
AKU namakan gila sebab idea yang bakal aku kongsikan ini agak keterlaluan tetapi kalau dipraktikkan ianya pasti memberi kesan. Apa idea itu?
1. Tulis URL blog anda di wang kertas.
Lagi tinggi nilai wang itu, lagi jauh perjalanan promosi blog anda. Bila masa sesuai? Masa bagi duit rayalah… cubalah tahun ini.
2. Jatuhkan dompet di tempat awam.
Isi dompet itu dengan kertas yang tulis URL blog anda. Lagi banyak dompet yang sengaja kamu jatuhkan di tempat awam, lagi ramai yang akan ketahui blog anda. Lokasi sasaran, pc fair, kedai komputer dan lain-lain. Oh ya, belilah dompet yang murah-murah, kan banyak di kedai dua ringgit.
3. Tulis URL blog di semua cermin kereta.
Tidak kisahlah lokasi kereta, lagi bagus di shopping compleks car park, di pasar ikan atau di mana pun asalkan banyak kereta. Imagine semua kereta tu bergerak di seluruh Tawau, paling best kalau bas Tawau-KK, Tawau-Semporna, Tawau-Sandakan.
4. Letak URL blog sebagai nama Bluetooth handphone.
Bagi ON bluetooth di manapun anda lepak, pasti ada yang sangkut.
5. Namakan wireless guna URL blog
Yang ini aku amalkan, kalau ada kenduri kahwin, memang confirm aku tidak offkan. Berkesanlah, siap ada yang tanya, wireless rumah mana ni puadededotcom. Senyum-senyum aku dengar.
Ok sekian idea gila promosi blog untuk kali ini. Kalau berani, cubalah… pasti ada impaknya.
Chalo bette
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






Mus
Jul 08. 2012
setkan home URL blog di semua PC di Cybercafe
Reply
Baharuddin
Jul 16. 2012
Hai,.. salam ukhwah… (mau ckap standard melayu ka tau cakap Standard orang tau ka, atau cakap Bugis)…
Anuu ba,.. mauk tanya ni,.. bole share ka?… hehehe… itu sak,..
Baharuddin recently posted..Cara Menaip Domain Ikut Gaya Mark Zuckerberg
Reply
Maya reply on July 16th, 2012 3:25 PM:
boleh bah, bagi linkback ke post entry ya
Reply
iAwani
Aug 11. 2012
boleh juga tu, tapi jika guna taktik begini, pastikan kualiti post amat baik dan blog kerap di update. People expect that.
iAwani recently posted..xCloud Untuk Pindah Gambar Secara Automatik Tanpa Wayar
Reply
Maya reply on August 12th, 2012 12:26 AM:
satu tips yang amat berguna.
Reply