11

Helang mercu tanda baru Tawau

Sambil bershopping keperluan sekolah petang tadi, aku melalui bulatan Jalan Dunlop dan bila melihat perkembangan pembinaan mercu tanda baru bagi Tawau, aku tersenyum sendiri. Anak buahku tiba-tiba bertanya itu burung apa… aku jawab burung helang.

Sebelum ini aku ada mengisahkan hal ini dalam lanskap baru mercu tanda Tawau dibina dan dalam entry itu aku ada selitkan keberangkalian objek yang bakal dibina di situ.

Tekaan rambang tapi berasas pada objek yang bakal dibina di situ adalah sebelum ini adalah:

..

..

Rupanya.. satu pun tiada yang mengena! Aku sebelum ini bercadang mahu membuat contest teka objek, tapi memandangkan seorang teman memberikan alasan yang kontraktor itu buat kerja tanpa privasi, aku batalkan niatku. Lagipun, laju juga mereka siapkan helang dan ikan lumba itu.

Apa sinonimnya Tawau dengan burung helang? dan kenapa tiba-tiba aku teringat Pulau Langkawi?

I still loving you, my lovely Tawau.. Thanks MPT.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2010, Berita Tags: , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

11 Responses to "Helang mercu tanda baru Tawau"

  1. zaid says:

    peerrrgh….! burung helang? ingatkan nasi kuning,pasal nasi kuning ditawau ni yang paling senonim dgn warga tawau dan pulak dikenali ramai…….kecewa :-(

    Reply

    Maya reply on December 25th, 2010 12:18 AM:

    tidak payah kecewa, buat saja nanti depan rumahmu bah Zaid :)

    Reply

  2. zainal says:

    sebenar nya apa product pelanugan hndak d jual d tawau…ni… tiba2 dgn product berlainan plak yg muncul…..@ sja nk ksi habis pruntukan …..klu pn ia cri la benda yg menujukan identias TAWAU…klu ank2 kita dri jau sekola pn tanya …TAWAU ni sebanar nya apa yg menarik …x..mknnan laut….hi2….ada yg x kna ni…

    Reply

    Maya reply on December 25th, 2010 1:15 AM:

    Apa pun objeknya, bukan jadi masalah… yang penting ianya mencantikkan bandar Tawau. Kalau diprati, macam ada kolam air pancur akan dibuat di situ… cantik juga bah.

    Daripada tiada, syukurlah yang dibagi ada sekarang ni.

    Reply

  3. faridafarrah bte abdul majid says:

    kalau iya pun nak bagi mercu tanda kat bandar tawau biar la yang berpatutan dan org luar yg brkunjung ke bandar TAWAU boleh ingat sampai bila2…jangan main hentam je…apa maknanya burung helang tu ada kena mengena ka dgn kewujudan TAWAU…perlu d ingatkan peruntukkan yg d beri oleh kerajaan adalah duit rakyat…kecewa dgn MPT buat projek tanpa kajian..

    Reply

  4. Han says:

    jangan syak jadi mcm d apas la….ada ka tinggal sarung keris jak…..

    Reply

  5. BlueGene says:

    Assalam alaikum

    Helang jadi mercu tanda? Helang spesis apa? Apakah MPT sudah ketandusan idea yang cerdas dan bernas?

    Setakat mencantikkan bandar Tawau dengan mercu tanda yang tidak kena mengena dengan Tawau adalah satu malapetaka, pembaziran. Tanpa mercu tanda pun, asalkan Tawau bersih, nyaman, tenteram, terpelihara dan terpulihara alam sekitarnya, itu sudah cukup layak dijadikan mercu tanda Tawau.

    Walaupun mercu tanda yang hendak dibina itu perbelanjaannya bukan datang dari wang rakyat, yakni seratus-peratus wang MPT, membuat sesuatu yang tidak mendatangkan makna adalah sia-sia. Bukan sahaja sia-sia kepada MPT sendiri tetapi Bandar Tawau Amnya.

    Teringat dengan kata-kata Prof Emeritus Dr. Khoo Kay Kim, semasa beliau mengkritik sistem pendidikan negara-Sistem pendidikan Malaysia Kolot dan Mundur. Begini kata beliau, Malaysia kekuatanya terletak pada budaya. Budayalah yang melahirkan manusia. Manusia yang berbudaya kemudiannya melahirkan sains dan teknologi yang bukan sia-sia.

    Apa yang saya boleh konotasiakn ialah-Kekuatan Tawau terletak
    pada kerencaman kebudayaannya yang unik. Tawau jika adalah sebuah novel yang berfalsafah tinggi, sudah tentu layak diberi julukan “Bumi Anak Semua Bangsa.” Masyarakat Tawau yang berbudaya tinggi sudah pasti menghasilkan sesuatu yang bukan sia-sia untuk membangunkan peradaban dan tamadun masyarakatnya.

