Tawau havoc lagi dengan pakatan parti pembangkang yang menyemarakkan kemarahan dan sungutan orang ramai berkaitan kenaikan harga minyak dengan berhimpun di beberapa lokasi di sini. Tidak cukup dengan mengedarkan risalah yang memuatkan perbandingan harga-harga minyak di seluruh dunia, pungutan tandatangan untuk protes juga dilakukan.
Pagi tadi, di Pasar Tamu Takada dan sekitar Stesen Bas sepanduk Tarik Balik Harga Minyak menarik perhatian orang ramai dan apa lagi makcik2, pakcik2 begitu excited menurunkan tandatangan. Spedol yang disediakan pun bukan main banyaknya, dan tandatangan yang dibuat bukan main lagi besarnya, betul-betul dengan perasaan marah. Kata mereka, tandatangan itu akan dibawa ke KL.
Yang membanggakan aku, perhimpunan itu berjalan dengan baik tanpa sebarang rusuhan macam dalam TV. Huhu…
Apa yang boleh aku katakan di sini, sebagai pengguna, sememangnya kenaikan harga minyak 40% ini memberi impak kepada perbelanjaan harian, namun apakan daya, ianya bukan melibatkan budget perbelanjaan kita sendiri yang boleh diadjust senang2. Ini hal negara, yang mengalami tekanan kenaikan harga global sedunia ke atas barang perlu rakyat.
Berkuatkuasa tengah malam Rabu lepas, harga petrol dan diesel dinaikkan, masing-masing sebanyak 78 sen dan RM1 seliter sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula subsidi bahan api itu, menjadikan harga petrol di pam ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.
Perdana Menteri berkata situasi ini merupakan cabaran utama negara pada hari ini dan kerajaan sesungguhnya amat prihatin terhadap perasaan dan taraf hidup rakyat.
“Atas sebab itulah, kerajaan telah bertahan sebanyak dan selama yang mungkin, untuk melindungi rakyat daripada kenaikan harga, namun, harga komoditi dunia itu telah melonjak naik dengan terlalu tinggi dalam masa yang amat singkat,” katanya.
Abdullah berkata pada bulan Januari 2007, harga minyak mentah dunia hanyalah sekitar US$50 setong.
Kini, 18 bulan kemudian, harga minyak mentah sudah meningkat lebih 150 peratus ke hampir US$130 setong dan pakar-pakar dunia menjangkakan bahawa harga minyak mentah dunia mungkin terus meningkat ke paras US$200 setong.
Comments
Powered by Facebook Comments









kalau takde aktiviti aktiviti mcm ni.. tak merasa mcm hidup.
Reply
aaaaahhhhh….cabaran konon…..dorang senang la ckp….nak bandingkan malaysia ngan negara yg takda minyak….bodo la…..malaysia supply minyak la…..apa plak ada masalah ngan harga minyak dunia naik…..tipu jak lebih….dah kaya pun masih tamak lagi ka…..
Reply
wei…..petronas punya minyak gred A la klu kamu mau tau…..tapi dorang pg eksport ke luar negara….pastu import blk yg gred C punya minyak bg rakyat guna…..tak payah la percaya dorang punya ckp….korang smua d permain2kan jak….
Reply
Saya rasa, silap kita juga sebagai ahli masyarakat. Di Tawau ini sendiri masih wujud aktiviti seludup minyak subsidi, beras subsidi, gula subsidi, tepung subsidi… buat negara kucar-kacir. Sedangkan kita berdiam diri dengan aktiviti begitu, bila dah tenat macam sekarang semua tunjuk kerajaan, protes kerajaan, diri sendiri tak cermin! Orang kerajaan pun tutup mata, goyang kaki tidak bertindak kerana tiada aduan, no complain no action!
Reply
ironinya, sst nikmt, kmewhan, ksngan yg kt kecapi x akn kt alami buat selamanya dn sblknya, jgn mgeluh pd musibh ini, ingtlh ada insn lain yg lg mhdpi ‘kpyhan’ idup dr apa yg kt alami ini, ssghnya rezeki itu dtg dr Allah.
Reply
salam Isnin…tadi ada kwan bgtau yg di pasar sin onn dorang mnta t/tgn…sometimes benda² mcm nie memang bikin sakit ati betul…nda lama lg semua brg pun naik harga…pastu inflasi lg meningkat…yg miskin bertambah miskun…yg kaya bertambah kaya! kita jd KAYAP…hohohohoho
Reply
mana shoutbox maya? pusing² sampai pening nda jumpa nie
Reply
Kalau aku tinggalkan blog ni seharian tak cek, susah hatiku, sebab macam2 boleh jadi, macam2 pendapat ada. Inilah yang aku anggap fun bila berblog ni.
Riani: ada sdh atu kotak jaritnya… suka kurapa sagera kah dayang satu orang ani. (betulkah cakapku ni, hehehe…)
Reply
siapa yg buat kucar kacir……pak lah kamu tu yg buat kucar kacir…..org bangang & yg takda knowladge jak yg termakan kata2 dorang tu…..apa yg media ckp smua mau ambil100% tanpa soal selidik….mcm mana mau maju…..
Reply
Sebelum pilihanraya hari tu dorang cakap tahun ini tidak naik minyak bila sudah menang, lupa sudah janji dorang. sekarang ni di mana2 media kerajaan sibuk cakap pasal harga minyak dunia naik, supaya rakyat yang kurang tahu terperdaya.
Bagus lagi indon Murah minyaknya dari malaysia. isk2 isk2 sedangkan dorang lagi ramai penduduk dari malaysia.
Reply
meh kita duk brunei… 10 tahun tak pernah naik minyak… sebab apa…??? sebab brunei di pegang oleh sultan bukannya menteri2 yg bangang…. (isk… apa yang aku merepek nih…)
Reply
arga minyak naik tapi gaji nda pernah naik..macam mana??
Reply
macam mana gaji mo naik kalo asyik ilang dari tempat keje jer…
Reply
sekarang jadi masalah beras lagi pulak. melambung betul harganya. kalau beras yang RM 21 terus jadi RM 33 isk. isk.. bukankan beras itu barangan terkawal. buduh betul.
Kelmarin jiran saya pergi keliling bandar cari beras, yang ada Beras Gred A saja. tupun 5KG sudah RM 36, kesian betul orang2 yang berpendapatan rendah. dak lama dak makan nasi.
Reply
kita punya PM sdah gila……so cpt2 gulingkan dia…..nasib baik la dia duduk malaysia….klu dia duduk kat europe…dah lama dah dia mati katak kena sniper….
Reply
mmg lah… semua barang naik harga…
ini dinamakan chain reaction… sbb semua benda pakai minyak walaupun brg tersebut bukan berasaskan minyak…
pak lah kena turun sbb bagi aku dia adalah perosak umno… he tarnished umno image so badly… he is the bad boy of umno…
masih ingat kata2nya… “jgn kerja utk saya… tapi mari kerja bersama2 saya…”
a magic word that turn to a curse…
Reply
paklah petualang negara….
Reply