Rasanya lebih aman menjelaskan sesuatu yang agak luas ruangnya tanpa sebarang tekanan mendesak dan terdesak. Hanya kerana sekeping gambar ini adalah penjelasanku kepada apa yang baru sahaja berakhir di laman sosial network. Aku menggelarkan conservation itu sebagai sesuatu yang diluar jangkaan, gambar yang aku post itu rupanya memiliki maksud diluas kotak pemikiranku. Bermakna betul rupanya gambar itu, mengalahkan gambar aku dengan X-CM Datuk Yong Teck Lee.
Permulaan.
Pukul 5.30 pagi seperti biasa, selepas melaksanakan rutin harian, aku akan meluangkan masa untuk melihat perkembangan dunia melalui komputer buruk dengan nadi broadband di bilik usangku. Selepas laman web berita, aku beralih ke blog dan last sekali akan ke facebook.
Cikgu Jumadil Haruna yang aku kenali sebagai pemilik blog Gen2Merah ada bertanyakan tentang perbezaan My Tawau dan Tawaurian. Sebelum aku menjawab pertanyaan itu, aku mula berfikir, jawapan yang macam manakah untuk membuatnya surprise kerana kalau Jumadil perasan, aku sebenarnya adalah senior dia masa sekolah. So jalannya, aku mahu tunjuk gambar. Padaku, ianya akan dapat mempersona Jumadil untuk turut berkomuniti di TBU since aku kenal dia dan juga kakaknya, Siti Nuralam Haruna.
So fine bagi aku.. aku publish gambar dan taip caption FB MyTawau dan Tawaurian memang berbeza pada uniformnya dan admin-adminnya. Apa yang aku jangkakan adalah dia akan tahu bahawa orang yang komen di blognya adalah orang yang sama di dalam gambar. Caption demikian sudah pasti membuatnya clear bahawa uniform itu adalah lambang orang TBU dan muka-muka inilah yang pernah ke blognya. Lepas tu aku pun click publish.
Klimaks.
Jam 3 selepas menyelesaikan sedikit kerja, aku online di bilik officeku yang usang, laptop Toshiba model baru sedikit menyuntik semangatku untuk online lagi. Yalah sementara menunggu masa pulangan jam 5… Setelah post “amanah orang” aku mengikuti perkembangan “surprise untuk Jumadil”… Wah rupanya diluar dugaan, keadaan semakin gawat, aku mulanya panik dengan komen yang diluar jangkaan itu.
Tarik nafas, hembus.. cuba berfikir dengan tenang sebelum bertindak untuk menjelaskan motif utama kenapa aku letak gambar itu. Terus menaip dan menaip dan aku seakan tidak mempunyai ruang untuk menjelaskannya kerana saat aku menjelaskan gambar dan caption itu ditujukan kepada Jumadil, maksudku abaikan.
Endingnya
Mungkin kerana cerita baju yang menjadi kisah kereta dan kemudiannya ke programming semakin melalut, aku terasa muak dengan keadaan itu, setelah memohon maaf bagi pihak diri sendiri, aku offline.
Pro-kontra
Fakta gambar.
Diambil dalam satu majlis waktu puasa. Di sana aku temui Farok buat pertama kali dan aku sempat berkata, bukankah baik selalu muncul dalam aktiviti komuniti, dengan selamba dia membalas, dia mahu menjaga “low profile” dan jelas di telingaku dia berkata juga selepas ini dia akan aktif join aktiviti komuniti.
Since gambar itu dicapture dalam kamera aku punya hak ke atasnya tanpa perlu lagi bertanyakan kebenaran sebelum publishnya kerana motifku aku mahu Jumadil tahu aku antara orang uniform hitam oren yang merupakan senior sekolahnya, rakan kakaknya.
Fakta bukan gambar.
Aku ingat, seorang sahabat pernah memberi komen lebih kurang maksudnya apa pun niat kita, baik atau buruk, bila kita lakukan, ianya tidak menghalalkan cara kita.. org lain punya pemikiran sendiri untuk menilai… So benda itulah yang berlaku.
Hanya kerana sekeping gambar, tiada mood mahu minum petang, sampai ke rumah baru aku ingat, aku lupa kunci bilik office. Glup!
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






Octo
Dec 23. 2010
apanya dgn gambar tu? tgk biasa je bkn ada aksi panas ke apa
Reply
Maya reply on December 23rd, 2010 3:43 PM:
ntahlah Octo, tp itulah yg berlaku
Reply
budaini
Dec 24. 2010
susah juga kalo orang2 yg berpikiran sempit nih…. kata sudah dewasa, tapi perangai mengalahkan kanak2 yg baru kenal huruf…
kebenaran pasti berpihak kepada orng yg ikhlas..
Reply