2

Festival Kebudayaan Tawau 2011 jana ekonomi Tawau


Festival Kebudayaan Tawau 2011 telah pun melabuhkan tirainya, segala yang dirancang telah pun berjalan dengan jayanya. Festival Kebudayaan Tawau 2011 sememangnya permulaan yang baik untuk menjana ekonomi yang suram di Tawau, terutamanya perusahaan produk tempatan, pelancongan dan perhotelan. Hakikatnya, Festival Kebudayaan Tawau 2011 adalah suntikan pertama untuk menjana pembangunan ekonomi di Tawau.

Bagaimana Festival Kebudayaan Tawau dapat menjana ekonomi Tawau?
Festival Kebudayaan Tawau yang akan menjadi acara tahunan di sini pastinya dinanti-nantikan ketibaannya. Ruang pameran pelbagai produk tempatan, hasil industri kecil-kecilan dan sederhana seperti makanan ringan tempatan, produk pertanian, produk komersil hasil pertanian, tempat-tempat perlancongan, perhotelan dan lain-lain lagi pastinya akan menarik perhatian pengunjung samada dari dalam mahupun dari luar negara.


Aku berkesempatan menemui seorang pengusaha mee kering, Puan Arsenia Banglos, yang menurutnya telah menerima banyak tempahan hasil pameran Festival Kebudayaan Tawau itu. Syarikatnya, Mekar Maji Enterprise, sebelum ini hanya memenuhi permintaan dari sekitar Tawau dan selepas ini dia akan mengembangkan usahanya ke Pantai Barat Sabah hinggalah ke Brunei.

Katanya, dia amat berterima kasih kerana Festival Kebudayaan Tawau 2011 telah mewujudkan peluang perniagaan untuknya dan ianya sesuatu yang baik untuk semua peniaga di Tawau yang mahu mengembangkan perniagaan mereka.

Aku sempat berkongsi idea dan pendapat dengannya tentang beberapa lagi teknik pemasaran yang perlu difikirkannya termasuklah mengembangkan perniagaannya melalui internet, mempromosikan produk-produknya melalui cara yang lebih jimat dan berkesan. Menurutku, ianya juga sebagai salah satu alternatif menaikkan produk tempatan ke satu level pemasaran yang lebih praktikal di samping pentingnya dia lebih kreatif dalam menghasilkan produknya dan mengekalkan kualitinya.

Siapa sangka produk beliau akan berada di seluruh dunia selayaknya mee segera dan lain-lain. Tidak mustahil juga amplang, keropok belinju, ikan bilis kering, buras dan lain-lain akan turut berdaya-saing di pasaran yang lebih luas!

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Budaya Tags: , , , , , , , , , ,

Related Posts

Bookmark and Promote!

2 Responses to "Festival Kebudayaan Tawau 2011 jana ekonomi Tawau"

  1. Ali ridha says:

    kat tawau ye.
    Ali ridha recently posted..Amrpstqorg Domain pagerank 5My Profile

    Reply

    Maya reply on January 19th, 2011 7:16 PM:

    ya :)

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.