti kuari dan status tanah adalah andaian semata-mata.

Sama-samalah kita mengikuti perkembangan isu ini.

Rujukan:
1. KUKUSAN FOREST/TRIG HILL RESERVE – GAZ. NO. S14-49 (Web SEPA)
2. Masidi Mahu Laporan Terperinci Mengenai Aktiviti Kuari Dalam Lingkungan Rizab Hutan Kukusan (Bernama)

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

2 Responses to “Isu Aktiviti Kuari Di Hutan Simpan Kelas Pertama Bukit Kukusan Tawau”

  1. Mus

    Jul 26. 2012

    kadang-kadang kerana wang.. masa depan jadi taruhan
    Mus recently posted..14 Bangunan Baru Yang Bakal Wujud Di Kota Kinabalu, SabahMy Profile

    Reply

  2. Sam Mikli

    Aug 08. 2012

    Assalam alaikum

    Tuan Maya

    Dulu saya bersekolah di SK. Muhibbah Raya, Tawau dan SM ST Patrick Tawau. Setiap hari pemandangan “indah” yang “tersaji” di hadapan mata ialah Bukit Kukusan.

    Lori-lori bergentayangan dengan muatan kuari di lereng Bukit Kukusan – dari puncak lereng hinggalah ke kaki lereng. Nampaknya lori-lori sudah pun bergentayangan melepasi kaki lereng – Hyper-active torehan syarikat pemaju ini!

    Pada saya isu ini sudah antik dan klasik. Perlu dimanuskripkan dan dimuziumkan. Teramat hairan, alam sekitar yang dilindungi undang-undang tetapi masih digondol oleh jentera-jentera syarikat pemaju. Tentunya ada sesuatu yang tidak kena – sindrom NIMBY dan sindrom Nelsonian Blindness.

    Sindron NIMBY (Not in my back yard) ini dialami oleh aktor-aktor syarikat pemaju. “Menjahanam” alam sekitar hanya untuk kepentingan NPV (Net Present Value) keuntungan syarikatnya. Aktor-aktor syarikat pemaju ini tidak ambil pusing sekiranya berlaku gangguan alam semula jadi – hujan lebat, angin kencang, banjir kilat dan sebagainya.

    Cuba bayangkan jikalau Bukit Kukusan ini terletak berhadapan atau di belakang rumah aktor-aktor syarikat pemaju ini? Tentunya aktor-aktor ini akan turun-naik mahkamah dengan para peguam handalan mereka untuk menjadi “wira” penyelamat alam sekitar daripada dijarah semahunya. Oleh kerana letakan Bukit Kukusan jauh berbatu maka aktor-aktor syarikat pemaju ini mengalami sindrom NIMBY.

    Sindrom Nelsonian Blindness – Sindrom ini dialami oleh aktor-aktor penguatkuasa tempatan / pihak berkuasa tempatan. Sindrom ini adalah merujuk kepada – buat-buat tidak nampak atau buat – buat tidak tahu.

    Sebagaimana yang diketahui bahawa aktor-aktor penguatkuasa tempatan / pihak berkuasa tempatan memiliki jalur kekuasaan yang boleh dipraktikkan untuk kemaslahatan dan kepentingan awam / umum.

    Teramat mustahil aktor-aktor penguatkuasa tempatan / pihak berkuasa tempatan tidak ambil tahu apa yang berlaku pada Bukit Kukusan sejak akhir 80-an sehinggalah sekarang. Apakah sudah terhantuk baru terngadah, sekiranya Bukit Kukusan dan kawasan alam sekitar yang dilindungi undang-undang lenyap dari muka bumi Tawau?

    Tawau, Majlis Perbandaran Tawau (MPT) terutamanya.Untuk memperlipat gandakan hasil keluaran daerah melaui cukai, cukai perusahaan terutamanya, perlu ada batas sempadan apabila ia menyentuh aspek-aspek hamblum minannas dan hamblum minallah. Janganlah kerana mengejar nilai dan angka tinggi tanah tinggi, bukit-bukau, hutan hujan, pasir, dan apa-apa yang berunsur alam sekitar dijadikan galang ganti.

    Persepsi yang bakal wujud akibat isu ini ialah (1) berlakunya unsur-unsur penyelewengan di antara aktor-aktor syarikat pemaju dengan aktor-aktor penguatkuasa tempatan / pihak berkuasa tempatan. Terutamanya unsur suap / rasuah.

    (2) Aktor-aktor penguatkuasa tempatan / pihak berkuasa tempatan gagal menjadi pemegang amanah yang dipertanggungjawabkan oleh peruntukan undang-undang negara dan rakyat.

    (3) Pemimpin-pemimpin masyarakat tidak dapat berbuat apa-apa apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang bersifat politikal tetapi tidak bersifat politik yakni isu alam sekitar. Perlu diingat bahawa pemimpin-pemimpin masyarakat, pemimpin-pemimpin politik terutamanya, memiliki “kuasa khas” untuk “mem-veto” setiap apa-apa pelanggaran dan penyelewengan yang berlaku. “Kuasa Khas” yang dimaksudkan ialah: Suara Rakyat.

    Adieu… Dari jauh

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge