1

Filem biografi Search Meniti Titian

Kenapa susah sangat nak cari pelakon Filem Search Meniti Titian? Bukankah negara kita ini memiliki ramai pelakon yang berbakat besar? Rocker-rocker di Malaysia ni pun apa kurangnya, terlalu ramai yang menjadikan Search ini sebagai idola mereka sehingga menjiwai keperibadian rock sama seperti kelibat rockers Search.

Woi Minah… 80-an ko boleh tengoklah remaja berpakaian rock ke pekan-pekan, sekarang ni remaja lebih kenal hip hop, RnB, Emo, Ska… mana nak dapat copy kumpulan Search.

Ya tak ya juga kan… Mungkin situasi inilah yang dihadapi Saspintar Sdn Bhd & Sky Search Sdn Bhd kerana dilaporkan dalam Berita Harian 12 Disember 2010 sebagai Susah Mencari Pelakon Search.

Dalam berita itu, penerbit filem Meniti Titian, Marzunaidi Mat Noh berkata dia ada menemukan watak yang boleh membawa karektor Amy, namun wajahnya jauh berbeza dengan rupa Amy… Alahai susahkan!


Memanglah susah nak cari bakat pelakon umur 20-an hingga 30-an untuk membawa Meniti Titian tampak real kerana kita semua tahu, lagenda rock kumpulan Search sukar dicari penggantinya.

Bila aku tahu kisah kumpulan Search akan dijadikan Meniti Titian adalah tajuk sebuah filem yang akan mengisahkan sejarah penubuhan dan perjalanan kerjaya seni kumpulan rockers tanahair, Search.

Official web: http://www.searchthemovie.com.my
FB Fan Page: http://www.facebook.com/profile.php?id=156127434417770

Sumber dari internet berkaitan filem Meniti Titian.

Berikut adalah petikan berita dari Berita Harian

Filem berjudul Search: Meniti Titian bakal mulakan penggambaran awal tahun depan

HANYA dengan satu keputusan nekad, lima minit sebelum bas bergerak menuju ke Kuala Lumpur, adalah menjadi titik terpenting di dalam lipatan sejarah buat kumpulan lagenda rock tanah air, Search.

Pemain dram, Yazid Ahmad hampir bertindak mengoyakkan tiket Amy kerana yakin Amy tidak akan menaiki bas pada malam itu untuk menuju ke ibu negara bagi memulakan penghidupan baru mereka sebagai pemuzik.
Amy pula yang sememangnya pemuda pendiam sejak remaja seperti berada di dalam dilema.

Dia seperti tidak mampu untuk membuat keputusan, sama ada ingin terus mengikuti sahabat lain ke Kuala Lumpur atau mendengar cakap kedua orang tuanya supaya terus tinggal di Johor Bahru.

Sedangkan pada waktu Hillary Ng, Nasir Daud dan Din memang sudah lama menunggu mereka (Yazid dan Amy) di Kuala Lumpur. Lima minit sebelum bas bergerak, kelibat Amy dalam keadaan termengah-mengah berlari menaiki anak tangga bas membuatkan Yazid tersenyum bangga.

Bermulalah penghidupan baru lima anak muda di kota yang penuh dengan segala macam cabaran sebagai anak seni.

Credit: Berita Harian

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2010, Hiburan Tags: , , , , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

One Response to "Filem biografi Search Meniti Titian"

  1. Kreatifbuzz says:

    wohooo..X sabar tengok!!

    Spatutnya dorg cari sy la..baru ngam..rocker sejati!haha

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.