Hujan Rahmat Di Tawau

Setelah melalui lebih sebulan lamanya, petang Jumaat ini barulah hujan membasahi bumi Tawau. Amat seronok bila melihat hujan, kerana saat inilah yang dinantikan, hujan yang memberi rahmat kepada Tawau… Hujan rahmat yang membasahi bumi Tawau, Tawau bumi peladang.

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
(Al-Baqarah:22)

Baru sebentar tadi aku mengunjung facebook dan melaporkan hujan turun di kampung masing2. Alhamdulillah, hujan rahmat di Tawau.  Bila suasana hujan sebegini, aku tiba2 teringat lagu Hujan daripada Sudirman Haji Arshad.

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi…

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi…

Related Posts with Thumbnails

Advertisement

4 Responses to “Hujan Rahmat Di Tawau”

  1. friendly
    05/03/2010 at 7:07 PM #

    hujan sekejap jak kat cni tadi…. apapun syukur lah ada hujan turun…
    .-= friendly´s last blog ..Aku Mula Mengerti, Sedar Dan Faham. =-.

    Reply

  2. 06/03/2010 at 1:51 PM #

    bagus jgk hujan nie…habuk-habuk di kereta semua ilang…
    .-= sankai´s last blog ..Jurulatih Bola Tampar yg Terlampau =-.

    Reply

  3. 06/03/2010 at 5:37 PM #

    salam…

    lamanye tak nmpk dia..

    pikir dia dah pencen berblogging..

    apa khabar kita??

    Reply

  4. 07/03/2010 at 10:35 AM #

    Semenjak hujan itu… dia tidak lagi berkunjung. Siapa isap awan hujan kami!

    Agus: sikit tp nikmat
    Sankai:car wash segera bah tu
    Sis Com:tidak behenti, tapi rehat seketika

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge