Jangan nak banggakan tempat orang lain saja, di Tawau ini pun ada Central Market (CM)nya tapi versi yang ada di sini agak berbeza dari yang lain. Kenapa? Kerana di sini CMnya menempatkan food court yang cukup istimewa untuk sajian makan tengah hari anda.
Orang selalu sebut nama tempat ini sebagai gerai makan atas Kongfah… apa pun namanya, CM Tawau memang akan aku kunjungi untuk menikmati sajian istimewa ikan rebus / ikan masak kunyit / ikan masak asam kunyit. Pelik saja namanya, tapi inilah rupa sajian itu…
Bila berkunjung ke sini, anda perlu menaiki tangga samada sebelah kiri atau kanan, sama saja… dan di atas nanti, inilah suasananya…

Kamu pilihlah yang mana satu gerai yang mahu kamu nikamti hidangannya, sedikit tips, ianya nampak serupa tapi sebenarnya agak berbeza rasanya… hehehe

Lihat saja brother ini, makan dengan lahapnya, mak mertuanya limpas pun pasti tidak diperasan.. hehehe

Inilah juadah simple tapi sedap yang aku order

Yang tidak best di sini ini adalah:
- Masa operasinya cuma 8 pagi -5 petang sahaja. Nak dinner kena cari tempat lain.
- Kalau boleh, upgradelah tempat ni, tangganya sahaja berdaki 10 tahun, belum cerita lagi yang berkarat…
Comments
Powered by Facebook Comments












nah..d mana juga ini ah..jrg2 bah ke bandar ni..d balung sak
Reply
suka… suka .. paling sedap n murah pulak d situ ..
Reply
Assalam alaikum
Tuan Maya.
Oho tempat ini, aku ingat. Selalu lepak dengan rakan-rakan seperjuangan di hadapan ParkWell & Survey.
Petang-petang beraneka jenis makanan. Kalau Lyon adalah “kota Gastronomi” Perancis, Central Market Tawau ini ialah “pusat Gastronomi” Tawau! Kawan perempuan Perancis-ku mungkin terkejut terheran-heran, Tawau ada “pusat gastronominya!” Bakal ku bawa dia ke CMT ini. Kalau tiada aral (sudah semestinya $$$ & visa lawatannya).
Buntut ayam, gado-gado, sanggar (sanggar peppe’ ada?), ABC, murtabak Nusantara dan dsbgnya. Macam-macam ada.
Cuma-cuma-cuma, kebersihan tidak begitu memeuaskan dan meyakinkan. CMT ini perlu, bukan sahaja dinaik taraf bangunannya, fasiliti, kemudahan asas dan lain-lain, tetapi kebersihannya juga. Kebersihan fizikal dan kebersihan klinikal.
Sampah, sisa makanan, bahan buangan dan sbgnya, kadangkala tidak terurus secara patut di CMT ini. Sampah, sisa makanan ini boleh dijadikan baja organik. Sudah tentu menghasilkan pendapatan. Longkang di CMT selalu sumbat biasanya waktu hujan lebat.
Oh ya, agaknya para peniaga di CMT ini rata-ratanya peniaga Bugis. Moga perniagaan mereka maju. Pada idi’ pada elo’. Masakan Bugis yang paling enak, ikan rebus asam kunyit. Ikan salmon asam kunyit, bagaimana?
CMT ini perlu dikekalkan. Kalau ia boleh bersuara dan memberikan pendapat, tentu ia akan memeritahu kita (orang-orang Tawau) apa-apa peristiwa manis pahit yang berlaku di sekelilingnya.
Moga juga pemegang modal entiti perniagaan tidak merobohkan CMT ini. Moga juga CMT tidak mengalami nasib yang Dataran alami.
Dan, seandainya mereka-mereka yang berniaga di CMT ini mempunyai organisasi menyelenggara bangunan, menjaga kebersihan, menjaga keselamatan dan lain-lain, CMT akan menerima “hits” dari pengunjung sebagaimana Dataran di suatu masa dahulu. MPT! wake-up, canangkan idea yang bernas untuk menjadikan CMT sebagai icon yang unik di Tawau.
Seandainya saya ialah Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) saya akan pastikan CMT menjadi icon Tawau yang tiada galang gantinya.
Wassalam
Adieu…
Reply
iyep.. saya pun suka singgah CM ni… banyak juadah istimewa… cayalah Tawau
Reply