6

Ikan Bilis Kampung Inderasabah.

Idea spontan, perjalanan yang tanpa dirancang namun ianya menjadi kenyataan apabila segala yang diperlukan dilengkapi bersama. Bersama teman lama di Bukit Queen, Encik Zul, aku dan Lisa ke Kampung Inderasabah yang letaknya kira-kira 10km dari Balung, Tawau. Jalan menuju ke kampung itu sudah berturap meskipun sesekali ada juga lubang besar di tengah jalan namun ianya tidak menghalang perjalanan kami apatah lagi Lisa yang sudah biasa dengan perjalanan jauh yang mencabar.

.
.

Sebenarnya inilah kali pertama aku dan Lisa masuk ke kampung ini dan amat beruntung rasanya apabila perjalanan kami disertai oleh Zul, yang sudah biasa dengan setiap pelusuk kampung di area Balung. So kiranya, Zul inilah pemandu pelancung kami (meskipun upahnya sekadar belanja makan hehe). Menurut Zul, kampung ini terkenal dengan ikan bilisnya yang bermutu tinggi dan terbaik di pasaran kerana faktor pengendalian dan pemprosesan ikan bilisnya. Dengan penuh minat, aku pun mula memintanya agar kalau boleh dapat dibawa sekali ke bagang (kelong) untuk melihat sendiri proses menghasilkan ikan bilis nombor 1 itu.

Sesampainya di pelabuhan Kg Inderasabah, kelihatan tiga orang pakcik (tidak termasuk seorang lelaki yang tengah termenung) sedang rancak bercerita sambil mengait jala. Zul nyata seorang yang tahu tugasannya, dia mula membuka topik macam mana kami mahu ke bagang di tengah laut itu.

.

“Maaflah nak, semua orang di bagang sekarang tidak turun laut, sebab sekarang terang bulan dan berombak besar,” kata seorang pakcik dengan slang Bugisnya. Menurut pakcik ini lagi, mereka akan ke bagang pada minggu depan. Mendengar kata-kata pakcik itu, aku hampa kerana hasrat hendak ke bagang terpadam.

Kata Zul, “Maya, nampaknya tidak dapatlah ko melapor cerita macam yang TV3 pernah buat, mungkin kita perlu jumpa makcik gelang emas rantai kapal bawa kita minggu depan.” Aku ketawa membayangkan aksi makcik pemilik bagang dari kampung Inderasabah yang pernah ditemuramah dan disiarkan dalam satu rancangan popular TV3.

.
.

Sambil melayan pemandangan suasana petang di pelabuhan Kg Inderasabah itu, kami bertiga terhibur menyaksikan aksi tiga orang kanak-kanak yang sedang menangkap ikan menaiki bot enjin, mungkin milik orang tua mereka. Mereka begitu serasi dengan laut, bergembira menghabiskan masa bersama-sama di tengah laut kerana bagi mereka di laut itulah mereka bermain sambil membantu orang tua mereka mencari rezeki. Berbeza dengan zaman kanak-kanak aku sebagai anak ladang, yang sama hanyalah perasaan gembira bermain tanpa mengenal bahaya menanti bila-bila masa saja.

Lisa dan Zul sempat membuat lawak mengatakan kanak-kanak itu tidak memerlukan sebarang lesen untuk membawa perahu mereka, tiada trafik, tiada speed trap. Apabila melihat seorang remaja berlabuh membawa hasil tangkapan udangnya kepada orang tengah, Lisa dan Zul menambah di sini cukup senang untuk parking kenderaan tanpa ada Tawau Carpark memberi resit.

.
.

Kami sempat melihat sendiri tangkapan udang yang dibawa remaja itu dan setelah dijual kepada orang tengah, hasilnya memang lumayan. Bila aku bertanya harga udang kepada orang tengah itu, gadis anak orang tengah itu memberitahu, sekilo udang gred 1 berharga RM24, gred 2 RM17 dan gred 3 RM7. Ketika mencari buah tangan untuk dibawa balik, kami memutuskan untuk mencari ikan kering, ikan bilis saja. Malang kami tidak menemukannya dan barulah kami faham bahawa musim cuaca yang tidak mengizinkan bermakna tiada ikan untuk dijual.

So kami balik dan singgah di Balung membeli ikan kering dan bilis kering di gerai-gerai tepi jalan. Bila congak2… harga tidaklah jauh berbeza dari yang di pasar tanjung, cuma di sini penjualnya meyakinkan itulah dia ikan bilis dan ikan kering dari Kg Inderasabah.

End of story today, aku dapat ikan kering, bilis kering dari Kg Inderasabah.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Ekonomi Tags: , , ,

Related Posts

Bookmark and Promote!

6 Responses to "Ikan Bilis Kampung Inderasabah."

  1. aniey says:

    Huaa…lucu dgn ayat macik gelang emas rantai kapal…( Mumy Q baitoo ) ahaks

    Reply

    Maya reply on March 1st, 2011 8:36 PM:

    oh yakah aniey… arrangelah blogger plak tulis pasal mummy mu :)

    Reply

  2. pelastikbintang says:

    jauh gilak ba ni dari bandar tawau..sampai tetidur2 kita mau p sana.
    tapi cantek la tempatnya ..ikut ingatanku time muda remaja dulu. :P

    Reply

  3. aniey says:

    Bha dtg sak qmoo p sni…kompom ada tu mck gelang emas…haha

    Reply

  4. subis abuddin says:

    rindunya pada kg ni..
    sk inderasabah masih wujud lagi bah kan….
    Memori sekolah rendah di sk inderasabh masih terpahat diminda dan disanubari…. masih kawan kawan Weddy,, Sarina..Erni..Abdul rahman… lain lain sudah lupa pulak…. Bila lah mau kesana ni….tidak sabar sudah ni…

    TQ bro to your blogg..hehehe rantai kapal…

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.