    Mercu tanda juga adalah hasil daripada peradaban dan budaya sesebuah masyarakat. Namun jika mercu tanda itu tidak memiliki pengisian atau falsafah pemikiran, maka ia dengan sendirinya menterjemah bahawa mercu tanda itu tidak menunjukkan masyarakat yang berperadaban dan berbudaya tinggi.

    Nenek moyang kita sama ada di Sulawesi, Jawa, atau mana-mana ceruk dunia, memiliki peradaban dan budaya yang tinggi dan tiada tolok bandingnya. Berapa banyak mercu tanda yang mereka hasilkan sehingga kini dikenang oleh sejarah. Seandainya bapa sejarah dunia, Herodotus, menemui mercu tanda yang dihasilkan oleh nenek-nenek moyang kita, bakal pasti tidak sia-sia hidupnya kerana telah mengetahui bahawa nenek-nenek moyang kita kaya dan tinggi peradaban dan budayanya. Ia dapat dilihat melalui mercu tanda yang dihasilkan.

    Apa pun MPT telah membuat keputusan yang tiada tolok bandingannya. Kita kena akur dan perlu diamkan diri. Diam itu emas! Cuma kita berharap, mercu tanda helang itu selepas siap dibina kelak, terus kekal dipelihara dan dipulihara sampai bila-bila. Setahu saya MPT kaya raya! rasanya tiada masalah untuk MPT berbuat demikian. Seandainya mercu tanda helang itu menerima nasib sebagaimana Persiaran Traulsen, maka…

    Saya impikan Tawau yang bersih, nyaman, tenteram, aman dan damai walaupun tidak bermercu tanda

    Adieu…

    Reply

  6. Gen2Merah says:

    cuba tengok Sandakan… setiap mercu yang di bina di setiap penjuru bandar melambangkan bandaraya Sandakan. Objek taman Buaya, taman Sepilok dan lain-lain tu..

    Kalau setakat nak mencantikkan itu memang sudah tugas hakiki MPT pun. Memastikan kawasan bandar kita bersih dan indah. Tapi soal imej Tawau biarlah yang bersimbolkan Tawau. Buat mercu yang melambangkan Tawau.. Uii, banyak bah tu… Depan pasar lagi tu—> objek koko, ikan kering ka, amplang ka, sanggar ka… hehehe

    Reply

  7. abot tawau says:

    salam…betul gak 2…apa yg kena-mengena helang ngn ikan lumba2 2…byak yg ada kena-mengena ngan tawau…cth jak ikan bilis kha…bubuk kha ini tidak ndak tau la apa yg dorg fikir kan 2…2 hah dekat nya bha 2 pasar tanjung byak yg bleh jadikan sumber….dorg nie terlepas pandang kha tau xpandang lansung…mana akal u all yg na wat mercu cam nie..jgn la malu kan tawau nie..xya la na ikut2 mercu tanda org len kita d tawau nie pun byk g benda n d persekitaran kita d tawau 2 yg perlu d jadikan mercu tanda ok…fikir fikir kan……..

    Reply

  8. hana Tawau says:

    hmmm, berdasarkan dari komen2 kamu dan pandangan logik yang aku buat,aku bersetuju gak kalau MPT wat mercu tanda tue berdasarkan Identiti Tawau.HELANG VS DOLPHIN? dari mana dorang dpt idea tue ya? pelik la….. o.O Helang tue melambangkan Pulau Langkawi. Langsung ndakda kena mengena dengan Tawau.Nie kalau aku bawa member2 semenanjung aku balik tawau nie dan tanya mercu tue simbol tuk apa? kompem aku diam jak…aku ndak tau mau jawab pa…kalau tadi dia buat mercu tanda yang ada kaitan dengn Tawau ka, boleh jugak aku terangkan dengan bangganya..hukhukhuk.. :( Apa2 pun, diharap lain kali kalau mau buat mercu lagi d mana kawasan tawau, TOLONGLAH buat mercu yang menerangkan Identiti Tawau…ada kah sesiapa yang bolh pm MPT nie….bagi cadangan yg mcm nie baru best….

    Reply

  9. Maya says:

    Kepada sesiapa yang belum memahami simbolik kenapa helang dan ikan yang dijadikan antara mercu tanda Tawau, nda boleh merujuk kepada kisah bagaimana Tawau itu mendapat namanya.

    Taji burung helang adalah antara alatan pancing yang digunakan orang dulu2 di Tawau ini untuk menangkap ikan. Perbuatan menangkap ikan itu sendiri menjelaskan maksud Tawau.. iaitu menawao atau menawau dan dijadikan Tawau.

    Maafkan saya jika ada yang masih kurang faham mengenainya.

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.