Gerai Roti John Boboiboy Bazar Ramadan Taman Semarak

ENAM hari puasa Ramadan telah aku tempuhi dan selama enam hari jugalah aku berjualan di Bazar Ramadan Taman Semarak. Alhamdulillah, walaupun keletihan aku bersyukur dengan rezeki yang ada, setiap hari menu utama roti john habis dijual, demikian juga dengan kuih-muih buatan mak aku.

Rakan-rakan online jadi pengunjung setia.

Aku juga bersyukur kerana rakan-rakan yang mulanya aku kenali di laman sosial dan juga blog turut menjadi pelanggan tetapku setiap hari. Ada yang datang dengan kisah terbaru mereka dan tidak kurang pula datang bersama anak-anak untuk mengenali dan meminta resepi terbaru kuih-muih Bugis. Sasaran untuk memperkenalkan kuih-muih Bugis dapat aku laksanakan, satu tanggungjawab dari dapur mak aku ke pasaran luar, khususnya untuk memastikan orang di sekeliling aku mengenali warisan tradisi ini.

 

Roti John Boboiboy jadi umpan didik berpuasa.

Tidak kurang juga, strategi pasaran lain turut aku praktikkan, makanan roti john yang sememangnya popular di sini.  Meskipun roti john itu berasal dari Singapura, namun dengan beberapa pengubah-suaian rasanya, resepi baru roti john dapat diketengahkan, bersesuaian dengan citarasa orang Tawau.  Sengaja aku memilih nama boboiboy yang bagiku amat sinonim dan mudah diingat apatah lagi di kalangan kanak-kanak.

Antara dialog petang tadi yang dikongsikan oleh seorang bapa begitu mencuit hati aku. Kisahnya tentang mendidik anak-anaknya berpuasa.

“Kalau puasa full hari ini, bapa belikan roti john boboiboy”

Ada juga kisah yang dikongsikan sebegini:

“Anak ku suka roti john, tapi roti john kamu ini menjadi syaratnya sebelum berbuka… roti john boboiboyyyy… terbaik”

Bukan omongan kosong, tapi itulah antara luahan ibu atau bapa yang datang untuk berkongsi kisah dengan aku di gerai.

Amalan Bersedekah.

Sejak berniaga di bazar ramadan ni, sememangnya menjadi amalan untuk kami adik beradik yang mengusahakan gerai ini untuk selalu bersedekah.  Mak pun pesan, semakin banyak kamu bersedekah, semakin baguslah rezeki kamu.  Tidak hanya kepada pelanggan tetapi dengan gerai-gerai jiran.  Percaya atau tidak, setiap hari ada saja makanan sungkaian kami tanpa perlu banyak mengeluarkan duit untuk membeli juadah berbuka kegemaran kami.

Dikunjungi YB.

Satu kejutan, teknik promosi online aku mendapat perhatian Adun Tanjung Batu, Tawau, Datuk Hamisa Samad yang datang ke gerai untuk melihat sendiri juadah jualan di gerai.  Semasa kunjungannya, kuih-muih buatan mak sudah habis diborong dan hanya roti john dan air teh bunga yang tinggal.  Dibelinya dan komen positif aku terima selepas itu.

Masuk paper lah pulak.

Rakan wartawan Utusan Borneo sememangnya antara rakan yang paling memahami apa yang tersurat dan tersirat sebelum menulis tentang assignmentnya. Dia menjelaskan apa yang aku lakukan dan yang menariknya, ianya satu promosi serampang banyak mata. Terima kasih Amir Anuar… terbaik pok!

klik untuk baca.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

2 Responses to “Gerai Roti John Boboiboy Bazar Ramadan Taman Semarak”

  1. anjang koe

    Jul 27. 2012

    alhamdulillah..Abg gembira sangat dngn usaha adik2..semoga Allah menambahkan rezekinya berkat kebijaksanaan dik Maya..cayooo la..

    Reply

  2. Mus

    Jul 31. 2012

    tahniah atas pencapaian tersebut..

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge