21

Fesyen Sri Intan Tawau

seriintan1

Musim gawat macam sekarang ini, sememangnya kedai yang menawarkan barangan yang murah dan memenuhi keperluan yang akan menjadi kunjungan ramai.  Bagi orang Tawau terutama sekali yang mempunyai purata pendapatan RM500 sebulan, sudah pasti tidak puas hati dengan harga barangan di beberapa gedung beli-belah untuk berbelanja kerana hari demi hari harga barangan berubah-ubah.

Sejajar dengan keadaan itulah, rasanya pemilik sebuah kedai yang menjual pakaian pelbagai jenis dan keperluan dengan harga borong telah membuka Fesyen Sri Intan minggu lalu. Fesyen Sri Intan sememangnya boleh mengubat gian shopping dalam kegawatan ekonomi ini dan ianya juga bertepatan dengan selera orang Tawau.  Apa selera shopping orang Tawau?

Aku tidak dibayar untuk membuat entry ini tapi aku melakukannya kerana bagi aku kedai ini menyahut seruan kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan barangan keperluan mereka.  Bagaimana? Kedai ini mendapatkan barangan secara borong dari kilang dan menjualnya dengan murah sehingga memuatkan 3 atau 4 lot kedai yang luas… (aku fail nak bagi ukuran besar lot kedai ini la, tapi memang luas)  Aku sendiri tidak kenal pun siapa owner Fesyen Sri Intan ini, tapi setelah mengunjungi Fesyen Sri Intan, aku dapati harga barangannya memang murah.

Sebelum terlupa, selera shopping bagi orang Tawau ini adalah di mana tempat murah, pasti akan dikempen sesama rakan kerja, jiran tetangga mahupun berada nun jauh di kem-kem dan akhirnya, akan bersama-sama mengunjunginya sebanyak kali manapun.

Apa barangan yang murah di Fesyen Sri Intan?
Pakaian kanak-kanak serendah RM2.50, baju ibu-ibu (ala rama-rama aku panggil) serendah RM10, alas kaki, alas meja, alas kusyen, tuala dan banyak lagi.  Satu gedung tu, mana larat mahu sebut semua harganya bah.

Apa kelemahan Fesyen Sri Intan?
Bagi aku, staff dia kurang ramai atau mungkin belum tahu tugasan, jarak antara satu rak dengan yang lain terlalu dekat hingga menyukarkan pergerakan, hinggakan boleh laga-laga bahu segala.  Satu lagi, pengaruh cuaca di Tawau sekarang ini yang terlalu panas hinggakan berada di dalamnya membuat aku bagaikan basah satu badan. Nasiblah pakai Rexona, hahahaha…

Info Fesyen Sri Intan
Lokasi: Jalan Habib Hussain, Berdekatan Star Cineplex, KFC, Toko Masempo.
Masa operasi: 9 Pagi hingga 9 Malam
Keperluan shopping: Banyak bakul disediakan.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2009, Ekonomi Tags: 

Recent Posts

Bookmark and Promote!

21 Responses to "Fesyen Sri Intan Tawau"

  1. friendly says:

    sempat gak sis menjejakkan kaki kat situ yer…. heheheeee….. kat dekat servey tu sis taknak review gak ker… heheeee…

    friendly’s Terkini di blog…Apakah salahnya kanak-kanak nih?

    Reply

    Maya reply on April 29th, 2009 9:28 AM:

    Belum masuk lagilah, nantilah kasi satu entry sama bundle rombengan.

    Maya’s Terkini di blog…Fesyen Sri Intan Tawau

    Reply

  2. camellia says:

    seriously..sy balik tawau hari tu tyme raya last year..tdk pnah terperasan pun kewujudan fesyen sri intan ni..baru buka ka??nice knowing org tawau..hee…

    Reply

  3. Eyda says:

    punyala lincah sis maya ke sana ya..
    aku tgk2 dr luar jak..
    sesak sgt la brg2nya..

    Eyda’s Terkini di blog…Tawau di kala malam

    Reply

    Maya reply on April 29th, 2009 9:55 AM:

    Semua barang mau digantung, udara mau berkeliaran pun susah…

    Reply

  4. junaidi says:

    sis, kalau pasal bundle, aku minat!
    hehehe…..

    junaidi’s Terkini di blog…Teka-Teki di kala keBOSANan

    Reply

    Maya reply on April 29th, 2009 5:22 PM:

    hari sabtu atau ahad kita pigi sanalah Junaidi… semua bundle diround.

    Sapa mo join round bundle kasi tau awal2

    Reply

  5. sankai says:

    aku hari-hari di bundle taman tikus…
    tapi sabtu ni kemungkinan aku berada di luar kawasan liputan..
    ehehehhe..

    Reply

    Maya reply on April 30th, 2009 10:37 AM:

    Alaaa sankai, baru mau round2 premis ibumu sambil promote dia, ko lah pula out station…

    Reply

  6. Adry says:

    wau bagus bagus… aku memang mau review tempat ni tapi takda masa.. hehehe… sis.. kasi masuk entri sis blackout dengan kedai ni dalam page tawau bloggers sis..

    Reply

  7. sankai says:

    hari ahad la kamu bertandang….

    Reply

  8. ~ju~ says:

    Salam…

    Wahhh..x sangka tawau makin maju ekk…x sabar nak kunjungi Fesyen Sri Intan nie…akan ku borong barang2 kat situ…miss tawau sangat2…

    uuwwaaaaaaaaaaaa….

    Reply

  9. chan says:

    ya memang murah,port kami adalah dari ipoh perak,tq

    Reply

  10. zaini says:

    saya nak harga borong untuk baju t shirt. saya nak perlu kan 50 – 100 pasang baju..boleh bagi senarai harga ka..boleh bagi nombor telepon ka.

    terimah kasih..

    Reply

    Maya reply on September 23rd, 2010 8:39 PM:

    Hello brother…
    ini bukan blog company jual baju.
    Ada bacakah tidak?

    Reply

  11. anti-hew see huat says:

    aku benci ngn bos yg jaga fesyen seri intan batu enam..berlagak nk mampos..ingt kami robot ke????? sedar la wahai lembu…sume staff x suke kat ko…mengom!

    Reply

    aku reply on September 26th, 2010 11:47 PM:

    maaf la kalu ayat aku kasar…tp makin lama aku biar si botak tuh…makin melampau

    Reply

  12. natius says:

    hai seri intan tawau

    Reply

  13. Tina says:

    Fesyen Seri Intan jual pakaian, kasut, barang harian memang murah dan cantik, dapat info ada cawangan kat Beaufort, Sandakan dan Limbang. Jom pergi shopping…….

    Reply

  14. ernawati says:

    :neutral: hai smua blh aq mintak jak bju kmu hahahaha

    Reply

  15. ernawati says:

    kpda c jay ma c sumping…mintak bju canti2x…kmu kn krja d sana just kidding…..kkkk…….

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.