Ibu-ibu yang sedang tidur, marilah bangun terus ke dapur,
masaklah nasi dan juga sayur, utk dimakan di waktu sahur,
sahur…sahur….sahur…
Itulah laungan jeritann sekumpulan remaja yang sering mengejutkanku dari lena di setiap subuh Ramadhan, seawal 2 pagi. Baru sekejap tadi, ketika mengerjakan rutinku untuk berFB di awal pagi Ramadhan ini, aku temui satu huraian terbaik untuk geng kejut sahur ini di FB Mytawau yang memberi perumpamaan geng kejut sahur ini sebagai kejutan yang tidak diundang… tetapi diperlukan.
Sememangnya geng kejut sahur ini amat menjengkelkan kepada sesiapa sahaja apatah lagi kepada mereka yang sedang enak dibuai mimpi indah. Bunyi ketukan tin2 kosong, baldi, botol2 kosong, kompang disertai dengan sorakan yang kuat yang menyanyikan lagu2 samada dalam lirik di atas ataupun versi2 lain adalah kerja geng kejut sahur ini.
Yang baiknya, geng sahur ini pastinya dapat mengejutkan sesiapa sahaja yang mahu bersahur untuk mengamalkan puasa Ramadhan. Selain itu, ianya dapat memeriahkan suasana kampung untuk sama2 dalam keadaan terjaga untuk bersahur… yang adakalanya pasti ada amalan sharing2 for caring2 lauk2 atau dengan kata lain bertukar2 hidangan juadah bersahur.
Aku rasa bukan aku seorang sahaja yang akan berFB lewat2 subuh sebelum bersahur, malah ramai lagi… dan di masa yang terluang itulah aku berkongsi idea mengenai geng kejut sahur di kampung2 mereka.
Apa yang aku temui?
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments








Aj
Aug 19. 2010
Sini maya mana lah ada kesian.. di ice box dulu ada aku buat sama budak2 kampung sana….dulu pernah aku sama adik ku buat di Kota Marudu.. ndak dapat sambutan.. dituduh plak kami budak isap batu..hahahahahaha.. rindu plak aku kasi bangun sahur tu…
Aj recently posted..Some View
Reply
Aj
Aug 20. 2010
maya leh aku tumpang domain ko?? hehe
Aj recently posted..A Point Of View From Great Granddaughter of Tunku Abdul Rahman
Reply