Gua Madai di Kunak

Sekali lagi perjalanan yang tanpa dirancang telah dicapai hari ini dengan meredah perjalanan sejauh 89 km ke Gua Madai, Kunak. Misi kali ini adalah untuk menjejak Gua Madai, satu lokasi terkenal sebagai pengeluar sarang burung terbesar di pantai timur ini. Perjalanan yang bermula 12.10 tengah hari kali ini disertai dua bodyguard tampan, Encik Zul dan Encik Aziz.

...

Setelah check in RM10 sebagai pelawat Gua Madai di pintu masuk. kami dibawa masuk ke dalam gua dengan anggaran masa lawatan keseluruhan selama 2 jam. Maknanya dalam masa 2 jam di dalam gua itulah kami menemui satu pengalaman bernilai terutama sekali apabila dapat bertemu dan berbual sendiri dengan Asmawi Halid, seorang pemungut sarang burung.

Mitos penemuan Gua Madai.
Gua Madai ini merupakan hadiah daripada payau emas kepada seorang pemburu yang memburu hati payau untuk memenuhi kehendak isterinya yang mengidamkannya. Menurut ceritanya, si pemburu ini bukanlah orang kebanyakan tetapi seorang Raja yang mempunyai kerajaan di atas Bukit Sejuk yang istananya diperbuat dari kayu belian. Beliau keluar memburu 7 hari 7 malam lamanya sebelum berjaya menangkap payau emas.

Sebelum menyembelih payau tersebut, tiba-tiba payau emas itu berkata-kata dengan merayu agar dia dilepaskan. Sebagai ganjarannya, payau emas itu akan memberi harta yang tidak akan habis turun temurun. Harta yang dimaksudkan itu adalah sarang burung yang berada di gua sekitar Kunak termasuk Gua Madai dan sehingga ke hari ini telah dinikmati hasilnya berpuluh keturunan.

.

Tinggalan sejarah di Gua Madai.
Menurut Asmawi, di kawasan Gua Madai itu ada beberapa tinggalan sejarah namun yang masih boleh dilihat hari ini adalah kuburan lama. Selain itu, menurutnya, sebelum ini gua itu pernah ditemukan tinggalan sejarah tamadun lama namun kesemua bahan itu telah dipindahkan ke muzium.

Menjejaki Gua Mulu setelah menaiki tangga dengan melalui perkampungan suku Idahan mengingatkan aku pada pengalaman terakhir aku ke Bukit Tengkorak, Semporna.  Sebelum memulakan perjalanan memasuki gua itu, aku sempat bertanya jarak perjalanan menyusuri Gua Madai.  Seorang penunjuk jalan memberitahu ianya tidak jauh namun masa yang diperlukan bergantung pada tujuan kunjungan kami.

Aku mencapai kamera dan perjalanan dimulakan.  Di dalam Gua Madai ini, ada kemudahan laluan seperti jambatan dan kasut yang digunakan akan sesekali memijak najis kelawar.  Baunya agak hamis dan sebab itu aku smoking ketika memasuki Gua Madai itu.  Di dalam gua ini terdapat beberapa pondok untuk pemungut sarang burung berehat dan ada juga yang telah robohkan dan ditinggalkan.  Di satu sudut gua itu, anda boleh melihat lubang pada dindingnya yang menjadi ruang untuk burung dan kelawar keluar masuk.  Kejadian ini mengingatkan aku pada Deer Cave di Mulu Cave Park yang mempunyai Garden of Eden, bezanya keluasan ruangannya dan tumbuh-tumbuhannya sahaja.

Gua Madai juga mempunyai laluan perjalanan lantai yang berbatu dan ianya agak licin. Torch light diperlukan untuk memudahkan perjalanan anda selain memudahkan anda melihat kejadian stalagmite (bawah) stalactite (atas) batu-batuan di Gua Madai ini. Dan jangan pula anda terkejut bila anda melihat ada lipas dan ular di dalam Gua Madai ini.

...

...

Kisah pemungut sarang burung Gua Madai.
Asmawi bukan seperti remaja yang lain yang menghabiskan masanya keluar lepak dan bersantai kerana sebagai anak kepada pewaris lot tuaian sarang burung, tugasnya untuk berada di dalam gua itu. Dia seorang yang peramah untuk bercerita tentang Gua Madai kerana baginya, gua itu adalah satu khazanah berharga yang perlu semua orang ketahui nilai keistimewaannya.

Menurutnya, musim papas (sepanjang April) dan musim penango (sepanjang bulan 8 ) adalah hari yang paling penting baginya kerana tanggungjawabnya bukan skadar berada di dalam gua tetapi memastikan kawasan lot yang diamanahkan keluarganya tidak diceroboh. Baginya keselamatan perlu diutamakan ketika memungut hasil sarang burung dan kelengkapan moden yang ada di pasaran boleh membantu keselamatan. Pengalaman menyaksikan orang yang dikenalinya jatuh lalu mati di dalam gua itu menjadikannya seorang yang lebih teliti dalam bekerja.

...

Sarang burung di Gua Madai, Kunak.
Gred terbaik sarang burung datangnya dari dalam Gua Madai dengan harga di pasaran bernilai RM1,500 hingga RM2,000. Dalam setahun, dianggarkan Gua Madai mengeluarkan digit tan dengan purata 100kg bagi setiap lot. Antara lot sarang burung yang ada di dalam Gua Madai itu adalah Pangiran Tahunan dengan anggaran sekali tuai bernilai RM200,000.

Khasiat sarang burung.

  1. Sarang burung telah disyorkan penggunaannya bagi menguatkan badan bagi melawan penyakit yang berkait dengan darah yang lemah atau badan yang panas, sejuk, selsema, batuk, asma dan lain lagi.
  2. Penggunaan sarang burung juga disyorkan bagi melawan beberapa penyakit yang lain lagi seperti kanser dan untuk mengembalikan kesihatan daripada selepas sakit, atau pembedahan.
  3. Pengambilan sarang burung layang-layang yang kerap boleh memberikan seseorang itu kekuatan fizikal dan mental serta mengekalkan awet muda.
  4. Tonik daripada sarang burung ini juga digunakan bagi mengembalikan ketegangan kulit dan melambatkan proses penuaan.
Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

11 Responses to “Gua Madai di Kunak”

  1. Gen2Merah

    Feb 23. 2011

    wahhh, saya belum pernah masuk lagi ke dalam gua Madai.. thanx for the info.. Tawau Bole

    Reply

    Maya reply on February 23rd, 2011 12:39 PM:

    ada masa, pegilah… musim memungut sarang burung paling sesuai utk lawatan.

    Reply

  2. budaini

    Feb 23. 2011

    sis buat album d tawaurian ini gambar gua madai.

    Reply

    Maya reply on February 23rd, 2011 12:41 PM:

    bulibah

    Reply

  3. samson

    Feb 23. 2011

    saya pernah masuk ke gua madai pada tahun 1995, pada masa itu dia masih agak belum terkenal seperti hari ini, tahniah kerana dengan adanya publisiti seperti ini,diharap gua madai akan jadi terkenal seperti gua nia dan mulu di sarawak.masih bayak perkara yang harus dilakukan untuk mencapai hasrat tersebut.

    Reply

  4. aina

    Mar 18. 2011

    tawau mare . . .

    Reply

  5. liau

    Jun 01. 2011

    sis sy berminat dgn sarang burung gua madai..
    saya nak info untuk penternak..tq..

    liau:0173300176
    selyeo@yahoo.com

    Reply

  6. fizan

    Jun 05. 2011

    salam sejahtera dan salam 1 malaysia..kepada yang ingin membeli sarang brung dari gua madai sabah saya ada menjualnya..saya jua salah seorang pewaris keturunan disana..kepada sesapa yang berminat sila hubungi saya di talian 0138029965 fizan..

    Reply

  7. Nicholas

    Jun 20. 2011

    saya Nicholas, ada menjual sarang burung gua sesiapa berminat boleh hubungi saya di talian 0194845656 atau email saya di nicholasmeling@gmail.com

    Reply

  8. ulun kerok

    Sep 25. 2011

    aku pio monai. .:twisted:

    Reply

  9. Ejaa

    Nov 29. 2011

    Salam,

    Terima kasih untuk info yang sangat berguna ni!! Saya dan keluarga juga melawat Gua Madai tanpa dirancang. Perjalanan dari Tawau ke Sandakan tidak akan dilupakan…kadang tanpa dirancang tu best juga :)

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge