Gelombang Merah UMNO 66 Tahun

Aku tertarik dengan perhimpunan Ulang Tahun UMNO Ke-66 yang diadakan di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi. Hebahan media massa mahupun media sosial begitu meluas dan ianya bukti itulah perhimpunan aman yang benar-benar bersih. Tapi seperti biasalah, sudah musimnya, ianya pasti diisukan oleh pihak pembangkang, yang seakan terkesan dengan perhimpunan hampir 100 ribu orang… itu yang dikhabarkan Bernama.

Angka itu aku tidak mahu pertikaikan kerana dalam gambar (yang tidak diedit) ianya jelas jumlah yang hadir begitu ramai. Dalam aku menghebahkan maklumat perhimpunan itu di facebook, maka muncullah suara tidak puas hati, tulisan yang bernada dangkal dengan perhimpunan itu.

Ini yang aku maksudkan:

Mulanya aku post ini.


Di sini dia sudah memulakannya


Dia persoalkan kenapa 66 tahun.


Dia pertikaikan perhimpunan itu hanya untuk dengar PM menggutuk

Hebat mainan pemikir politik pembangkang ini ….

Sambutan Ulang tahun ke66 UMNO malam ini distadium Bukit Jalil sangat meriah.  Siapa kata sokongan UMNO sudah menurun ? – PM

Berita penuh

Gelombang Merah landa Stadium Nasional
KUALA LUMPUR: Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini hari ini dilanda “gelombang merah” apabila lebih 100,000 ahli UMNO berpakaian merah berhimpun bagi sambutan ulang tahun ke-66 UMNO yang menjadi perhimpunan terbesar parti itu sejak penubuhannya pada 1946.

Sejak tengah hari, “gelombang merah” sudah dilihat dari luar stadium menuju ke gelanggang sambutan bagi sama-sama menyertai pemimpin tertinggi parti yang sudah lama memperjuangkan nasib rakyat.
Kira-kira 2,800 buah bas dari seluruh pelosok negara yang membawa ahli UMNO mula tiba sejak pagi ini untuk mendengar sendiri amanat Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.
Acara besar-besaran yang julung kali diadakan itu turut diserikan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang tiba di stadium itu diarak masuk dengan menaiki “buggy” sambil diiringi Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Turut sama menyaksikan detik bersejarah perhimpunan gergasi UMNO malam ini adalah pemimpin parti politik luar negara termasuk dari China, Singapura dan Sri Lanka.

Acara sambutan ulang tahun itu yang bertemakan “Pembela Rakyat” dimulakan dengan larian bendera UMNO, “Sang Saka Bangsa” sejak 1 Mei lalu yang diarak dari utara dan selatan Semenanjung serta Sabah.
Bendera itu yang tiba di Ibu Pejabat UMNO Selangor kelmarin, disimpan sehari sebelum diserahkan kepada UMNO Wilayah Persekutuan pada hari ini untuk diarak ke destinasi terakhir larian di Stadium Nasional.

Selangor dipilih sebagai pusat berakhirnya larian bendera dari empat penjuru iaitu Perlis, Sabah, Kelantan dan Johor kerana negeri tersebut kini tapak kebangkitan semula UMNO dan BN di seluruh negara.

Kira-kira 500,000 ahli UMNO seluruh negara mengambil bahagian dalam larian bendera itu.

Bendera itu diserahkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang diiringi Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kepada Najib.

Stadium Nasional Bukit Jalil seterusnya bergema dengan nyanyian lagu UMNO, “Bersatu Bersetia Berkhidmat” serentak dengan upacara menaikkan bendera parti, “Sang Saka Bangsa”.

Malam ini juga menyaksikan Najib mengumumkan anugerah Tokoh Melayu Terbilang kepada Pro Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub, bagi kategori lelaki dan ahli akademik, penulis terkenal dan bekas wartawan, Khalidah Adibah Amin, bagi kategori wanita.

Acara malam ini diakhiri dengan upacara memotong pulut kuning dan persembahan bunga api.

Semalam, satu majlis tahlil dan bacaan Yasin serta doa kesyukuran diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra yang dihadiri Najib serta ahli UMNo lain.

Sambutan ulang tahun ke-66 UMNO akan diteruskan hingga Ahad ini di sini dengan pelbagai acara menarik termasuk karnival kerjaya, sambutan Hari Ibu, seminar motivasi, futsal, paintball, konsert dan pameran robotik. – BERNAMA

Najib kemuka 7 prinsip untuk penilaian rakyat
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengemukakan tujuh prinsip sebagai panduan kepada rakyat untuk membuat penilaian dan pertimbangan menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, tujuh prinsip itu dikemukakan berdasarkan tempoh hampir tujuh dekad UMNO berjasa kepada negara.

“Saya nak papar tujuh prinsip yang boleh bantu kita buat penilaian dan pertimbangan. Pertama, antara Barisan Nasional (BN)dan pembangkang mana satu kepimpinan yang dipercayai dan janji ditepati? Siapa yang buat segalanya? Barisan Nasional!”
“Selain itu, 22 janji yang pembangkang beri… sebahagian besar tak ditunaikan di Selangor. Siapa yang gagal uruskan soal air? Banyak lagi mereka gagal.

“Yang kedua, kita mesti tentukan esok lebih baik daripada hari ini. Antara BN dan pembangkang siapa yang boleh jamin rakyat Malaysia esok lebih baik dari hari ini,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-66 UMNO di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, malam ini.

Persoalan Najib itu seterusnya disambut dengan sorakan hangat kira-kira 100,000 ahli UMNO yang hadir untuk menyaksikan perhimpunan penuh bersejarah parti yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu itu. – BERNAMA

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

One Response to “Gelombang Merah UMNO 66 Tahun”

  1. M Rusdi

    May 13. 2012

    Principle adalah semua perkara dilakukan baik dan cantik

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge