Puadede.Com

  • Home
  • Bahasa Tawau
  • Cronies
  • Email Me
  • Lagu Negeri
  • MP3

Giant Tawau

Posted on the October 26th, 2008 under Event by Maya

Satu malam aku nonton TV dan aku takkan lupa dialog pelawak itu… Katanya lebih kurang begini:

Kenapa Doremon tidak mahu datang Malaysia?
Sebab di Malaysia ada GIANT…!

Tawau pun adabah sudah….

Sedikit latar belakang Giant, ia adalah sebuah pasaraya yang telah bertapak di malaysia lebih daripada 60 tahun , dan ia adalah salah satu pasaraya yang dimiliki oleh rakyat malaysia yang kini mempunyai banyak cawangan di seluruh malaysia. Asas penubuhan giant bermula daripada kedai kecil-kecilan milik Teng family yang pada awalnya bertapak di Kuala Lumpur dalam tahun 1944, dan sehingga kini Giant telah membangun dengan pesatnya dan diperkirakan mempunyai tenaga kerja sebanyak 16,000 orang di seluruh negara.

Hari pembukaan Giant orang ramai berpusu-pusu diluar pasaraya.

Giant ditawau, telah dibuka secara rasminya pada hari khamis iaitu 23, Oktober 2008 yang lalu, lokasinya berada diĀ  Jalan Chong Thien Vun off jalan apas. Walaupun acara pembukaannya 3 hari yang lalu namun sehingga kehari ini warga tawau masih dilanda demam giant, yang paling ketara adalah pusat bandar jadi lengang disebabkan penangan giant di tawau.

Bagi aku langkah giant membuka cawangan jauh dari pusat bandar adalah satu strategik yang sangat baik, kerana selain daripada masalah kawasan tempat letak kereta dibandar yang sangat terhad, secara langsung juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan pusat bandar.

Kelihatan Jimmy Wong sedang memperkatakan sesuatu kepada Presiden MPT Salsidu dan diperhatikan oleh Tonny (kanan)

Jenama gedung Giant ditubuhkan oleh keluarga Teng sebagai sebuah kedai runcit kecil dalam salah satu kawasan pinggir bandar di Kuala Lumpur pada tahun 1944. Misinya ialah untuk menawarkan pelbagai produk pada harga yang serendah mampu. Oleh sebab reputasinya bertumbuh, begitu juga dengan perniagaannya.

Dairy Farm yang membeli Giant pada tahun 1999, mengakui bahawa kunci kejayaan Giant sekian lama merupakan kebolehannya untuk tidak putus-putus menawarkan produk yang nilainya setimpal dengan harga. Dairy Farm mengekalkan prinsip teras ini sungguhpun ketika mengubah wajah Giant menjadi jenama kebangsaan dan antarabangsa.

Setelah usaha enam tahun yang merangkumi rekabentuk baru gedung-gedungnya, pengenalan produk bukan makanan dalam pasar hiper Giant, pelaksanaan piawaian runcit antarabangsa yang merangkumi keselamatan, kebersihan, latihan berstruktur, dan persekitaran beli-belah yang bertenaga serta juga fungsi pembelian berpusat dan peningkatan mutu operasi, Dairy Farm telah menjadikan Giant sebagai peneraju yang tidak tercabar dalam sektor peruncitan Malaysia.

Pada tahun 1999, gedung Giant Hypermarket pertama dibuka di Shah Alam, Selangor. Menjelang tahun 2006, syarikat ini telah mengembang menjadi sejumlah 73 pasar hiper/raya di Malaysia dengan saiz cawangan dari pasar hiper 350,000 kaki persegi di Shah Alam hingga pasar raya 11,000 kaki persegi di Bangsar, Kuala Lumpur. Rangkaian ini juga meliputi tujuh gedung di Singapura dan 15 pasar hiper di Indonesia. Pasar hiper Giant menawarkan selingkungan luas barangan tempatan, seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan hasil laut yang segar dalam persekitaran pasar basah.

Dipetik dari Romzi.Com & ms.wikipedia.org

12 Responses to 'Giant Tawau'

Subscribe to comments with RSS
  1. 28/10/2008 at 11:46 PM
    Aj

    best lahhh.. ada sudah giant sana.. hehehe.. aku dah kawenn yahhhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

    [Reply]

  2. 29/10/2008 at 5:24 PM
    Maya

    Tahniah…. semoga berkekalan ke akhir hayat.

    [Reply]

  3. 31/10/2008 at 5:10 PM
    mcmxcgabs

    cheh!! aku jak luwm p giant!!! huh?!!!

    [Reply]

    Maya reply on October 31st, 2008 5:26 PM:

    smlm ada makcik cina mengamuk di sana kaunter malam2.. dia beli baju dgn tanda harga murah, skali di scan di kaunter, harganya lain… punya bising dia, sampai mau mengadu sama newspaper

    [Reply]

    mefranz reply on October 31st, 2008 11:20 PM:

    Ini giant banyak menyusahkan kami penghuni penduduk taman megah jaya tawau. selalu saja kesesakan. sudahlah sesak…kasi kotor pun ada.. giant memang pengotor baa

    [Reply]

    abcnian reply on November 1st, 2008 1:01 AM:

    giant & peel org tawau

    aku dengar tawau sudah ada giant di taman megah jaya.. bagusla ada gak pembaharuan di tawau tu.. kalo harap mo pi bandar untuk belanja selalu menyusahkan sebab jalan sudalah kecik macam lubang hidung kereta pulak melimpah ruah ramainya!!

    satu jak yang aku harap giant bole bertahan lama.. pasal kotor tu rasanya kenala komplen pegi mpt atau pun ssb sebab dorg punya kerja yang kutip sampah.. selain tu kesedaran sivik warga tawau pun mesti gak di upgrade.. buang sampah dlam tong sampah bukan merata2 & ikut sedap rasa jak mo buang sampah dimana2!! buruk betul perangai org di tawau!!

    ini bukan kutukan atau apa hanya pandangan yang membena sebab saya pun orang tawau jugak.. cumanya balik tawau sekali sekala jak..

    apa pun saya ndak sabar mo balik tawau cuti ni.. harap next time ada baskin robin, mcD, burger king, secret recipe, etc etc.. kan best.. :)

  4. 01/11/2008 at 11:02 AM
    Maya

    mefranz: ambilbah gambar sampah2 yang menyusahkan mata dan hidung tu…papar di webmu. Pastu buat aduan pada yang berkenaan dan jangan lupa highlight link isu sampah tu . Gerenti dorang kecut punyaaaa…

    mefranz: ada bah sudah secret recipe… aku pun kempunan semua makanan francais ni, cuma mereka belum yakin dengan ekonomi org Tawau. Yalah, gaji rata2 di sini baru berapa, takkan mo makan mahal2. Sedangkan sanggar RM1 pun ditawar2 lagi,inikan pula…

    Hehehe…thx visiting me.

    [Reply]

  5. 03/11/2008 at 9:36 AM
    ladyLC

    Adui…begitu lah pulak cerita di Tawau pasal Giant ni. Hehe…aku tabik spring kat orang2 Tawau, sebab perihal sampah-menyampah nie dorang campion. Bila nak berubah, ntah ler!(sori tercakap pulak! huhu!)

    Apapun, masa aku talipon beliau ku semalam, dorang bagitaw sudah maw tujuh, lapan kali pigi Giant. Pergh…sandi betul jugak!

    Mai (gelaran untuk Maya), ko kasi banyak lagi bah info pasal Tawau ni. Supaya kalau aku balik sana, nda ke’baru’san (kebaruan)aku. And Mai, thanks for visiting my baby blog & leaving a message for me. Muahh…

    [Reply]

    Maya reply on November 3rd, 2008 10:07 AM:

    Insyaallah pok (panggilan utk LadyLC)… akan aku usahakan usulmu.

