Idea Penulisan Blog

idea-berblog

ADA orang amat mudah menulis sesebuah entry blog, menaip keyboard bagai nak pecah, lajunya bagai nak terbang.  Baginya, idea yang datang itu bercurah-curahan lalu dizahirkan melalui kekencangannya mengetuk keyboard. Aku pernah melihat bloggers seperti ini.  Hebat dan kagum aku.

Tapi aku tidak seperti itu. Aku menaip tidak sekencang idea yang masuk di otak fikirku, aku agak slow dalam menzahirkan idea dalam penulisanku. Kadang aku berhenti, membaca setiap patah perkataanku, ianya sesuai atau masih ada pilihan terbaik kata-kata itu.

Apa itu idea.
Idea bermaksud rancangan yang tersusun dlm fikiran; buah fikiran. Ianya wujud mungkin hasil penilaian minda, mungkin juga dari khayalan, mungkin juga dari monolog, dari pembacaan, dari sesuatu kejadian. Begitulah antara prosesnya yang akhirnya membuahkan sesuatu untuk kita bicarakan dan bloglah antara medium untuk menterjemahkannya.

Bagaimana aku dapat idea sebelum berblog?
Pelbagai cara, aku hanya dapat memberi beberapa panduan untuk dikongsi bersama. Mungkin ianya praktikal (alhamdulillah) dan kalau ianya tidak, ianya mungkin hanya cara aku.

  1. Melalui kejadian sekelilingku.
    Panca indera deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat, deria sentuh yang membuat kita menghidu, mendengar, mengecapi, melihat dan menyentuh sesuatu di sekeliling kita.

    Contoh kejadian untuk entry Jelajah Hutan Tinagat Tawau yang mencatatkan pengalaman aku ketika berada di dalam hutan.

  2. Melalui kisah pengalaman hidup.
    Pengalaman dan pengamatan kisah lalu yang pernah dilalui juga merupakan idea penulisan blog yang menarik.  Ianya boleh disusun mengikut pelbagai rasa yang kita alami.  Idea melalui kisah hidup ini begitu popular kerana ia menterjemah siapa kita.

    Contoh 3 episod Kisah Anak BAL yang aku kongsikan untuk pembaca yang meletakkan aku bersama pengalaman hidup aku sebagai anak ladang.

  3. Medium pergaulan.
    Samada pergaulan kehidupan realiti kita mahupun secara online itu boleh dijadikan sebagai idea penulisan blog. Setiap hari kita melalui pengalaman pergaulan seumpama ini dan why not u blog it.

    Satu contoh yang agak kontroversi bagiku di Hanya kerana sekeping gambar

Itu antara perkongsian kisah bagaimana aku mendapat idea penulisan blog. Agak sedikit ulasannya, mungkin dilain masa akan aku ulas lebih lanjut.

Chalo bete!

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

No comments.

Leave a Reply

CommentLuv badge