Di part ke 3 ini aku lebih suka menjadikannya sebagai penutup pada review setahun daerah tercintaku ini, Tawau Bumi Peladang.
Dengan kata lain, part ini aku hanya mahu selitkan peristiwa dan pengajaran yang aku perolehi sendiri dan kalau ada orang Tawau lain yang mahu mengambil ikhtibar dari sini, aku berbesar hati untuk berkongsinya.

Tawau ni sebenarnya sebuah daerah yang unik, diduduki oleh pelbagai suku kaum dan masih berpegang teguh pada 5 prinsip rukun negara. Maju bangunnya daerah ini kerana kesepakatan penghuninya dengan dipimpinan barisan pemimpin yang prihatin. Gandingan muka lama dan baru mewakili suara rakyat dari Tawau ini melambangkan bahawa kepimpinan lama yang memberi tunjuk ajar dan pemimpin muda yang memberi idea baru pembangunan. Janganlah kita menuntut apa-apa pembangunan itu ini daripada pemimpin sedangkan kita sendiri tidak pernah menanyakan diri sendiri apa sumbangan kita untuk majukan Tawau. Takkan semua sumbangan memerlukan peruntukan daripada YB, yang penting kita ikhlas dan jadilah rakyat yang bertanggungjawab.
Tawau yang bertuah ini memiliki banyak saluran untuk melakukan aktiviti sihat cuma malah Tawau FM sebagai sumber saluran maklumat terkini menyampaikan berita mutakhir pada setiap aktiviti sihat di mana pelusuk kampung pun di Tawau ini. Aktiviti yang mereka anjurkan juga tidak kurang hebatnya dan sewajarnya belia menyahut sahutan pada setiap cabaran program-program mereka. Zaman ini terlalu mudah untuk mendengar siaran Tawau FM… melalui handphone pun boleh mengikutinya… dan sudah pastilah tiada lagi alasan untuk ketinggalan. Dari kita saja bah tu… orang malas kaya alasan, orang rajin kaya ilmu pengetahuan.
Adakah anda bersetuju kalau aku katakan bahawa di Tawau ini terlalu percayakan khabar angin daripada mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih. Tahun 2008 pasti diingat kerana khabar angin “SMS Bomoh”, “SMS Stesen Minyak Ditutup“, “SMS Beras Habis” dan pelbagai lagilah yang begitu dipercayai… Kenapa kita harus mempercayainya sedangkan kita tidak pasti ianya benar ataupun tidak… Dan di sinilah hakikat yang perlu kita terima bahawa jangan mudah percaya pada khabar angin… siasat dahulu baru bertindak… Jangan hebahkan kalau tidak pasti. Cuma aku pelik pada suatu malam, 17 November 2008, tersiar amaran tsunami 7.7-magnitude di Gorantalo, Sulawesi, di TV1, yang tidak pula membuat orang Tawau panik dan bertindak seperti sebelumnya…
Antara isu panas yang masih menjadi tanya pada aku adalah mengapa di bandar Tawau masih ada beberapa projek bangunan di tengah-tengah bandar yang terbengkalai sehingga mencacatkan pandangan ketika aku menikmati selesanya tinggal di Tawau… Selain itu, sampai bilakah sistem tambang bas dan teksi di Tawau ini diserasikan kerana geng kerong-kerong nampaknya sekarang ini sudah bertambah bilangannya.
Habislah sudah isu dan kejadian yang panas sepanjang 2008 yang aku mahu sentuh di sini… meskipun masih ada yang mahu diketengahkan namun aku rasa setakat ini sahaja untuk tatapan umum. Harapanku, di tahun 2009 ini, kita sama-sama menjadi matang dalam mengarusi pembangunan dan kemodenan yang dibawa masuk ke daerah tercinta kita ini. Semoga tahun 2009 yang dilabelkan “ekonomi mencabar” ini dapat ditempuhi dengan perancangan dan tindakan yang tepat oleh orang-orang kita… kitalah, sapa lagi… orang Tawau bah!
Comments
Powered by Facebook Comments









yang pasal SMS tue, mane-mane pun lebih kurang jer, percayakan khabar angin..huhu..
Reply
ok GO GO GO org tawau!
pasti nya 2009 akan lebih hebat!
cikEyda’s Terkini di blog…Mengapa Lelaki Curang??
Reply