1

Hari pertama kendalikan Y Blog

SHARING IS CARING… itulah yang aku lakukan sepanjang hari pertama mengandalikan Y Blog Rakan Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan Tawau di Lahad Datu tadi. Dari dulu lagi aku menyedari ayat sharing is caring tapi baru hari ini aku merasai nikmat pengertian ayat itu yang sebenarnya. Ini bukan pertama kali aku mengajar orang lain membuat blog tetapi apa yang aku alami di Pusat Rakan Muda Silam, Lahad Datu siang tadi begitu terkesan pada diri ini.

Apa yang menyebabkan aku terkesan?

  1. Kamu pernah berkata-kata di depan 20 pasang mata dengan penuh minat?
  2. PENUH MINAT yang aku maksudkan di sini bukanlah seperti seorang guru di dalam kelas sekolah (aku tau rasanya sebab aku pernah menjadi guru sandaran) tetapi perasaan itu begitu MEMBAHAGIAKAN. Dari sesi perkenalan diawal kursus rata-rata menyatakan mereka tidak tahu berblog tetapi mahu menjadi blogger.

  3. Aku sampaikan apa yang aku alami SEBEBASNYA
  4. Aku dengan tenang dapat mengisahkan kisah aku sebagai BLOGGER, apa yang aku alami sepanjang aku menyiapkan entry PUADEDE.COM ini. Aku selitkan kisah gembira, mereka senyum lalu ketawa jika sudah tidak dapat menahan humorku. Mereka juga berfikir dan bertindak-balas atas beberapa persoalan yang aku ajukan untuk mereka fikirkan.

  5. Menjadi Blogger itu perlu JUJUR dan menjadi DIRI SENDIRI
  6. Rasanya ayat ini beberapa kali aku ulang malah akan aku tekankan bila ada perkara yang menuntut aku memberi penghuraian yang merujuk kepada pengalaman aku. Aku dapat tanam diminda mereka konsep 5W (Who, What Where, When, Why, How) untuk digunakan di setiap tindakan mereka ketikan berblog.

  7. Di hujung perpisahan, tangan aku dikucup tanda DIHARGAI
  8. Bila kenang perasaan ini, aku sebenarnya sebak, bukan kerana ini pertama kali aku dikucup tangan ketika bersalam perpisahan, tetapi ianya punyai maksud yan berbaur dalam diri aku. Aku tidak pernah minta untuk dihargai, aku tidak terfikir untuk berkongsi pengalaman di kalangan remaja yang SUCI fikiran mereka tentang cabaran hidup… benak aku kini berkata;
    Aku berada di sini atas kerana SHARING IS CARING. Ya, aku sayang SEMUA sebagai adik2 aku yang bakal meneruskan perjuangan penulisan mengikut style mereka.

Ini kisah hari pertama, esok aku akan bersama remaja di Semporna pula. Tak tahu apa pula yang aku alami di sini nanti.

Terima Kasih atas perasaan ini.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Blog Tags: , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

One Response to "Hari pertama kendalikan Y Blog"

  1. Sam Mikli says:

    Assalam alaikum

    Tuan Maya

    Konsep 5W1H itu boleh dikira sebagi konsep yang baik itu berblog. Cuma konsep itu kadangkala tidak diadaptasikan semaksimum mungkin oleh bloggers. Jikapun diadaptasi hanya 70 peratus dari 5W1H itu.

    Ya-ya-ya saya setuju dengan: Menjadi blogger itu perlu JUJUR dan menjadi DIRI SENDIRI. Dan lagi bagus jika kita berblog, bukan setakat akal kita yang berbicara. Hati kita juga perlu. Maka JUJUR dan DIRI SENDIRI secara dengan sendirinya teramu dengan sebati.

    Teringat dengan kata-kata Tun Dr. Mahathir tentang segelintir bloggers yang menyebabkan bloggers keseluruhannya mendapat nama buruk. Oleh hal yang demikian, bolggers tanpa mengira genre apa sekalipun perlu kesalingan sesama bloggers mahupun pihak lain, perlunya sharing and caring – kerana sharing is caring.

    Dalam berblogging kita perlu sharing. Tetapi sharing itu perlu 100 peratus. Blog boleh diibarat seperti belati tajam. Digunakan untuk kebaikan dan juga untuk bukan kebaikan. Kebaikan dan keburukan berblog atau blog atau blogging perlu juga di-sharing-kan. Agar supaya memberi manfaat kepada bakal-bakal bloggers kita.

    Oh ya Tuan Maya. Saya ingin mengajukan cadangan kepada http://puadede.com juga Tawau Blogger Unity. Rasanya sudah tiba masanya direktori khas penulis blog Daerah Tawau diwujudkan. Ia bertujuan untuk menjadikan penulis blog Daerah Tawau dikenali diperingkat daerah, negeri, negara, walhal antarabangsa.

    Direktori khas bloggers seTawau ini perlu bersifat mandiri. Maksudnya, genre blog apa sekalipun perlu didirektorikan di dalam direktori khas ini. Ia boleh dijadikan rujukan buat bakal-bakal bloggers.

    Saya berasa terdapat ramai penulis blog Tawau (termasuklah yang berada di luar Daerah Tawau, mahupun di luar Malaysia) yang tidak dikenali mahupun diketahui sama ada oleh masyarakat Tawau oleh blogers-blogers seTawau yang lain.

    Saya berada beribu-ribu batu nautika dari Daerah Tawau. Segala hal dan ehwal yang berlaku di Daerah Tawau, puadede, lisa ali cakap, budaini dan TBU sahaja menjadi rujukan saya.

    Adieu…

    P/S: Sharing is caring, No compromise!

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.