9

Heboh Tawau bila Datuk Liew Yun Fah Tak dicalon Pilihanraya Umum 2008

Alkisahnya, pengundi Dewan Undangan Negeri Merotai berkumpul beramai-ramai menyambut ketibaan “hampa” seorang wakil rakyat pujaan ramai, Datuk Liew Yun Fah, di Lapangan Terbang Tawau yang tidak dicalonkan untuk bertanding di DUN Merotai. Datuk Liew “berjiwa rakyat”, itulah kesimpulan yang dapat ditafsirkan hasil pembangunan selama 4 tahun di Merotai, namun dia tidak dicalonkan dalam Pilihanraya Umum 2008.

Aku masih ingat satu artikel di awal pencalonannya pada pilihanraya 2004 lalu yang mengatakan, bagaimana seorang pemimpin berketurunan Cina boleh menang dan menjaga kawasan yang majoriti 99% pengundinya adalah Melayu.

Tapi, atas kepercayaan rakyat, dia menang dan dia ternyata menunaikan janjinya membangunkan Merotai. Bermacam-macam pembangunan telah dijalankan hinggakan anak kecil yang tidak tahu apa-apa mengenal siapa Datuk ini. Almaklumlah, kawasannya pun kawasan luar bandar, penduduknya berpendapatan rendah, rata-rata pengundinya Melayu Bugis yang bekerja di sektor pertanian dan kilang kelapa sawit. Beliau ikut serta dalam aktiviti gotong royong membersihkan kawasan perkuburan Islam, kawasan perumahan, balai raya, isu parking teksi di stesen bas… sumbangan jangan nak kata, di majlis perkahwinan pun dia sumbang ratusan.

Tapi pada pilihanraya umum 2008, kenyataan dia tidak dicalonkan memberi tanda tanya kepada penduduk. Masing-masing mula pasang telinga, kenapa pemimpin yang memberi pembangunan kepada mereka tidak dicalonkan LDP. Siapa pula calon baru yang bakal mewakili mereka. Mampukah Pang Yuk Ming “menjadi” Datuk Liew Yun Fah?

P/s: Cerita Robin Hoodkah ni? hehehe…

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2008, Politik Tags: , ,

Related Posts

Bookmark and Promote!

9 Responses to "Heboh Tawau bila Datuk Liew Yun Fah Tak dicalon Pilihanraya Umum 2008"

  1. keroro says:

    aik.. hampir sama ceritanya. beza nya nmpk pembangunan.. di dungun tak nmpk mana pembangunan utk tahun sblm dikaco pas huhu

    Reply

  2. Maya says:

    Ha kan dah kata, mcm sama… dasar anak 6 punya otaklah katakan… Hahaha

    Reply

  3. romzi says:

    isk isk.. sedih orang2 bugis sana, kesian dia.

    Reply

  4. budihermawan says:

    aku pun terkejut jgk Datuk Liew tidak di calonkan semula.. walaupun aku jauh tapi aku byk dgr cerita yg bagus2 pasal dia ni.. even pakcik wife aku yg berada di merotai pun selalu puji Datuk Liew ni.. hari tu siap masuk berita TV3 pasal jasa Datuk Liew terhadap penduduk Merotai terutama pasal jalan raya tu.. tapi tu lah politik.. susah hendak di jangka..

    Reply

  5. Maya says:

    Paling sadis, bilik gerakan, baju, sepanduk dah siap buat, poster saja belum naik. Now kawasannya dah banyak naik bendera bulan hijau… apa nak buat datuk, bukan rezeki datuk, maybe next election…

    Reply

  6. keroro says:

    agak2 kalah ke nnt kawasan tu?

    Reply

  7. budihermawan says:

    i don’t think so.. BN sungguh kuat di kawasan tu..

    Reply

  8. Saya mewakili mahasiswa menyokong PAS yang bertanding di Merotai, bukan kebendaan sebagai ukuran untuk kita berbangga dengan calon BN, tetapi sejauh mana dia boleh menyeimbangkan antara pembangunan fizikal dan rohani… Kalau pembangunan material dan rohani tidak di bangunkan secara seimbang..tunggu la nanti suatu masa..anak-anak kita jadi porak peranda..lupa Tuhan…hanya mewarisi Islam yang kita ada tanpa penghayatan…AKU TIDAK REDHA DENGAN KERAJAAN BN YANG ADA SEKARANG…

    Reply

  9. hery says:

    owh,, pa2 jak la.. aq pown x paham politik nie.. kui3.. bukan x paham x maw terlibat pown.. tp aq knl tu datuk liew.. suka nyanyi lagu brorry marantika.. hahaha… btol ka datuk??

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.