    [Reply]

  6. 20/11/2008 at 4:17 AM
    ikan

    wrong of caption pic..name of vip is WRONG..so be carefull when your posting..

    [Reply]

    Maya reply on November 20th, 2008 10:15 AM:

    erk… yg mana? Perbetulkan saya kalau saya yang silap…

    [Reply]

  7. 17/12/2008 at 12:43 PM
    the great kuharian

    hai apalah org tawau ni…kebaruan betul..bikin malu saja bah..mcm inda pernah tgk giant sampai berkerumun mau masuk giant..

    neway,hg brg giant di sabah sebenarnya lebih mhl berbandng local superstore di sabah

    [Reply]

Leave a Reply

Click here to cancel reply.



XHTML::
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


Click to cancel reply

Shout Box

Wowzio
grab this · lifestyle blog

Entry Terkini

  • Kisah Tali Pinggang Belakang
  • Pemangku Ketua Polis Tawau Parah Ditikam
  • Hot Di Tawau sepanjang 2008 (Part 3)
  • Hot Di Tawau sepanjang 2008 (Part 2)
  • Hot di Tawau sepanjang 2008 part 1
  • 107 Hari Kapal Terkandas di Tawau
  • Kisah aku dalam gambar…
  • Puadede.Com kini pakai wordpress 2.7
  • Al-Fatihah untuk Kak Suarti
  • Cuti & Rehat

Komen Terkini

  • Adry on Kisah Tali Pinggang Belakang
  • sankai on Kisah Tali Pinggang Belakang
  • ucupKun on Kisah Tali Pinggang Belakang
  • The Writer on Pemangku Ketua Polis Tawau Parah Ditikam
  • cikEyda on Hot Di Tawau sepanjang 2008 (Part 3)
  • angriani on Kisah Tali Pinggang Belakang
  • Maya on Pemangku Ketua Polis Tawau Parah Ditikam
  • The Writer on Pemangku Ketua Polis Tawau Parah Ditikam
  • anonymous on Pemangku Ketua Polis Tawau Parah Ditikam
  • kanjo on Pemangku Ketua Polis Tawau Parah Ditikam

RSS Berita Harian

  • Penambahbaikan diteruskan
  • KL serah nota bantahan kecam serangan di Gaza
  • KDN siasat dakwaan Thailand
  • BN tak gentar ramai calon

RSS Metro

  • Azimat kaki kebas

RSS Arena Metro

  • Utamakan imej negara
  • Sambar peluang
  • Gerrard kembali berlatih
www.website-hit-counters.com
free hit counter


Powered by  MyPagerank.Net

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net

Rakan

  • A.J Azahar
  • Akusape Din
  • Album Kasih Photographer
  • amanz
  • Arman
  • Borneo Bloggers
  • Keroro
  • Kg Brantian Baru
  • Madie
  • Mas Mohd Yunus
  • Menteil
  • Metz
  • Persis Mutiara
  • Reben Merah
  • Saiful Nang
  • Shafik
  • Shueqry
  • WSPang Photography

Special Link

  • Floating Semporna
  • Jebat
  • Joomla Malaysia
  • MasterScript OtaiFM
  • PDRM Tawau
  • SK Titingan
  • SM Teknik Tawau
  • Tawau FM

Special TBU

  • Adry Sabry
  • Angriani World
  • Anne
  • Budihermawan
  • CSankai
  • Don
  • Eyda
  • friendly81
  • Junaidi
  • Lawa
  • Like a rose
  • Nonoi
  • Romzi
  • Sabrina
  • TAWAU BLOGGERS
  • Wilson
  • Wunabarakati

Tawau Alternatif Media

  • PBS Sri Tanjong
  • Pemuda PAS Tawau
  • YB Jimmy Wong
  • YB Pang Yuk Ming

Puadede.Com Online Sejak Jan 2008 | Proud To Be Tawau Bloggers Unity| Powered by WordPress.