Hari-hari checking…

Kita selalu dengar orang cakap, duduk jauh dari pusat pentabiran mempunyai peluang besar untuk mengelak daripada dikenakan tindakan, namun itu sebenarnya salah. Hari ini, checking ada di mana-mana di daerah Tawau.

Ini bukannya program pembasmian pendatang tanpa izin semata-mata, tapi ianya satu operasi besar-besaran yang tidak bermusim… Pelbagai kesalahan telah berkas dalam pelbagai operasi pihak berkuasa membuktikan orang ramai tidak lagi boleh sewenang-wenangnya melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

TAWAU: Seramai 125 orang dari lapan buah agensi terlibat dalam satu operasi bersepadu jalan raya yang diketuai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diadakan di dua buah lokasi berasingan iaitu di Kilometer 8 Jalan Apas dan Jalan Kuhara pada 17 Ogos baru-baru ini.

Operasi yang disertai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kastam DiRaja Malaysia (KDRM), Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Badan Pencegah Rasuah (BPR), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pndaftaran Negara (JPN), dan JAbatan Imegresen.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ahmad Mustapha Abdul Rashid dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 123 saman dengan pelbagai kesalahan sepanjang operasi itu diadakan.

Manakala PDRM pula mengeluarkan 110 saman, LPKP 22, satu kenderan disita oleh Kastam,manakala 44 ditahan oleh Imegresen dan 4 lagi ditahan oleh AADK. JPN pula tiada kes.

“Operasi sebegini akan diadakan disetiap negeri sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mengikut aktiviti kalender JPJ pada setiap tahun”, katanya dalam sidang akhbar di perkarangan tempat letak kereta di Puspakom, lokasi pemeriksaan operasi malam itu.

Dalam hal berikutnya, beliau menyatakan seramai 682 anggota JPJ dengan pangkat M17 Pembantu Kuasa kini dalam latihan di Akedemi JPJ Melaka akan dikerahkan dalam operasi musim perayaan yang akan diadakan oleh JPJ nanti.

Dalam operasi itu nanti katanya, matlamat pihaknya akan memastikan pengguna kenderaan yang memandu pelbagai jenis agar mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Operasi bersepadu itu yang bermula dari 4 petang hingga lewat malam turut dihadiri oleh Pengarah JPJ Sabah Wan Idrus Wan Sarif, Penolong Pengarah Penguatkuasa JPJ Sabah Abdul Rahman Datuk Zakaria dan ketua-ketua dari lapan-lapan agensi yang terlibat.

Related Posts with Thumbnails

Advertisement

7 Responses to “Hari-hari checking…”

  1. 20/08/2008 at 8:09 PM #

    muehehehe.. betullah c adry cakap hari tu :) . nasib baik dak di buat di jalan tg batu, kalau ndak ada lagi orang lewat turun kerja disebabkan oleh bas dak mau jalan.

    Reply

    Maya reply on August 21st, 2008 10:59 AM:

    Time tulah si taxi penuh… RM3 lagi tu turun… ada juga tamahak RM4

    Reply

  2. 20/08/2008 at 9:38 PM #

    kat tuaran pun ari2 ni maya.jln jadi sesak :(

    Reply

    Maya reply on August 21st, 2008 11:00 AM:

    Adeh sana pun checking kah…
    Rindunya aku Tuaran, ingat dulu2 selalu lepak makan bakso, pigi tamunya cari kirai untuk aki duasin.

    Reply

  3. 21/08/2008 at 1:39 AM #

    Kan aku dah cakap.. memang betul punya… bab aku ada kaki di jpj tu.. hehehe.. kalau ada operasi besar besaran mana mana agensi pun ble tau dari dorang… bab dorang mesti dikasi inform dulu… hehehe

    Reply

    Maya reply on August 21st, 2008 11:03 AM:

    Apa mcm mau bekesan checking… informernya orang dalam. Jaga “periuk” betul bah dorang ni…

    Reply

  4. iskandar
    17/01/2009 at 7:04 PM #

    jalan d tawau teruk mcm yb nya jugak,mau jugak pecah mukanya

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge